Mengira detik

Sunday, May 15, 2011

Jalan-jalan : Bangkok

Salam semua,

Maaf agak lewat menulis blog ini. Maklumlah, saya agak sibuk dengan beberapa urusan kerja 2 minggu lepas. Baiklah, saya nak kongsi kisah cerita saya semasa saya melancong ke Bangkok, Thailand. Rasanya sudah ramai yang tahu, apa itu Bangkok? Ia merupakan ibu negara Thailand dan terletak berdekatan Teluk Siam dan Sungai Chao Phrya.

Bangkok adalah nadi utama kepada Thailand. Maklumlah, di sini adalah pusat pentadbiran, pelancongan, ekonomi dan sosial kepada Thailand. Saya pergi ke sana selama 4 hari. Sebenarnya saya pernah ke Bangkok pada 2001. Dulu atas urusan student exchange, dan kali ini atas urusan kerja. Uniknya, group yang saya bawa kali ini ada annual dinner di Nuovo Hotel, Bangkok. Jadi, aktiviti lebih menjurus kepada free and easy.

Saya pergi sehari awal, bersama dengan committee dinner. Oh ya, untuk kali ini, kawan saya- Azwan turut serta. Kebetulan dia ingin berjalan=jalan ke Bangkok, Jadi alang-alang saya turut mengajak dia untuk turut serta dengan lawatan ini.

Hari Pertama: Bangkok


Tiba Bangkok pada jam 9 pagi waktu tempatan. Saya pergi menaiki Thai Airways. Jujur saya katakan, ini antara flight yang saya suka. Mungkin kerana servisnya cukup bagus dan berkualiti. Selesai imigresen, kami bertemu dengan guide iaitu Mr. Awiee. Terus kami pergi ke lokasi annual dinner dan menikmati makan tengahari disana.

Suasana di Bangkok agak panas. Dan, paling tak best ialah Trafik jam yang sering berlaku di kawasan bandaraya. Mungkin faktor utama adalah jumlah penduduk yang terlalu ramai dan peningkatan bilangan kenderaan setiap tahun. Selepas makan, dalam sekitar jam 4 petang, kami pun pergi ke hotel iaitu Arnoma Hotel, Bangkok. Hotel ini terletak di kawasan Pratunama atau lebih digelar sebagai Bukit Bintang Bangkok. Disini juga terletaknya banyak pusat membeli belah terkenal seperti GaySorn, Isetan, Platinum Mall dan juga MBK.

Selepas mandi dan berehat, dalam jam 7malam, aku dan Azwan merancang untuk menonton persembahan muzikal- Siam Niramit. Mungkin ramai tak tahu apa itu Siam Niramit. Ia adalah persembahan kebudayaan Thai digabung dengan unsur-unsur teater muzikal. Siam Niramit dipersembahkan di dewan khas - antara pentas bertaraf dunia pada jam 8.00 pm setiap hari. Harganya pula dalam sekitar RM150 per person. Mungkin nampak mahal, tapi ternyata ia sangat berbaloi dengan wang anda. Persembahan ini berdurasi 1 jam 20 minit menampilkan kebudayaan Thai dari pelbagai wilayah - Utara, Selatan dan Tengah. Turut diselitkan beberapa budaya melayu - maklumlah, Langkasuka kan sebahagian wilayah Melayu dulu * rujuk video dibawah.

video

Selain persembahan, penonton juga boleh melawat dan bergambar dengan gajah dan penari Thai. Saya turut menikmati Tom Yam ( halal tahu), di sini. Dan saya boleh katakan ini antara Tom Yam paling sedap pernah saya rasa. Jadi, kalau anda berminat, bolehlah datang ke Siam Niramit dan cuba sendiri. Tapi lokasi siam niramit agak jauh dari pusat bandar. Paling mudah anda naik teksi dari stesen MRT Thailand Culture Centre, Selesai persembahan, kami terus pulang dan tidur!!

Hari Kedua - Royal Grand Palace

Hari Kedua, pagi-pagi lagi aku sudah bangun dan terus ke airport, Tujuannya untuk menyambut ketibaan group pertama ke Bangkok. Alhamdullillah, mereka sampai dalam sekitar jam 9.30am, dan terus kami ke Grand Palace, Bangkok. Sebut sahaja grand palace, ramai sudah ketahui. Ini kerana Grand Palace adalah ikon utama Bangkok. Dan jika ke Bangkok, memang rugi kalau tak ke Grand Palace.

Grand Palace adalah istana raja Siam. Disini juga terdapat temple Buddha, Makam diraja, Muzium dan beberapa pameran istana raja. Jadi, memang tak rugi masuk kat sini. Cuma, Istana sahaja kawasan yang tak dibenarkan masuk. Ini kerana istana masih lagi digunakan sebagai acara rasmi kerajaan Thai - ala macam Istana Negara.

