TOY STORY 3






Sebenarnya saya masih lagi dalam keadaan "trauma" dan "terkesima" diatas kehilangan laptop yang cukup saya sayangi. Tak mengapalah, benda dah berlaku, jadi saya perlu juga teruskan kehidupan dan paling penting, laptop boleh dibeli pada masa akan datang.

Dan jari jemari ini menaip kerana ingin memberikan ulasan mengenai filem yang masih panas di pawagam iaitu Toy story 3. Filem yang cukup menarik dan terbaik ini adalah hasil kerjasama Disney dan Pixar.


Bagi mereka yang tak tahu kisah Toy Story ini, anda perlu menonton siri 1 dan 2 filem ini. Dari situ barulah anda akan faham kesinambungannya. Tapi kalau nak tonton juga, masih boleh kerana filem ini cukup mudah untuk difahami.


Berlatarkan zaman sekarang, kisah Toy Story masih mengekalkan watak-watak utama seperti Woody, Buzz Ligh Year, Sling, Potato Head dan ramai lagi. Mereka adalah ikon permainan kepada Andy. Dan dalam filem ini, Andy sudah besar dan akan masuk ke kolej.

Perjalanan cerita ini bermula apabila permainan Andy dihantar ke Pusat Jagaan Kanak-Kanak.Disana mereka bertemu dengan banyak lagi watak-watak baru. Namun, kehidupan di Day Care bukanlah mudah, dan Woody sedaya upaya cuba membawa rakan-rakannya pulang semula ke tuan asalnya, Andy.




Cerita filem ini masih mengekalkan mood Adventure sama seperti filem Toy Story dan Toy story 2. Ia masih lengkap dengan komedi-komedi ringan, dan paling sesuai ditonton untuk semua golongan. Filem ini lebih kemas susunan 3Dnya dan animasinya jauh lebih baik dari siri-siri terdahulu.

Elemen seperti persahabatan dan kerjasama amat kuat dalam filem ini. Sedikit sebanyak mengajar kanak-kanak agar sentiasa menghargai mainan mereka. Ia juga sebagai isyarat jelas bahawa mainan sebenarnya modul terbaik dalam mendidik anak-anak. Maka, tak hairanlah banyak penekanan kasih sayang diterapkan dalam filem ini.

Perjalanan filem ini agak perlahan di tengah-tengah, tetapi mula nampak menarik apabila Woody berusaha membawa kawan-kawannya keluar. Saya amat suka dengan watak Ken dan Barbie dalam filem ini.Cukup kelakar, dengan gaya modelnya sekali.

Banyak juga karektor baru muncul dalam filem ini dan ia sedikit sebanyak memberikan elemen baru dalam filem ini. Saya yakin mereka yang menonton akan sentiasa "celik" dari awal sehingga akhir filem ini.

Akhir kata, tak banyak perlu dibandingkan dengan siri-siri sebelum ini.FIlem ini cukup dengan segalanya, dan memang tak rugi menanti 10 tahun dan menonton kembali Woody dan rakan-rakannya. Diharap selepas ini Pixar mungkin boleh membuat sambungan beberapa filemnya yang hebat seperti Finding Nemo, Mr Incredibles, Car ( yang dikatakan akan bersambung) dan Bugs Life.

Jadi, lapangkan dada anda, dan tontonlah TOY STORY 3, dan kalau nak menarik lagi, tontonlah dalam bentuk 3D. Percayalah, anda akan tersenyum selepas keluar dari panggung. Nasihat awal saya, beli tiket awal-awal dan dapatkan tempat duduk yang betul=betul selesa supaya anda merasai keseronokan menonton Toy story 3.

Star : 4.5*

Comments

Melody M. said…
Wah! Cam seronok je. Nak tengok lah. Hehhee..Teringat masa tengok Toy Story dulu2..memang best sampai aku selalu dok ulang "To infinity and beyond" dalam perbualan aku. Hehhehe
Raja Azrul said…
mel:-
Hehe..cepat2 lah ko menonton ye..aku pulak tonton midnite, abes jam 2 pagi. Esok lah kena keja..tapi takpelah, demi Toy Story ni...

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...