Makan-Makan : Nasi Beriyani Ritz Alladin TTDI

Hai Semua!!

Apa khabar para pembaca budiman? Yes, kali ini nak komen pasal makan pulak! Wah, kuat pula aku ni makan, patutlah berat badan makin naik. Hehe...nak buat macam mana, kalau hati dah senang.

Oklah..aku nak bawak anda semua makan nasi beriyani istimewa di sebuah restoran baru di Taman Tun Dr.Ismail, Kuala Lumpur. Nama restoran ini ialah Ritz Aladin. Alah..nama je macam international, tapi sebenarnya pemiliknya melayu.

Restoran ini baru saja buka. Rasanya dalam bulan Januari lepas. Restoran ini terletak di barisan kedai dobi presto, berhampiran Plaza Vads, belakang Popeye. Alah..senang je nak recognize restoran ini. Hiasan restoran ini masih biasa, mungkin disebabkan ia masih baru. Kedai dia sempit sikit, mungkin sebab banyak sangat meja, tapi jangan risau, fully aircond. Cuma adalah juga meja diletak kat luar, khas untuk sesiapa yang suka makan sambil menghisap rokok. Cewah...

Jarak restoran ini dari rumah aku tak jauh. Adalah dalam 10 minit berjalan kaki. Tak jauh kan? Kalau sesiapa nak datang, senang sahaja, dari Sprint, masuk ke TTDI, nanti akan nampak Pizza Hut & Bank Islam ( kanan), Celcom ( kiri). Jumpa trafic light depan plaza Vads tu, masuk sahaja kanan. Nanti akan nampak restoran puteri. Restoran ini sebaris lah dengan Puteri.

Makananya? Bagi peminat makanan Johor, rasanya inilah antara terbaik. Nasi beriyani ada macam-macam jenis. Ada beriyani gam, kambing, ayam kampung, ayam merah dan banyak lagi. Ada gak laksa johor dan mee bandung. Minuman pula pelbagai. Aku order nasi beriyani ayam kampung. Sedaplah jugak, terutama kuah beriyani tu..huhu.

Harga? Aku boleh kategorikan sederhana. Tidak mahal, tidak juga murah. Tapi sekali makan, adalah RM15 ++ termasuk air. Lebih kurang je kalau kita makan McD kan? Betul tak? Set dia ada sekali dengan papadom, dalca, acar timun, dan juga kuah beriyani. Manusia? Ramailah juga pelanggan yang datang..hehe.

Oklah..taknak komen banyak2..tengok jelah picture dibawah yer!


( ruang dalam restoran)



( Makan fendy..makan...- actually fendy kata sedap, maknanya lulus lah..haha)



(Nasi beriyani ayam kampung - satu set RM14)

(Makan puas-puas..tapi jangan lupa baca doa)



Kesimpulannya...buat peminat nasi beriyani dan makanan arab...apa lagi..serbu ler restoran ini!! hehe...

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...