Jalan-jalan : Dubai

Salam sejahtera buat semua, apa khabar? Diharap semua sihat dan terus kuat bekerja mencari rezeki di muka bumi Allah ini. Alhamdulillah, aku diberikan satu lagi peluang untuk menjadi TOUR LEADER, bagi satu kumpulan pelajar iaitu Kolej Taylor, bagi lawatan mereka ke Dubai.

Aku sebenarnya malas nak ceritakan A sampai Z. Cukuplah aku cerita secara ringkas tentang Dubai. Oh yer, Dubai merupakan bandaraya terletak di dalam negara Emiriah Arab Bersatu ( UAE). Kedudukan UAE bersempadan dengan Oman, Qatar dan Arab Saudi. Perjalanan ke Dubai memakan masa sekitar 6-8 jam. Kalau termasuk transit boleh mencecah sehingga 11 jam.

Aku menggunakan Thai Airways, kena transit bangkok. Flight dia ok, selesa, dan cukup semuanya. Baiklah, ini adalah tempat-tempat aku pergi dan komen skali:-

1. Dubai Museum :- hurm, macam muzium negara, tapi muzium negara lagi besar. Ok, boleh pergi. Bayaran 3 dirham je.

2. Burj Al-Arab:- Wajib pergi, sebab ini adalah ikon dubai. Kat sini ada hotel ngan pantai. Tapi hotel tak boleh masuk, just boleh view dari luar je.

3. Jumeirah mosque:- Masjid dibuat dari tanah pasir. Cantik.

4. Bastakiya :- Ni macam perkampungan dalam citer Prince of Persia, cuma takda orang je.

5. Masjid Sheikh Zayed, Abu Dhabi :- Memang menarik, sebijik macam Taj Mahal.

6. Perkampungan warisan Abu Dhabi:- Bolehlah..kalau nak belajar pasal kampung2...

7. Desert Safari :- Kalau pergi Dubai, anda mesti ke sini...jika tak, memang rugi! Best siut..ada Belly Dancer...hehe

8. Dhow Cruise :- Hurm..best, dapat tengok bandaraya Dubai. Kalau cuaca tak berjerebu, boleh nampak Burj Khalifa dengan jelas.

9. Atlantis The Palm:- Fuyoo..gah macam istana..kat atas Pulau The Palm

10. Lost Chamber:- Ni pun best gak, dapat tengok ikan2..dan suasananya macam kota bawah laut. Menarik dan unik beb!

11. Burj Khalifa:- Dapat naik sampai tingkat 124. Jadi, dapatlah tengok view Dubai. Tapi berjerebu..nampak pasir jelah..haha. Tapi panas siut!

12. Dubai Mall:- Kalau anda kaki shopping barang2 branded, sinilah tempatnya..barang2 terbaru dan terkini. Aku pun beli perfume kat sini.

13. Deira City Centre:- Mall jugak, salah satu pilihan kalau taknak pergi Dubai mall.

14. Gold Souk:- Untuk yang suka emas, paling bagus kalau anda pandai menawar!

15. Naif Souk:- Sesuai tuk kaki shopping, percayalah barang kat sini lagi murah dari Malaysia.

16. Dubai Airport :- Last minit shopping..coklat murah kat sini.

Banyak gak aku belajar bila pergi Dubai ini. Terutama macam mana nak handle group students. Maklumlah karenah mereka ni lain sikit. Banyak jugak info aku dapat tentang Dubai dan Abu Dhabi. Aku suka tengok Ferrari City yang akan dibuka pada Oct Depan. Memang gempak projek2 pembangunannya...

Oklah nie tips aku belajar masa pergi Dubai/Abu Dhabi:-

1. Pastikan anda mudah untuk sesuaikan dengan suhu kat sana. Suhu Dubai panas dan kering. Hujan cuma sehari atau dua hari sahaja setahun. Suhu boleh mencecah 40-45 darjah celcius..panas tu.

2. Bawak siap2 cermin mata hitam dan juga topi. Sebab mataharinya bersinar terik sekali.

3. kalau pergi desert safari, pastikan bawak skart ataupun tuala muka. Sebab pasirnya berterbangan dan sangatlah halus. Bahaya bagi mereka jenis alergik.

