Posts

Showing posts from November, 2010

Corat coret coruttt....

Image
Salam sejahtera semua! Fuh, dalam kesibukan aku bekerja masih sempat juga aku coretkan beberapa perkara kat blog aku ni. Sedar tak sedar dah masuk bulan Disember dah...bulan yang aku paling suka. Kenapa?? Sebab bulan ini hari jadi aku, harijadi kawan-kawan aku..dan juga bulan ini juga banyak perkara best akan berlaku. Begitu cepat putaran masa berlalu. Aku pun dah nak masuk umur 26 tahun. Rasa baru je aku bekerja kat Triways ini, sedar tak sedar dah masuk10 bulan dah. Pasal Triways?? Buat masa ni malas aku nak cerita pasal kerja aku... Cuti sekolah?? Yeargh..rupanya dah masuk gak musim cuti sekolah. Musim orang berkahwin, musim orang melancong dan juga musim orang bersunat..hehe. Biasalah cuti sekolah ini banyak gak aktiviti yang aku luangkan walaupun aku bukannya bercuti...berikut antara perkara yang best nak aku share ngan korang:- 1. Tengok wayang:- memang aku dah jadik kaki wayang, walaupun aku ni bukanlah addict macam Fendy. Tapi boleh ar gak layan movie sampai 2 kali seminggu. La

Ulasan Filem : Crayon

Image
Minggu ini kalau ikutkan tidak banyak filem menarik di pawagam. Filem terakhir yang saya tonton pun adalah filem " Eat, Pray, Love". Jadi, dalam kesempitan masa, sekali saya menonton filem Malaysia terbaru iaitu " Crayon". Jangan terkejut, mungkin ada antara pembaca sekalian yang tak tahu pun cerita ini. Tapi kenyataannya jalan cerita filem jauh lebih baik dari filem Magika yang memenangi filem terbaik baru-baru ini. Ulasan:- Tiga perkataan untuk filem ini " Ringkas, kemas, dan tersirat". Filem karya A. Burhanuddin ini diterbitkan oleh Linda Ziegler iaitu kakak kepada aktress terkenal, Julia Zigler. Judulnya sangat ringkas, crayon iaitu sejenis alat mewarna yang popular bagi kanak-kanak. Tapi maksudnya sangat mendalam, bagaimana dengan melukis menggunakan krayon sahaja, kanak-kanak mampu untuk menyatukan pelbagai bangsa dan agama. Filem ini mempunyai dua lokasi, iaitu Singapura dan juga Melaka. Jadi, perhubungan yang wujud antara dua negara banyak disentuh

Hijau Daun - (Suara Ku Berharap)

Tetiba pulak suka lagu ni..ada kaitan dengan hidup aku..kekeke...