Selamat datang 2011

Salam sejahtera buat semua pembaca!

Apa khabar kalian? Diharap semua baik-baik belaka. Malah aku berbangga kerana ada beberapa pembaca yang setia membelek blog aku yang tak seberapa ini. Baiklah, coretan aku untuk kali ini lebih nak menceritakan apa berlaku 2010 secara konklusinya. Aku rasa tentu kalian semua mempunyai saat pahit manis semasa tahun 2010. Pastinya aku amat rasa 2010 terlalu pantas, sedar tak sedar genap setahun sudah berlalu. Oh yer, sebelum aku memulakan cerita, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang ucapkan "happy birthday" semasa hari jadi aku yang ke 26. Arigato!!

Imbasan 2010:-

Januari:-
Bulan terakhir aku berkhidmat sebagai GSTT. Bulan ini juga aku pergi ke Genting bersama beberapa orang geng GSTT yang lain. Tak kurang juga, bulan penting bagi aku, menguruskan kelas dan pelajar. Sweet!!

Febuari:-
Bulan cinta?? No lah..bulan ini aku bertukar angin ke Triways Travel. Memang seronok, tapi mencabar! Kerana aku belajar perkara-perkara baru, dan aku sendiri pun pening nak menyesuaikan diri. Tapi aku suka, kerana aku dapat jumpa ramai kawan baru!!

March :-
Aku mendapat tawaran kerjaya yang lebih menjamin masa depan ( katanya..) tapi atas beberapa faktor, aku tolak secara baik. Mungkin ada hikmahnya..hurm...Bulan Mac juga adalah bulan pertama aku keluar negara setelah hampir 9 tahun aku tak keluar negara. Pertama kali aku menjejak kaki ke negara Singapura.

April:-
Aku mendapat kerja tuisyen buat pertama kalinya. Terima kasih Puan Eida. Alhamdulillah, terubat juga rindu aku pada kerjaya perguruan. Best gak, walaupun agak mencabar nak mengajar budak-budak ni..Bulan ini juga aku bertemu dengan Melody, kawan baik aku dari Kuching..bila nak mai lagi, mel?

Mei:-
Pertama kali aku menjadi Tour leader..satu amanah dan kepercayaan diberikan oleh pihak syarikat. Memang mencabar, tapi aku sahut ia sebaiknya. Pertama kali juga aku ke Shenzhen, China.

Jun:-
Bulan paling mencabar bagi aku. Kenapa? Laptop kesayangan aku hilang...fuhh...

Julai:-
Penat, pening, sakit, tension...gambaran aku tuk bulan ini. Letih melayan karenah pelanggan yang macam-macam permintaan. Belum kira beban kerja makin bertambah. Alhamdulillah, ada orang nak amek aku mengajar tuisyen.

Ogos:-
Bulan puasa, tapi kerja tetap diteruskan. Aku terpaksa bekerja lebih masa untuk Ogos kerana sibuk membuat urusan group ke Dubai.

September:-
Hari raya..tapi aku macam tak beraya. Aku hanya amek cuti raya cuma sehari. Alhamdulillah, rezeki makin bertambah. Aku dapat peluang ke Dubai, dan ini merupakan satu saat paling berharga dalam hidup.

Oktober:-
Bulan stress...!!!! Rasa macam nak terjun dalam laut!! Semua benda kena kejar..dan geram gak, beban kerja yang tak sepadan..asyik balik lewat sahaja. Paling sakit hati, sikap sesetengah orang yang suka menyalahkan orang lain..hurm..

November:-
Sepatutnya aku ke Jogja akhir bulan, tapi kuasa alam...Merapi meletup!! Mungkin bukan rezeki untuk aku ke sana. Tapi bulan ini aku anggap bulan "kelegaan". Bulan ini juga kenangan manis buat Kak Long, sepupu aku kerana telah menjalinkan ikatan pertunangan dengan Abang Hamzil..go baby go!!

Disember:-
Semestinya bulan paling aku suka dalam setahun. Paling best, plan ke Behrang, Shidi datang KL dan aku dapat menjejak kaki ke Pulau Bali. Bulan ini juga paling banyak cuti aku apply. Yang tak bestnya, hurm..kerana beberapa perkara kecil, aku putus persahabatan...hurm...memang kompleks!

2010, memang banyak kenangan yang aku tak boleh lupa. Sekali imbas, 2010 aku telah berjalan ke 5 buah negara ( bukan berlagak ye..sekadar cerita), dan inilah perkara paling aku tak sangka dalam hidup. Memang aku tak menduga sama sekali, aku akan keluar negara dalam tempoh kurang 2 bulan aku bekerja.

Mungkin ini namanya rezeki, dan 2011 kini sudah datang. Banyak perkara aku harus fokus 2011. Aku amat yakin 2011 akan menyaksikan lebih banyak cabaran, dan rintangan. Aku harus bersedia...

Insyallah, blog ini akan terus bernafas, dan bernyawa dari masa ke semasa. Diam tak diam, 2011 adalah tahun keempat bagi blog aku ini. Wah, cepatkan masa berlalu..!!

Baiklah, buat pembaca budiman, aku nak ucapkan "Salam Tahun Baru 2011" dan teruskan menyokong Coretan Sang Putera!!

Adios~

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...