Makan-makan : Asam Pedas Muar

Hai Semua,

Kembali dalam sesi makan-makan. Hehehe...patutlah aku ni dah makin berisi, asyik makan je. Takpelah, ini kan rezeki dari tuhan. Alhamdulillah....baiklah, kali ini saya nak kongsi pengalaman makan-makan saya di sebuah restoran asam pedas terletak di Mutiara Damansara.

Jujur, saya bukan peminat asam pedas. Kebetulan pula, saya memang tak makan ikan - sebetulnya saya hanya memilih ikan-ikan tertentu sahaja kalau nak makan pun. Hehe..pelik kan? Tapi setelah bertemu dan menikmati hidangan tengahari di restoran ini, ternyata saya sudah mula jatuh hati akan rasa asam pedas restoran ini.

Restoran ini terletak di Mutiara Damansara, berhampiran dengan Balai Polis, Masjid dan Desa Mutiara. Kalau dari The Curve, anda kena pergi ke kawasan perumahan Mutiara, dan disitu barulah anda dapat jumpa kawasan ini. Kedainya agak tersorok, tapi ada banner besar tulis "Asam Pedas Muor".

Saya pun tak tahu apa beza asam pedas muar dengan Melaka. Macam sama je, ntahlah. Kalau nak kata asam pedas sedap, kedai ini saya boleh katakan memang sedap, sama macam saya makan asam pedas di Melaka ( dekat dengan Makhota Parade).

Masa saya sampai, punyalah ramai. Kebetulan pula, masa makan tengahari. Cuti pulak tu. Jadi, memang agak panas lah juga. Nasi pun sampai habis. Kat sini, ada macam2 jenis asam pedas. Pilih sahaja - ikan pari, ikan merah. Jenahak, Kembung, Keli, ayam. Selain itu, ada gak kobis goreng, kacang panjang, ayam goreng dan macam-macam lagi.

Selain asam pedas, kedai ini terkenal dengan makanan Johor seperti Laksa Johor dan Mee Bandung. Minuman Bandung pun ada. Overall memang sedap lah jugak. Suasana kedai ini biasa sahaja, sama macam kedai makan kat KL. Harga? Hurm..saya boleh kategorikan sederhana. Ini disebabkan harga ikan bergantung kepada pasaran. Kalau harga ikan naik, paham2 jelah.

Walau begitu, saya hanya amik nasi putih campur sayur sahaja. Kuah asam pedas saya hirup puas2, sambil makan dengan nasi panas. Ikannya?? Hehehe..En Fendy yang makan. Maklumlah saya ni tak makan ikan.

Namun setelah mencuba kuahnya, percayalah ini antara asam pedas yang sedap di kawasan Damansara. Kuahnya pekat, dan rasa rempah ratusnya. Percaya lah juga, lauk asam pedas terpaksa dimasak dua tiga kali dalam masa sehari dek permintaan yang tinggi.

Jadi buat Johorian ataupun Melakarian, ataupun peminat asam pedas, jom ar kita serbu ramai-ramai..kalau taknak makan asam pedas pun takpe, cuba Laksa Johornya...memang sedap!

Oklah..enjoy the picture!


Depan restoran



Ni lah asam pedasnya..nampak pekat! Cuba tahu!


Tengok! Kereta punyalah banyak...biasalah orang Malaysia!


Asam Pedas Ikan Pari...Yum2!

Gaya muka orang Melaka memberikan komen selepas makan...

Comments

Anonymous said…
Eh! Dh mkn kedai ni. Tk lh sedap mana pn! Harga ya mahal tk setimpal dgn Lauk Nya. Brsedia lh duit kalau dtg ramai2
Raja Azrul said…
yup lepas kuar jalan2 cari makan, kualiti asam pedas macam dah kureng sikit. Entahlah mungkin tukang masak lain2 kot.

Selalu amek ikan pari...harganya bawah rm10.

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...