Puisi : Apa yang kau cari?


Tiba-tiba aku teringat petua diberikan oleh guru aku, apabila dirundung kesedihan ataupun keresahan, jadikan medan penulisan sebagai satu bentuk luahan. Biarkanlah siapa sahaja membaca dapat merasakan apa yang kita rasa..setidak-tidaknya puisi boleh menjadikan madah tersirat dalam menyampaikan satu maksud.

Dahulu, aku sering luahkan apa yang rasa menggunakan medium teater /drama..paling tidak aku akan gunakan debat, tapi kesemua itu sudah hilang dari hidupku ( mungkin faktor masa/mood).
Jadi, pada nukilan kali ini aku sekadar ini menulis puisi menggambarkan luahan aku kepada persekitaran aku yang kadang-kadang menjadikan aku sangat tertekan!

Apa yang kau cari?
Oleh : Raja Azrul.

Apa yang kau cari?
Sebutir emas atau satu jiwa?
Apa pernah kau fikirkan,
jasad juga punya emosi, punya rasa
punya keinginan...

Apa yang kau cari?
wang ringgit membutakan hati
atau kekayaan yang berpihak diri sendiri.

semua bernyawa inginkan duit,
bohong, jika itu bukan kemahuan mereka.
Tapi kita perlu waras berfikir,
akan duitkah kita cari, atau hubungan kasih sesama jiwa.

Apa kau cari?
Aku masih belum temui.
Jawapan ke hari ini masih kabur.
Pendirian mu sendiri masih merangkak,
mampukah ia jadikan satu prinsip
atau sekadar kuasa untuk bongkak?

Apa kau cari wahai ketua?
Kau hebat menghambur kata,
aku tahu kau hebat
Tapi jua manusia, punya hati, punya jati.
Kita perlu tahu satu prinsip,
bekerja dari hati
dan memahami sesama sendiri.

Aku tahu kau masih mencari,
kau keliru dengan apa yang cari
maka kau jadikan kami bahan ujikaji
apabila gagal kau herdik,
apabila berjaya kau lupakan kami..

Aku tak kisah apa yang kau cari,
cuma jangan sesekali kau jentik,
nescaya kamu tidak akan tertahan,
apabila aku mula bersuara.

***

Comments

Melody M. said…
ya, aku setuju dengan kata-kata cikgu kau tu.

tapi, kenapa gambar koala? ada yang tersirat atau sengaja?
Raja Azrul said…
mel:-
betul, dulu aku suka tulis skrip drama ke, berdebat ke kalau tengah tension. Tapi sekarang ni, takleh wat apa lah. Pasal koala? Hish takda apa pun..kebetulan sahaja.

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...