Posts

Showing posts from December, 2010

Jalan-jalan : Bali

Image
Hello semua, Apa khabar? Sebenarnya hari ini mood aku agak baik, maklumlah dah selesai beberapa kerja "urgent", dan dalam waktu senggang ini, sempatlah aku mengemaskini blog aku. Baiklah, untuk kali ini aku nak cerita pengalaman aku ke Bali, pada 17-20 Disember 2010. Kenapa Bali? Hish, ini bukanlah percutian aku, tetapi lebih kepada urusan kerja. Jadi, bagi sesiapa dalam perancangan ke Bali, aku bolehlah kongsi pengalaman aku tak seberapa ini dengan anda semua. Bali merupakan pulau terletak berhampiran dengan Jawa Timur. Dikenali sebagai Pulau Dewata atau "Island Of God", pulau ini didiami majoritinya penduduk beragama Hindu Dharma. Walaupun sedia maklum Indonesia dihuni oleh penduduk Islam, tetapi tidak di Bali. Aku sebenarnya tak pernah terlintas dalam fikiran aku yang aku akan ke Bali. Kenapa? Bali bukanlah dalam tempat yang aku benar-benar nak pergi dalam hidup ini. Tapi atas urusan kerja dan peluang yang ada, maka harusnya aku tidak lepaskan. Jadi penulis

kombinasi

Image
Salam.. Apa itu kombinasi? secara jelas, kombinasi adalah gabungan. Dalam hidup ini memang tidak dapat lari dengan kombinasi. Secara kasarnya, sesebuah pasukan atau syarikat akan lebih cemerlang jika mempunyai kombinasi yang kuat dan menarik. Dalam hidup aku, jelas menyatakan bahawa bulan disember ini aku acapkali memikirkan tentang "kombinai"...Hidup ini tidak boleh berseorangan, perlu ada teman dan kawan-kawan. Untuk bekerja juga, ia adalah perkara yang sama. Perlu ada keserasian dan juga kekuatan. Kadang-kadang manusia tidak nampak apakah kombinasi yang hebat dalam sesuatu pasukan. Mereka lebih mementingkan diri masing-masing berbanding kesannya di masa hadapan. Semasa aku berada di UMP untuk latihan debat minggu lepas, aku pening memikirkan kombinasi terbaik bagi memuaskan hati semua pihak. Sehingga tindakan aku dianggap seperti "kejam" dan hanya memikirkan diri sendiri semata-mata. Alhamdulillah, mungkin berkat doa dan usaha masing-masing, pasukan UMP utama tel

dunia semakin kompleks!

Image
Salam sejahtera buat semua pembaca, Sudah masuk 12 December 2010, bermakna lebih kurang 20 hari lagi, kita akan masuk tahun 2010. Aku pun tak pasti berapa banyak matlamat aku tercapai pada tahun. Segalanya kuserah kepada yang Maha Esa. Dalam tempoh beberapa minggu lepas, boleh dikatakan aku sangat-sangat tension ( termasuklah ketika aku menulis blog ini) Kenapa? Pertama, aku bosan dengan sikap orang yang tidak tahu menghargai orang lain dan asyik memikirkan dirinya sahaja. Bagi aku, segala keputusan aku hormat jika kena pada tempatnya. Tidak salah untuk melakukan perubahan, tapi biarlah perubahan dilakukan bersebab dan tidak menyusahkan orang lain. Kadang-kadang ada benda yang tidak perlu kita ubah, dan seeloknya diteruskan dengan landasan yang betul. Terfikir juga aku, mengapa manusia tidak nampak kebaikan seseorang? Mengapa manusia lebih melihat perkara kecil yang hitam?? Aduss...memang pelik!! Mungkin ramai yang membaca terfikir, apa yang aku tulis ini? Tidak mengapa, ia cuma sekad