Jalan-jalan : Bali

Hello semua,

Apa khabar? Sebenarnya hari ini mood aku agak baik, maklumlah dah selesai beberapa kerja "urgent", dan dalam waktu senggang ini, sempatlah aku mengemaskini blog aku. Baiklah, untuk kali ini aku nak cerita pengalaman aku ke Bali, pada 17-20 Disember 2010.

Kenapa Bali? Hish, ini bukanlah percutian aku, tetapi lebih kepada urusan kerja. Jadi, bagi sesiapa dalam perancangan ke Bali, aku bolehlah kongsi pengalaman aku tak seberapa ini dengan anda semua. Bali merupakan pulau terletak berhampiran dengan Jawa Timur. Dikenali sebagai Pulau Dewata atau "Island Of God", pulau ini didiami majoritinya penduduk beragama Hindu Dharma. Walaupun sedia maklum Indonesia dihuni oleh penduduk Islam, tetapi tidak di Bali.

Aku sebenarnya tak pernah terlintas dalam fikiran aku yang aku akan ke Bali. Kenapa? Bali bukanlah dalam tempat yang aku benar-benar nak pergi dalam hidup ini. Tapi atas urusan kerja dan peluang yang ada, maka harusnya aku tidak lepaskan. Jadi penulisan aku ini bukanlah aku nak bermegah-megah yang aku ke Bali, tapi niat aku sekadar berkongsi pengalaman dengan anda semua. Lagipun, Bali bukan sukar mana untuk anda pergi, jika anda ada RM1500, sudah cukup anda ke sana.


Hari Pertama : Ke Bali
Perjalanan ke Bali memakan masa selama 3 jam. Pergh, memang penat. Aku dah terpacak kat KLIA dari jam 6.15am. Tunggu group aku sampai, baru aku boleh mulakan proses check in. Nasib baik aku naik MAS, jadi takdalah penat sangat macam Air Asia. Ada makan-makan, tengok video dan selebihnya tidur...

Sampai bali jam 12.00 tengahari. Waktu kat Bali sama je macam kat Malaysia. Kalau sini jam 12, sana pun jam 12. Sampai sahaja, terus jumpa guide. Namanya Pak Timbang. Kelakar pun ada, tapi itulah nama dia. Lepas tu, terus pergi makan. Tapi masa keluar kat airport, ada ar gadis-gadis bali memberikan kalungan bunga kepada group. Hehe..

Dah makan, terus check in. Lepas tu, pergi ke Uluwatu Temple. Letaknya di kawasan selatan pulau Bali. Pemandangannya agak cantik, maklumlah tepi laut. Lepas tu, pergi makan di Jimbaran. Malangnya, hujan pula turun dengan lebatny.Jadi makan lah dengan keadaan kurang selesa. Lepas itu pulang ke hotel. Oh ya, hotel aku ialah Ramayana Kuta. Terletak berhampiran Matahari dan Kuta Square.

Hari Kedua:-
Lepas sarapan, kami terus ke Kampung Nusantara. Nama je Kampung, tapi bukan kampung. Ia adalah gudang ole-ole khas Bali. Memang sesuai siapa2 nak beli barang cenderamata Bali. Kat sini harganya murah-murah, tak payah tawar sebab harganya dah memang murah. Aku adalah beli key chain dimana satu keychain lebih kurang 30 sen. Murah kan?

Lepas membeli belah, perjalanan diteruskan ke Ubud. Ubud ini sebenarnya kampung. Terletak di kawasan hutan dan sawah padi. Di sini juga tempat pengambaraan "Eat, Pray, Love" lakonan Julia Roberts. Di sini ramai Mat Saleh. Maklumlah mereka kat suka kampung-kampung ini. Kat Ubud, kami makan "Bebek" atau Itik goreng kat Restoran Padi Prada. Erm..takdelah sedap mana, tapi bolehlah tuk siapa nak rasa. Jujur aku cakap makanan Bali tak sedap mana. Nak cari halal memang susah, tapi ada. Cuma kena hati-hati sikit kalau pergi makan kat kedai tepi jalan.

Dah makan, masa shopping!! Tapi aku tak shopping apa pun. Aku sahaja ambil gambar dan jalan-jalan kawasan sekitar. Ubud hanyalah kampung dan aku rasa mat saleh suka pergi sini sebab suasana berbeza dengan tempat mereka. Iyalah kalau dibandingkan dengan malaysia, lebih kurang je.

Malam itu aktiviti aku berjalan-jalan sekitar Kuta. Pergh..meriah ar gak terutama sekali kalau sesiapa suka clubing dan aktiviti mencucuk langit. Ada lah juga pasar malam untuk sesiapa yang suka shopping pada waktu malam. Suasanya lebih kurang macam Batu Feringgi di waktu malam. Tapi sayang, dalam jam 11 pm, hujan mencurahi bumi Bali. Jadi, aku pun ambil keputusan pulang ke hotel.

