Berhari Raya 2010

Salam untuk semua,

Aik, tak perasan pulak rupanya hari ini adalah 30 ramadhan, dan secara rasminya, esok adalah Hari Raya Aidilfitri. Dan dimanakah aku?? Masih di pejabat, menyiapkan kerja tertunggak serta "berdedikasi" terhadap kerja.

Perancangan aku untuk raya kali ni?? Biasa sahaja, tiada yang baru cuma adalah beli beberapa barang sikit. Bukan apa, agak kurang sempat untuk aku menjengah shopping kompleks kerana jadual kerja agak ketat. Setiap malam, aku terpaksa membuat kelas tuisyen memandangkan seorang anak murid aku menghadapi UPSR pada 21 Sep ini.

Jadi, apa yang aku rancang semuanya AD hoc...malah cuti raya pun tak lama. Cuma 4 hari sahaja. Selepas itu baru aku bercuti lagi 4 hari ( 16-19 Sep). Tahun ini mood raya agak lain. Aku pertama kali berpuasa di syarikat baru, suasana kerja baru dan pastinya kawan-kawan baru. Memang seronok, terutama sekali waktu berbuka.

Ada jugalah kami plan makan ramai2 di Seoul Garden dan paling best makan pizza kat opis. Huhu...merasa jugalah berbuka di dalam opis.

Baiklah di kesempatan ini saya mengucapkan salam lebaran buat semua, dan jutaan terima kasih kepada mereka yang rajin membaca blog saya. Insyallah, 21 September ini saya akan berkongsi satu lagi destinasi untuk anda semua!!

Adios dan salam............

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...