Ulasan Filem : Sini ada hantu




Hello semua!

Apa khabar? Bagaimana hujung minggu? Semoga semua seronok belaka. Sedar tak sedar, sudah beberapa kali saya menonton naskah filem seram tempatan. Tapi alhamdulillah, kebanyakannya saya boleh terima dan enjoy menonton. Hehe..maknanya filem Malaysia ok gak apa?!

Baiklah, semalam ( rabu - 16 Feb) saya menonton wayang sekali lagi bersama dua orang kawan ofis saya. Cerita apa? Tajuknya juga menarik iaitu "Sini ada Hantu" arahan James Lee. Buat mereka tak tahu atau tak kenal James Lee, dia ini merupakan pengarah filem Histeria, yang ditayangkan sekitar tahun 2007..kalau tak silap ler. Dan saya suka sentuhan pengarah ini kerana filem dihasilkan beliau mempunyai kekuatan senduiri

Komentar:-

Filem ini mempunyai ramai pelakon, tetapi kebanyakannya tidaklah begitu dikenali ( kecuali Fasha Sandha). Yang lain kebanyakannya pelakon biasa - tetapi lakonan mereka tidak mengecewakan. Filem ini bergenre seram komedi, sama seperti filem Ngangkung dan Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Jadi, ia bukanlah filem seram sampai anda kena menutup mata. Cuma, jika dibandingkan dengan filem seram komedi yang lain, filem ini masih boleh membuatkan penonton berasa seram. Mungkin James memang pandai dalam bab-bab begini. Jalan ceritanya ringkas, diadun dengan beberapa kisah seram masyarakat setempat, menyebabkan penonton sebenarnya menonton 3 filem seram dalam satu cerita.

Konsep begini sebenarnya sudah lama dibuat dalam filem Thailand dan Hong Kong. Mungkin bagi filem Malaysia, ia adalah sesuatu yang baru. Saya sukakan plot dan latar filem ini. Ia memang nampak semangat 1 Malaysia. Filem ini menggunakan watak pelbagai kaum, malah turut mempamerkan hantu cina dan hantu jepun. Jadi, tidak hairanlah saya katakan filem ini memang ada kelainan tersendiri. Plot cerita disusun dengan cukup kemas sekali, watak demi watak ditonjolkan, dan bagaiman penceritaan menggunakan kaedah imbas kembali dibuat.

Filem ini tidak perlu banyak dialog. Cukup dengan plot ringkas, penonton sudah faham akan kehendak ceritanya. Elemen seram dalam filem ini masih ada, cuma tidaklah sampai penonton menjerit ketakutan. Saya sukakan jalan cerita filem ini kerana ia mengambil kisah seram setempat. Maknanya kisah-kisah seram yang pernah kita dengar ( atau mungkin pernah alami) semasa kita kecil.

Dari segi teknikal, biasalah..penggunaan CGI turut ada dalam filem ini. Tetapi tidaklah menganggu atau mencacatkan mata yang menonton. CGI dihasilkan dengan grafik yang cukup kemas, sama seperti teknik yang pernah digunakan oleh filem-filem barat ataupun Thailand.

Lakonan? Ternyata kebanyakan pelakon berjaya membawakan watak dengan baik. James tidak perlu bermodalkan wajah-wajah popular, cukup sekadar pelakon biasa seperti Alvin Wong, Baki Zainal, Beto, dan beberapa lagi pelakon lain. Dalam banyak pelakon, saya sukakan watak Baki dalam filem ini. Begitu juga dengan Alvin wong. Cukup kelakar, dan lawak mereka buat pun tidak memperbodohkan penonton.


Kesimpulan:-

Filem ini ringkas, padat dan kemas. Cukup sesuai untuk memberikan hiburan pada hujung minggu. Anda tak perlu pening kepala menonton filem ini. Buat wanita, tak perlu takut kerana ini bukanlah filem seram, walaupun ada babak-babak tertentu boleh membuatkan anda menjerit. Cuma, saya mahu anda menonton tanpa memikirkan logik akal. Maklumlah, filem seram, mana boleh fikir logik. Anggaplah ia sekadar hiburan. Bagusnya filem ini juga kita dapat mengetahui budaya masyarakat cina dalam menguruskan pengebumian, dan tanggapan masyarakat cina terhadap hantu nombok ekor.

Filem ini adalah pengajarannya. Straight to da point! Maknanya sekali anda menonton, anda sudah faham akan kehendak dan objektif filem ini. Jadi, apa tunggu lagi...jadikan hujung minggu anda lebih santai dengan menonton "sini ada hantu" dan nasihat saya...

" Jangan lupa bawa beg plastik!"..hehe

4 bintang

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...