Hari Ke-tiga
Hari ini agak penat! Kenapa? Perjalanan seharian ke pelusuk Bali. Perjalanan aku dimulakan ke Pura Taman Ayun, kuil yang terletak di kawasanMegawi. Sini agak panas, kebetulan pula ada pekan sari di depan kuil, dapat ar juga tengok macam-macam juadah di situ. Tapi tak semua halal tahu, be careful!

Lepas itu, kami pergi makan ke Restoran Labhaga. Restoran ini memang cantik dari segi dekorasinya dan mempunyai pemandangan sawah padi bukit. Suasana nyaman, sama seperti berada di Cameron. Selepas itu, kami semua mendaki ke Bedugul. Disitu terdapat satu lagi kuil iaitu Kuil Ulun Danu. Ulun Danu terletak di pinggir tasik, dan pemandanganya memang mengasyikkan. Dikatakan tasik ini adalah bekas kawah gunung berapi. Suhunya agak nyaman dan sejuk, macam berada di Genting pulak. Nak pulak semasa aku di sana, hujan mencurah-curah di bumi Bedugul.

Akhir sekali, lawatan kami berakhir ke Tanah Lot. Ini adalah tempat paling popular dan mesti anda lawati kalau ke Bali. Tanah Lot merupakan kuil di tengah laut. Kalau air surut, anda bolehlah ke kuil ini. Tapi, malangnya air pasang pula..hurm. Jadi, aku hanya boleh ambil gambar dari jauh. Kat sini banyak gak kedai cenderamata. Harganya pun boleh tahan, kalau pandai menawar, memang anda beruntung.

Malam itu, kami makan di restoran cina halal di Kuta. Makanannya lebih kurang macam makanan aku semasa di Shenzhen.

HAri Keempat:-

Lepas sarapan, kami ke airport. Takde apapun...aku tiba ke bumi KLIA dalam jam 4.00 pm. Malangnya sim kad aku leh hilang, cess..apa lagi, terpaksa aku telefon abang Din ( driver) dengan menggunakan public phone. Hehe..

Oklah..ini antara tips-tips kalau anda ke Bali. Mungkin boleh jadi panduan jika anda ingin ke sana.

1. Hotel kat Bali memang banyak, tapi kalau musim puncak, silalah buat tempahan awal-awal. Jika tidak, anda akan tidur di atas pasir pantai.
2. Tempat-tempat Landmark Bali agak jauh antara satu sama lain. Perjalanan makan masa dalam 1-2 jam perjalanan. Dinasihatkan anda mendapatkan agensi sekirannya anda tidak biasa di sana.
3. Tukar duit rupiah ketika di Malaysia. Jangan tukar di Bali, kerana tukarannya agak mahal.
4. Gunakan sim kad indonesia, kosnya lagi murah jika anda ingin telefon ke Malaysia.
5. Pantai Kuta taklah bersih sangat, jadi kalau nak mandi, pergilah ke Tanjung Benoa. Kat situ lagi cantik dan tersusun.
6. Nak mudah, anda boleh cari hotel kawasan Kuta / Ubud atau Den Pasar. Ada juga yang suka tinggal di Legian dan Seminyak. Semuanya mudah untuk ke airport.
7. Makanan halal memang tak banyak, tapi ada. Anda boleh makan fast food sebagai alternatif. Makanan Favourite Bali ialah Babi Guling, hehe..hati2! Anda juga boleh makan di kedai Bakso, Minang atau Sunda. Banyak kedai halal di sekitar Tuban.
8. Semasa shopping, pastikan anda tawar dahulu. Kalau anda tak suka tawar, pergi sahaja ke pusat ole2 khas bali, harganya juga murah.
9. Bawa payung ketika anda melawat ke Kuil. Maklumlah Bali ni pulau "lembap", sentiasa hujan terutama waktu petang.
10. Kalau ke kuil, pastikan anda memakai seluar panjang. Kalau tak, anda kena pakai kain khas. Kalau perempuan haid, anda memang tak boleh masuk. Di kuil juga banyak monyet, berhati hati terutama mereka yang membawa topi, kacamata dan anting-anting. Monyet kat sini memang pakar mencuri.

Baiklah itu sahaja yang aku boleh sampaikan. Sesiapa nak tengok gambar bolehlah add aku Facebook raja.azrul@gmail.com










Terima kasih.
Raja Azrul - Bali 17 Dec 2010

Comments

Farani Mustafa said…
Bila nak review Krabi pula?? Huhuhu :D
Raja Azrul said…
farani:- belum pergi lagi, takkan nak review..hehe
dedek said…
Salam..leh bg cntct no tour guide x?huhuhu..tk
Raja Azrul said…
Boleh rujuk dengan mana-mana agen pelancongan di Malaysia. Kalau berani, kat airport bali dah ada banyak yang menunggu.
Shams said…
rujuk saja ke mane2 agency kat situ? x mahal ke? bole list harga lagi bgus
Raja Azrul said…
Sham

Bali memang mudah untuk diterokai. Kat airport sahaja banyak agen yang boleh bantu. Kalau was-was, boleh berhubung dengan pihak hotel.
Wak Lat said…
Salam. Hee sungguh seronok ke pulau Bali.
Raja Azrul said…
tiga lalat - bali sentiasa dihati

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...