Ulasan Filem : Aku masih dara & Damping Malam




Hello geng!! Minggu ni saya nak buat ulasan dua buah filem melayu yang menjengah di pawagam disember lepas. Oh ye, saya tonton filem ini dalam bentuk video, kawan saya yang download. Huhu..

Aku masih dara:-

Filem lakonan Raja Farah, Ashraf Muslim, Yana dan ramai lagi merupakan filem berbentuk islamik dan cinta. Filem ini sebenarnya adalah iras-iras filem Syurga Cinta. Cuma watak orang bermasalah dalam filem ini ialah wanita. Tapi setelah menonton filem berdurasi 1 jam 25 minit ini, ternyata jalan ceritanya sedikit berlainan.

Sebenarnya plot ceritanya menarik. Memaparkan masalah sosial remaja masa kini. Ditambah pula dialog diucapkan sememangnya lazim berlaku dalam masyarakat kita kini. Tapi garapannya agak lemah. Kalau nak kata filem berunsur sosial yang baik, saya suka pada garapan "Anak Halal" yang dikeluarkan pada tahun 2007.

Jalan ceritanya sedikit mendatar, dan impaknya kurang memberi kesan kepada penonton.Mungkin Ahmad Idham nak memaparkan masalah sosial pada masa kini, tapi kurang kajian. Jika diperhalusi mungkin filem ini boleh jadi hebat.



Kesan percintaan antara Firdaus (Ashraf) dan Sofea (Raja Farah) kurang dirasakan oleh penonton. Mungkin penumpuan filem ini agak mencapah. Jadi, percintaan mereka tidaklah digarap dengan kemas. Dari sudut lakonan, boleh dikategorikan sederhana, Raja Farah tidak begitu menonjol dalam filem ini, manakala Ashraf Muslim sekadar biasa sahaja. Pujian hanya boleh diberikan kepada Diana Amir yang memegang watak Hani. Lakonan bersahaja dan berani, terutama ketika watak mabuk dan bersosial. Cuma pelik dengan watak Firdaus, setiap masa pakai baju melayu, macam tak kena pula.

Seharusnya filem ini dibuat kajian terlebih dahulu tentang beberapa perkara. Pertama, masalah sosial remaja. Ingat, remaja bukan terlibat dengan sex bebas sahaja! Kedua, cara dan pendekatan islam terhadap remaja. Ketiga, cinta dari pandangan islam. Kajian yang kurang, menjadikan filem ini hanya dibuat bagi mencapai "status Box Office" atau dengan kata lain menambah koleksi filem melayu pada masa kini.

Filem ini secara keseluruhan boleh layan terutama kalau sudah tidak ada pilihan filem lain. Saya rasa Syurga Cinta lebih baik berbanding dengan filem ini. Mungkin Ahmad Idham perlu menonton karya pengarah lain seperti Nur Kasih, Anak Halal, Qaisy dan Laila dan sebagainya sebelum menghasilkan filem ini. Adios!



2 bintang

Damping Malam:-


Damping?? Filem apa ini? Melihat kepada trailer filem ini, nampak wow! Maklumlah filem seram. Kebetulan Ahmad Idham berjaya menghasilkan filem-filem bergenre begini. Tapi, untuk Damping Malam, seolah-olah saya menonton sebuah filem yang bukan arahan Ahmad Idham. Kenapa?

Pertama, plot cerita agak longgar dan bercabang. Masih mengekalkan elemen bomoh, santau, rasuk..tapi elemen seram entah ke mana. Mungkin adadua tiga babak cuma untuk mengejutkan penonton, tapi penonton sudah dapat meneka apa yang terjadi . Dalam filem ini tidak ada hantu, pontianak, wanita rambut panjang dan sebagainya. Cuma yang menghantui watak dengan bayang-bayang ( tak tahulah lelaki ke atau wanita).

Saya tak tahu filem ini nak tampilkan apa sebenarnya. Jika nak tampilkan "penjaga", bayang-bayang atau makhluk halus, harusnya ditunjukkan dengan cara yang lebih kreatif Macam contoh filem Jangan Pandang Belakang, kesannya dapat dirasa selepas keluar wayang. Takpun macam dalam filem Ju On ataupun Shutter dari Thailand.

Lakonan pula, hurm..tahap biasa. Amy Mastura memegang watak Ku Shahira, sebenarnya biasa sahaja. Saya lebih suka dia berlakon dalam filem Trauma. Manakala Ahmad Idham, membuat come back sebagai pelakon memegang watak Wadi. Biasa sahaja, kerana wataknya tidaklah mencabar mana. Eryn pula, pelakon cilik sebenarnya boleh pergi lebih jauh. Sekiranya diasuh dengan betul, tidak mustahil dia boleh menjadi pelakon berbakat nanti. Tapi dalam filem ini, bakatnya tidak begitu menonjol. Mungkin wataknya lebih menyerlah dalam filem Congkak.

Lakonan yang saya suka ialah Azizah Mahzan. Bersahaja, tenang dan misteri. Wataknya teruji terutama pada pengakhiran cerita. Plot ceritanya sudah dapat diagak dan dari awal hingga akhir, saya sudah tahu apa ceritanya.

Teknikal dalam filem ini kurang kemas. Saya sebenarnya tak pasti sama ada filem ini ingin dibuat sambil lewa atau sekadar memenuhi kuota 12 filem melayu setahun. Sukar nak mencari apa kelebihan filem ini sebenarnya.

Maka kesimpulannya, saya tidak sarankan anda tonton filem ini. Jika tiada pilihan atau nak juga, bolehlah sekadar pengisi masa lapang. Terus terang saya katakan, ini antara filem Ahmad Idham paling teruk sekali. Maaf ye! Mungkin anda boleh tonton dalam bentuk video atau tunggu sahaja siarannya di Astro Citra.

1 bintang
***

Jadi, apa perancangan anda selepas ini? Menonton wayang ? Saya berhajat nak tengok dua buah filem melayu bulan ini. Pertama ialah Khurafat dan kedua ialah filem Haq. Harapan saya supaya kedua-dua buah filem ini tidak mengecewakan!! Jom sertai saya!

raja azrul

Comments

Nyda Zamani said…
nnt jgn lupa buat ulasan khurafat ye!hehehe.. :p
aleesya said…
yuppp..khufarat pulak yer...

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...