Posts

Showing posts from May, 2010

Apa yang aku belajar?

Apa khabar semua? Blog ini masih bernyawa ye..hehe. Oklah...sekarang dah nak masuk penghujung bulan 5 2010. Sekejap sahaja aku rasa..tup-tup dah nak pertengahan tahun. Begitu cepat putaran masa. Aku pun tak sedar rupanya dan masuk 3 bulan aku di sini. Banyak benda aku belajar di Unit MICE, Triways ini. Kesimpulannya ialah: 1. Kenal dengan ramai orang:dapatlah juga menambah kenalan dari dalam dan luar negara. 2. Belajar berkomunikasi : Nampak mudah kan? Tapi sebenarnya kemahiran komunikasi ini bukan mudah dan ia perlu dipelajari setiap hari. 3. Berfikir secara rasional : Sudah pasti kerana setiap tindakan kita akan ada akibat. Pelajaran ini aku sudah rasai semasa aku menjadi guru, cuma di sini terpaksa melayan karenah pelanggan pelbagai jenis. 4. Fokus : Ini prinsip yang perlu ditanam..bukan senang, banyak je dugaan..tapi bila kita fokus, sudah pasti kita boleh mencapai kejayaan. 5. Strategi: macam nak berperang pula kan? Tapi ini aku belajar bagaimana cara terbaik untuk membuat pemasa

Dinner Oman Air - Shang Ri Hotel Kuala Lumpur

Image
Memang benar kata orang, pengalaman adalah "cikgu" yang terbaik buat kita. Pada 13 May yang lepas, sehari selepas aku menamatkan kursus Amadeus di Bukit Bintang, aku telah menjadi bidan terjun mewakili Manager Director aku untuk ke majlis pelancaran Oman Air di Shang ri Hotel. Aku pun bukan tahu apapun, jadi aku pun pergi dinner tersebut bersama dengan rakan aku, Haris dari bahagian Sales. Tema malam tersebut ialah Formal. Tapi aku hanya pakai kemeja dan seluar slack, kasut pula terpaksa pakai kasut lama kerana kasut baru aku ilang. ( hampeh tol!!). Majlis tersebut bermula dengan meriah sekali. Memang tak sangka, majlis tersebut sangat koperat.Rata-rata yang hadir adalah director, pengurus dan CEO. Adoi..aku je ke yang ada berjawatan executive nie..hehe. Tapi aku tak kisah pun, at least dapat bertukar-tukar kad. Memang menarik, ada persembahan artis..erm tapi tak tau apa nama band. Ada pertunjukan drum..dan macam-macam lagi. Selain show, makanan dihidang juga not bad..cuma d

AMADEUS : 10-12 MAY 2010

Image
Bukan nak propa atau apa-apa... Tapi aku nak bagitahu aku kena pergi kursus di Jalan Sultan Ismail mulai 10-12 Mei 2010. Adoi, malasnya aku rasa...kenapa?? Sebabnya ialah:- 1). Kena bangun pagi2:- ini semestinya terpaksa aku buat untuk mengelak jam. Lagipun aku kena sampai di Menara Dion jam 8.30am. hehe... 2). Naik LRT dan Bas:- dah lama aku tak naik bas/lrt..jadi terpaksa lah jugak aku merajinkan diri naik lrt dan bas ke tempat kursus. Dan..kos untuk aku sampai ke menara dion ialah RM10 sehari..erm..banyak gak tu..hehe 3). Kursus? Boring...:- entahlah..kursus ni macam buat aku malas lak sebabnya hasil tinjauan beberapa staff mengatakan kursus ini simple je, takda apa yang best pun.. 4). Kerja tertangguh:- 3 hari kerja aku akan tertangguh..hurm..sudah semestinya bila aku pulang dari kursus, kerja aku akan bertimbun kembali. 5). Kelas :- ini pun tengah pikir gak, nak buat kelas ke tidak pada malam kursus tu, takut penat je..hehe... So far takda plan lagi..tapi harap2 semua ok!! Peace..