Dusta pada skala 1 hingga 10

Penulisan aku ini bukan untuk memberikan mood cemburu kepada irama hati. Tapi sekadar ingin berkongsi pengalaman menonton teater di DBKL pada hari sabtu lepas (16 Oktober 2010).

"Dusta pada skala 1 hingga 10"( DPS10) ini merupakan antara teater yang mempunyai tajuk yang cukup panjang. Letih menyebutnya..hehe. Kenapa aku pergi tengok? Kerana ini adalah teater yang dijalankan oleh kumpulan Bakawalee dari Pulau Pinang. Bakawalee adalah team teater maya yang aku kenali melalui blog. Walaupun puteri dah tiada di dalam team tersebut, tapi aku pergi kerana nak berjumpa pegawai khalwat dan cik Zanida.

Ternyata persembahan satu jam cukup bermakna buat aku. Ceritanya tidaklah sesukar mana tuk difahami, dan aku tabik spring pada kekuatan lakonan dan teknik pentas yang dibuat. Mungkin ia tidaklah sehebat teater-teater lain, tapi untuk teater berskala kecil, DPS10 memang boleh dibanggakan.

Teater ini sebenarnya mengajak penonton berfikir, walaupun aku tahu tak semua penonton nak berfikir..maklumlah, orang Malaysia suka tengok teater kalau ada artis terkenal, takpun nak tengok kalau ada tarian, menyanyi..hehe. Biasalah...tapi kalau bab-bab berfikir, kirim salam jelah.

Aku tafsir beberapa perkara untuk difikir:-
1. Watak cerita ini - kenapa penulis memilih arkitek, ahli perniagaan, peniaga kecil, artis dan ahli politik sebagai mangsa?
2. Apa tafsiran dusta sebenarnya?
3. Mengapa dua eksperimen diberikan kepada mangsa?
4. Dan akhir sekali siapakah yang patut digelar pemangsa, dan pendusta?

Fuh..berpeluh jika mahu berfikir..tapi aku amat yakin perjalanan cerita ini sikit sebanyak menyentuh isu sosial dan tempias juga kepada isu global. Ketamakan, dengki, dendam dan kewarasan menjadi subjek utama dalam DPS10.

Apa boleh aku kata, ini antara teater yang kemas dari skripnya. Walaupun Pegawai khalwat mengatakan bahawa skrip telah diringkaskan, ia masih cukup baik untuk dipentaskan. Aku rasa ia akan menarik sekiranya menjemput pelajar-pelajar universiti atau Aswara bagi memahami rasa dalam teater ini, dan mungkin boleh menjadi sebahagian daripada tugasan mereka.

Hmm...akhir kata, aku memang rindu sangat pada teater. Dapatlah juga berjumpa rakan-rakan Senandika dulu...walaupun aku tahu senandika sebenarnya sudah jauh dari aku. Usaha aku nak mengumpulkan kembali Ex-Senandika masih belum memuaskan..benar kata orang, masing-masing dah bawa haluan sendiri...

Entahlah..what we can do is just follow the time...

Azrul.

Comments

Melody M. said…
Ok, walaupun kau dah kata bukan berniat nak cemburukan aku, tapi aku tetap nak cemburu! =p

Lama tak tengok teater. Terlibat apatah lagi. :(
Pegawai Khalwat said…
Raja,

Terima kasih kerana mai. Sokongan orang macam hanglah yang kami semua perlukan.

Teater itu tidak sempurna, dalam ketidak sempurnaan itulah terbitnya keunikan setiap pementasan.

Apa yang hang kata semua betoi. Dan aku berterima kasih kerana persoalan-persoalan tu timbul di fikiran hang.

Sayang sekali kita tak dapat nak duduk sembang lebih2 lagi.

Tapi aku rasa kalau pelajar IPT jurusan teater lain datang tengok, harus kami diratahnya. Hehehe.

Maklumlah, orang tak ada ilmu buat teater. He he he...

Hang, jangan berenti berteater.
Raja Azrul said…
mel:-

Haha..takpelah mel, nanti ko datang KL, kita tgk sama-sama ye! Terlibat? Tulah, nak berteater ni kena orang sekepalah..

Pegawai khalwat:-
Betul rasa kejap sangat masa tu..kalau ikutkan nak je saya kenalkan abang dengan geng2 teater saya dulu, tapi tak sempat. Takpelah, nanti kalau mai KL lagi bagitahulah ye..
skidsoil said…
kak mel, tu belum lagi raja senaraikan sape senanadika yg pegi malam tu. huhu.
Melody M. said…
PK: Sebagai pembaca senyap (dulu rajin komen, sekarang baca senyap je) blog anda dan bakawalee, nak cakap tahniah jugak lah kerana berjaya terus berpentas dan berkarya, tak macam kami T_T

RA: ha ah...macam-macam kekangan sekarang. Tapi sebenarnya, kalau betul-betul nak, mesti ada cara. Aku je yang tak cukup daya nak cari cara. T_T

FR: Tak payah senaraikan, saya dah tahu. Dengan SMS dan gambar fb yang ada, cukuplah. Sudah cukup cemburu di sini.
Raja Azrul said…
daoz:-
Terima kasih daoz kerana hadir,dapat gak jumpa walaupun tak cukup korum.

Mel:-
Jujur, memang rindu nak lepak ngan ko, azril dan Zamrie...tulah, next year kita plan pergi pulau. Alah..mcm ko sms dulu.

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...