Posts

Showing posts from March, 2010

Jalan-jalan : Singapura - Part 2

Image
Sebelum aku menyambung cerita, aku mohon ampun dan maaf kalau penulisan aku ini ada unsur riak atau berlagak . Maaf sangat-sangat! Aku hanya sekadar ingin berkongsi, dan tidak terlintas pun ingin menunjuk-nunjuk ( lagi pun pergi Singapore je, bukan London pun). Jadi, diharap sesiapa yang membaca, boleh lah amek sedikit panduan berdasarkan pengalaman aku ke Singapura. Sentosa Island: Baiklah, selepas sahaja melawat resort world, kami dibawa melawat beberapa kawasan di sekitar Sentosa. Antaranya ialah Sentosa Cove dan Sentosa Golf. Tiada apa yang menarik kecuali Sentosa Cove anda boleh melihat perairan Singapura dan Kepulauan Batam. Dari Sentosa Cove, kami pun pergi makan di sebuah Restoran berhampiran kawasan pertunjukan Song of the Sea. Selepas makan ( erm...makanan dia tak sedap sangat pun), barulah kami menonton persembahan Song of the Sea. Pertunjukkan ini diadakan selepas kami makan malam. Persembahan ini biasa sahaja, tapi adalah juga beberapa babak yang menarik. Jadi, ia amat ses

Jalan-jalan : Singapura ( Part 1)

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Untuk post kali ini, aku nak bercerita panjang. Kenapa?? Aku nak cerita pengalaman aku berada di negara temasik atau lebih dikenali sebagai SINGAPURA. Pengalaman pertama aku menjejakkan kaki ke Singapura. Kenapa aku ke sana? Sebenarnya aku mewakil;i syarikat aku untuk satu lawatan ( Fam trip) yang dianjurkan oleh Singapore Tourism Board ( STB) dan Resort Sentosa. Jadi, peluang yang hanya datang sekali ini aku gunakan sebaik-baiknya. Sehari sebelum aku pergi ke sana, aku telah membuat pasport. Masya Allah..sabar jerlah. Manusia punyalah ramai, tapi servis..hurm, biasa-biasa sahaja. Alhamdulillah, pasport aku siap dalam tengahari. Lega...! Trip : SINGAPORE ( M.I.C.E) VISIT Date: 25-26 Mar 2010 Pax : 16 from all travel agents around KL 25 Mar 2010: Pagi-pagi lagi aku sudah bangun menyiapkan diri dan mengemas barang. Nasib baiklah hanya 2 hari. Jadi tidak banyaklah barang yang hendak dibawa. Setelah bersiap, sekitar jam 6.15 am, abang Din datang ke rum

Makan-makan : Mar 2010

Image
Banyak tempat makan aku jelajahi bulan 3 ni. Maklumlah dah duduk kat KL, sure aku malas masak kan. Orang bujang katakan...jadi alternatif terbaik ialah pergi menikmati makanan yang ada kat luar sana. Untuk makluman, kawasan Taman Tun Dr.Ismail (TTDI) ini banyak tempat makan. Tapi kebanyakannya mahal-mahal belaka. Huhuhu...tapi masih boleh dibeli. Jadi untuk mengubah selera, kalau aku rajin..maka dengan gigih aku akan pergi ke kawasan-kawasan lain untuk menikmati makanan di luar sana... Menu : AYAM PENYET Lokasi: Kampung Baru Ayam penyet?? apa tu? Kalau di Indon, ia merupakan makanan yang famous. Aku boleh bagi kesimpulan ia adalah seperti nasi ayam. Ayam goreng dipenyetkan dengan pisau pemotong daging, dihidang dengan nasi putih dan sup, dan dimakan dengan sambal belacan. Sedap?? Bolehlah kalau perut dah kosong. Lokasi restoran ini dekat Kampung Baru. Aku tak pasti kawasan mana, tapi ia berdekatan dengan petronas kg.baru (yang ada NGV) dan Maybank. Kedai dia memang dimiliki oleh orang

Check your status!!

Sesiapa yang nak check status ke luar negara... Anda boleh check disini... http://www.imi.gov.my/index.php/bm Laman web ini berfungsi untuk : 1. Mengenalpasti anda layak ke tak ke luar negara 2. Adakah anda diblack list untuk ke over sea 3. Takut-takut anda melakukan kesalahan Dan ia memang khas untuk peminjam PTPTN yang belum bayar lagi hutang anda... Tapi kalau dah tahu lepas, bayar-bayar lah yer..walaupun PTPTN ini jenis cekik darah ya ampun....hahaha!

Alice in Wonderland (3D)

Image
Teringat masa aku kecil-kecil dulu, ini antara cerita yang aku suka. Bukan apa, ia mengisahkan pengembaraan seorang budak perempuan ke alam khayalan, bernama Wonderland. Sememangnya karya barat memang banyak mengisahkan kanak-kanak tersesat lalu mengembara ke alam khayalan. Contohnya Narnia, Bridge to teribhitia dan banyak lagi. Maka, Walt disney sekali lagi menghasilkan filem bernama Alice In Wonderland. Kali ini dalam bentuk filem arahan Tim Burton. Sedia maklum, karya Tim Burton memang cozzy atau dengan kata lain "menyeramkan". Buktinya semasa filemnya sebelum ini seperti filem Nightmare before christmas. Baiklah, komen aku untuk filem ini. Sudah semestinya aku akan terus membuat perbandingan dengan animasi Alice sebelum ini. Jika bentuk animasi, alam Wonderland indah-indah belaka. Cantik, lucu, dan menarik!! Tak lupa juga watak permaisuri jahat berbadan gempal dan berkepala besar. Itu animasi..tapi apabila ia diterjemah dalam bentuk filem, maka hasilnya menjadi lain. Kena

Kerja aku semakin sibuk??

Betul lah orang kata kalau kerja di sektor swasta kita akan merasa balik lambat, terpaksa korbankan masa cuti dan sebagainya... dan untuk itu aku amat-amat bersetuju. Buktinya dalam minggu lepas, aku memang balik lambat. Pulang paling awal jam 7, dan keluar ofis kadang-kadang sampai jam 9. Huhuhu...hari ahad pula terpaksa datang kerja untuk menyiapkan beberapa perkara. Kenapa pula boleh jadi begitu? apabila kita bekerja, kita akan diberi time line untuk menyiapkan kerja. Kadang-kadang bukan satu atau dua benda, tetapi banyak benda nak kena disiapkan dalam satu masa dan ia perlu dihantar juga pada masa yang sama. Jadi, untuk pastikan semua siap, maka terpaksa mengorbankan banyak benda supaya kerja akan jadi lebih lancar dan efektif. Huhuhu.... Sebenarnya aku memang dah biasa buat kerja sampai balik lambat ni. Masa aku jadi cikgu dulu, aku mengajar budak2 tuisyen lepas sekolah dan pulang dalam jam 5 atau 6. Kalau ada latihan drama, hari ahad pun aku pernah datang sekolah. Kenapa? Mungkin