4. Kat souq, suasananya agak kotor. Kalau boleh jangan makan sebarangan di tepi jalan.

5. Kat Souq jugak, anda kena bijak tawar menawar. Kat situ ada banyak beg tangan, kasut, gelang...

6. Dubai harga mahal? Tak semua tempat mahal. Air minuman macam kat malaysia je. Cuma makanan je mahal sikit dalam RM20 sekali makan. Kat situ banyak restoran halal. Kalau ada chinese food pun jenis tak da babi punya.

7. Populasi Dubai dipenuhi dengan orang India. Orang arab cuma 20% sahaja...jadi, anda takperlu risau kalau tak tahu berbahasa arab. Cuma perlu tahu berbahasa inggeris, lebih baik kalau anda tahu Tamil atau Hindustan. Pekerja Filipino pulak bekerja kat hotel ataupun restoran.

8. Paling bagus anda pilih hotel kawasan Deira atau Naif. Di situ tak jauh sangat dengan Dubai Metro ( macam LRT), dan dengan gunakan Metro anda boleh pergi merata-rata dalam Dubai termasuklah ke airport dan Burj Khalifa. Bayaran nya dalam 10 dirham return journey.

9. Etika pakaian?? Kalau pergi masuk masjid tu pakailah sopan. Kalau nak pakai short boleh, tapi bukan di khalayak ramai...

10. Terakhir sekali, pakej2 tour kat Dubai agak mahal. Semua nya melebihi 100 dirham seorang. Jadi, sediakan duit anda secukupnya bila ke sini. Paling bagus, tukarkan kepada USD bagi memudahkan anda buat pertukaran di sana.

Itulah pengalaman aku secara ringkas ketika di Dubai. Alhamdulillah, semua dirancang menepati apa yang dijalankan. Dan aku juga telah lakukan terbaik untuk kumpulan ini. Bagi aku, Dubai sesuai untuk dilawati bagi mereka yang ingin meneroka keindahan dan kemodenan negara Arab. Kalau anda transit kat Dubai, anda boleh lagi melawat Burj Khalifa kerana kemudahan pengangkutannya yang agak efisyen.

Insyallah ada rezeki, aku akan ke sana lagi nanti..oklah, ini beberapa gambar aku tangkap ketika berada di sana...enjoy!!

Dihadapan hotel Burj Al Arab, bersama pelajar Taylor's


Bergambar ketika Dune Bashing, Desert Safari.

Bastakiya Fort..sebijik macam dalam cerita "Prince Of Persia"

Masjid Jumeirah, dibuat daripada Sand Stone

Burj Al Arab


Di tingkat 124, Burj Khalifa- Bangunan tertinggi di dunia..

Bergambar bersam Puan Hasmanira, ketika Dhow Cruise.


Masjid Sheikh Zayed, Abu Dhabi- Taj Mahal Arab.



Bandaraya Dubai...panas, dan kering..haha

Comments

Anonymous said…
dear, bole tlg suggest x kalau nk p dubai nk duduk kat hotel di area mana yg easy excess to all places or convenience la nk jalan2 around. i nk p 14-18mei 2011 ni tp blum decide nk book hotel kat mane> pls advise..TQ2
Raja Azrul said…
Hello...

Hotel paling OK ialah kawasan Deira...sebab Deira ini adalah bandar lama Dubai. Kalau kawasan Bur Dubai..itu dah kawasan baru, jadi hotel kat situ mahal2.

Saya cadangkan Coral Oriental, tak jauh dari airport. Kalau ke Dubai metro, dalam 15 minit jalan kaki.

Kat sana, anda boleh naik dubai metro..boleh pergi ke mana2 dengan metro ( macam LRT).

Harap membantu. Tq
Anonymous said…
salam,
saya nak tanya kalau nak ke desert safari tu macam mana ye?? and ape aktiviti yang best2 kita buat kt desert safari tu??
Raja Azrul said…
@anon18/4/15

maaf baru reply. banyak aktiviti boleh dibuat disana, salah satu ialah menaiki unta, tengok persembahan. Biasanya benda ini sudah termasuk dalam pakej.
Unknown said…
kalau nk kerja di dubai kat mne ek
Raja Azrul said…
anon 11/8/19
boleh cuba kat bayt.com, kena tengok mana suitable jobs yang mereka nak

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...