Posts

Showing posts from June, 2010

TOY STORY 3

Image
Sebenarnya saya masih lagi dalam keadaan "trauma" dan "terkesima" diatas kehilangan laptop yang cukup saya sayangi. Tak mengapalah, benda dah berlaku, jadi saya perlu juga teruskan kehidupan dan paling penting, laptop boleh dibeli pada masa akan datang. Dan jari jemari ini menaip kerana ingin memberikan ulasan mengenai filem yang masih panas di pawagam iaitu Toy story 3. Filem yang cukup menarik dan terbaik ini adalah hasil kerjasama Disney dan Pixar. Bagi mereka yang tak tahu kisah Toy Story ini, anda perlu menonton siri 1 dan 2 filem ini. Dari situ barulah anda akan faham kesinambungannya. Tapi kalau nak tonton juga, masih boleh kerana filem ini cukup mudah untuk difahami. Berlatarkan zaman sekarang, kisah Toy Story masih mengekalkan watak-watak utama seperti Woody, Buzz Ligh Year, Sling, Potato Head dan ramai lagi. Mereka adalah ikon permainan kepada Andy. Dan dalam filem ini, Andy sudah besar dan akan masuk ke kolej. Perjalanan cerita ini bermula apabila permain

Sentiasa Beringat!

Image
Salam buat semua, Ternyata Allah itu Maha Adil, Dia akan menguji kita supaya kita jadi lebih matang dan beringat selepas ini. Kenapa aku mengatakan demikian? Ini kerana semalam (20 Jun 2010) berlaku satu tragedi yang cukup membuatkan aku terkesima... Rumah sewaku di Taman Tun telah dipecah masuk dalam sekitar jam 6pm. Sewaktu kejadian, aku telah keluar rumah bersama dengan rakanku ke Mutiara Damansara. Ternyata kebijaksanaan pemecah itu berjaya membawa lari 3 jenis laptop (komputer riba) kepunyaan aku, kawanku dan teman serumahku. Semasa aku pulang dari damansara, terus aku mendapati pintu bilikku dikopak dan dipecahkan, aku masih tergamam. Tidak mampu berfikir dan terdiam seribu bahasa. Dalam fikiran aku satu sahaja, kenapa orang Malaysia begitu bodoh? Kenapa perlu masuk dan mengambil hak yang bukan mereka punya?? Punya banyak peluang kerja di atas muka bumi ini, tapi kenapa kerja-kerja yang bodoh ini juga mereka ambil? Inilah manusia...sudah dilahirkan dengan akal, tetapi tidak boleh

Lagenda Budak Setan, Prince Of Persia.,Shrek 4,

Salam... Entah kenapa bulan Jun ini saya menjadi fanatik wayang. Bukan apa, bulan lepas, saya tiada masa untuk menonton filem dan kebetulan pula sibuk dengan kerja. Jadi, di awal Jun, saya sedaya upaya untuk menonton beberapa filem kegemaran saya. Antara yang memang saya nantikan ialah Prince Of Persia : Sand Of Time. Tajuk filem ini pun best, dan juga trailer dia jugak mantap. Jadi, tak hairanlah sememangnya saya menantikan filem ini. Filem ini diadaptasi dari game terkenal, prince of persia. Saya sendiri pernah main game ini, best jugaklah...cuma susah jugak, kena pakai cheat code. Huhuhu..jadi apabila tahu game ini akan difilemkan jadi, saya tak melepaskan peluang untuk menonton filem hebat ini. Komen Prince Of Persia: - Saya komen ringkas sahajalah..malas nak tulis panjang-panjang. Buat semua yang dah tonton, pasti tak rasa kecewa kerana filem ini boleh dikatakan lengkap. Cukup dengan aksinya, kelakar, romantik, tradisi dan juga jalan ceritanya. Jalan cerita nya cukup kuat, dan ter

Jalan-jalan : Shenzhen and Guangzhou

Image
Betul kata orang, jauh berjalan luas pemandangan..Maka, aku pun telah diberi tugas dan amanah oleh Triways untuk mengendalikan group bagi trip ke China. Bagi aku, ini adalah satu peluang keemasan dan kebetulan pula, group ini adalah group aku. Setelah kepenatan membuat kerja-kerja operasi, maka hari dinantikan sudah tiba. Jadi, dalam blog ini, aku akan ceritakan secara ringkas pengalaman aku melancong ke Shenzhen dan Guangzhou. Dua bandaraya yang terletak di selatan China dan utara Hong Kong ini. Perjalanan aku : HARI PERTAMA: - Hari pertama aku tiba di Shenzhen dengan menaiki flite AK80. Huh, tahu jelah kalau naik flite AK ni, memang cramp!! 4 jam dalam flite memang memenatkan. Sampai di airport, kami bertemu dengan Amy, tour guide kami sepanjang lawatan ini. - Group aku tak ramai, dalam 15 orang sahaja..dan paling best aku bawak 1 family + dengan 5 orang bekas students..jadi, taklah janggal sangat. Dan mereka ni sporting, best dan happening. - Makanan kat China tak sama macam makanan