Cabaran..Dugaan dan Ujian

Assalamualaikum,

Terasa cepat masa berlalu. Dalam sedar tak sedar, kini kita sudah masuk dalam March 2011, bulan ketiga dalam setahun. Ternyata, suku pertama tahun ini sudah cukup memberikan seribu cabaran kepada aku.

Buat semua pembaca, aku nak ucapkan terima kasih. Aku tahu ramai berminat untuk membaca entri berkaitan tips melancong, dan juga ulasan filem, restoran. Terima kasih! Diingatkan segala komen dan pandangan adalah berdasarkan pengalaman peribadi. Tidak ditulis secara ilmiah atau kajian saintifik.

Baiklah, menjengah ke bulan 3, aku melihat pelbagai ragam manusia. Perilaku manusia yang berada di sekeliling aku. Bukanlah aku mengatakan aku ini sempurna, tapi aku dapat lihat biasan manusia sebenarnya. Terus terang, aku tidak suka manusia yang mengutamakan perkara yang remeh. Ini kerana, banyak lagi perkara yang perlu difikirkan dan diangkat menjadi topik utama.

Contohnya, isu Interlok, dan juga kemenangan Ana Rafali semasa AJL. Ramai lah yang memberikan komen, dan sibuk dalam isu tersebut. Tapi tak ramai pula nak bersuara mengenai isu - isu besar seperti kos sara hidup makin tinggi, harga minyak naik, pengangkutan awam tak efisyen, isu saman ekor dan banyak lagi. Orang kita lebih memandang isu-isu yang kadang tak masuk akal, dan dengan kata lain, tak perlu pandang pun!

Inilah yang aku lihat dalam masyarakat kita. Suasana ini berlaku dimana-mana. Yang aku pelik, manusia-manusia begini pula boleh diangkat, dan menjadi pujaan sesetengah pihak. Mungkin kehebatan manusia begini memainkan isu remeh, sehingga ada pihak terpedaya dengan "lakonan" mereka.

Langkah aku mudah, bersama dengan orang sebegini, ada caranya. Tidak boleh "keras" dan tidak boleh "lembut". Dengan kata lain, kita ikut rentak mereka, dan pada akhirnya kita akan lihat siapa yang akan "makan " siapa nanti.

Maaflah, penulisan kali ini sedikit kompleks, tapi inilah suara hati aku malam ini. Aku harap "lakonan" dan " boneka" ini akan terbongkar dan akhirnya siapa yang bermain tahi, kita akan tahu penghujungnya.

p/s: semoga perancangan aku berjalan dengan lancar sebelum 29 Mar 2011..amin.

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...