Kompleks Istana ini agak besar, Ia memakan masa dalam sekitar 1 jam perjalanan keseluruhannya. Jadi, kalau anda nak masuk, pastikan anda mengetahui etika pemakaian terlebih dahulu. Lebih baik pakai seluar panjang, berkasut dan tidak "topless". Bawa juga air mineral dan kaca mata hitam kerana cuaca agak panas di sini.

Selepas melawat Grand Palace, kami semua ke Sungai Chao Phrya untuk menaiki bot menyelusuri antara sungai terpanjang di Thailand ini. Botnya kecil sahaja, boleh memuatkan 30-40 orang pada satu masa. Sepanjang perjalanan, anda akan dapat menyaksikan panaroma Bandaraya Bangkok, kuil-kuil Buddha dan juga perkampungan Melayu Bangkok. Menurut guide, kampung melayu memang wujud di Bangkok sejak zaman dahulu lagi. Kampung ini diberikan oleh Raja Thai sebagai hadiah kepada orang Melayu Thai atas sumbangan mereka terhadap perang dunia kedua.

Kampung melayunya tak ubah seperti kampung air di Brunei Darussalam. Masih tidak teratur dan agak kotor. Selesai sahaja river cruise, kami menikmati makan tengahari di sebuah restoran halal di seberang sungai. Saya suka agak sup daging restoran ini. Memang sedap dan rasanya memang berbeza dengan Sup melayu. Ada rasa masam dan manis. Superb! Bolehlah cuba, nama restorannya ialah Isan Fang, Bangkok. Tapi alamatnya saya tak pasti. :-)

Selepas makan, kami semua pulang ke hotel dan berehat. Walau begitu, saya tak berehat pun. Masih ada beberapa perbincangan perlu diselesaikan dengan Nurmala dan rakan-rakan guide. Iyalah, want to do the best!

Selepas itu, dalam sekitar jam 7pm, kami berangkat untuk makan malam di sebuah restoran yang terletak agak jauh dari kota Bangkok iaitu Khrua Muslim Restaurant. Walaupun jauh - dalam 1.5 jam perjalanan ( termasuk jam...pergh..), tapi ia memang berbaloi. Kenapa? Ini adalah restoran muslim yang menghidangkan makanan secara steamboat dan Thai BBQ. Buat peminat seafood, ini adalah syurga makanan buat anda. Anda boleh makan sepuas=puasnya dan hidangan pun ada banyak. Saya suka makan udang dan ketam. Disini, makanan dibakar atas dapur arang khas - memang klasik dan tradisional. Konsepnya terbuka, jadi saya tak boleh bayangkan kalau hujan. Hehehe...

Hari Ketiga: Shopping time!

Hari ketiga banyak free and easy. Jadi, saya ambil kesempatan untuk berjalan-jalan sekitar Platinum Shopping Mall dan MBK. Oh yer, kalau kat Bangkok, shopping mall paling terkenal ialah MBK ( Man Bon Krong). Ia tak ubah seperti Sungai Wang kat BB. Barangnya pelbagai dan kat sini juga ada makanan halal. Kat tingkat 5, aras food court. Kalau nak kebab atau makanan arab pun ada kat sini. Kat MBK ada banyak cenderamata, dan harganya boleh ditawar. Ternyata ia memang murah dan berbaloi.

Selain MBK, saya turut membeli belah di Platinum Shopping Mall. Di sini memang tak ubah seperti pusat pakaian dan harga nya memang murah. Saya sempat membeli jaket pada harga 650 baht ( RM65) dan kasut pada harga RM100. Fesyen di sini agak update dan banyak pilihan. Pendek kata, tak rugi kalau anda membeli belah di sini. Ia memang murah dan berbaloi.

Pada jam 5.00 pm, kami bertolak ke Nuovo Hotel untuk persiapan annual dinner. Azwan dengan sukarela menjadi MC pada malam tersebut. Bidan terjun lah katakan. Mala pula tiba agak lewat bersama dengan group yang lain. Alhamdullillah, perjalanan dinner berjalan dengan lancar.Cuma agak sayang kerana boss NYK - Ms Noriko, tak dapat turut serta kerana sakit perut. Tapi majlis tetap meriah dan tamat sekitar jam 10pm.

Lepas makan, masa untuk berehat. Hehehe..tapi saya bukan berehat di hotel, tapi di Patpong. Jangan marah ye! Patpong adalah tempat pondan, dan kalau yang tak biasa, mungkin akan mengalami kejutan budaya. Saya, Azwan dan Mala ke sana bukan lah saja-saja. Cuma sekadar nak melihat budaya negara orang. Tak masuk pun tempat-tempat macam tu. Kat sini ada banyak pusat urut, kedai makan, kedai baju dan pub. Mat Salleh memang ramai kat sini. Saya mencuba untuk urut kaki bersama mala dan Azwan. Harga tak sampai RM30 pun sejam. Dan jujur, ia memang seronok. Nak tergelak juga melihat Azwan yang kegelian apabila tukang urut memang kaki dia. Kat situ, bukan urut kaki sahaja, malah kalau nak urut badan, facial massage pun ada. Harga memang murah dan berbaloi. Cubalah...!

Hari Keempat : Berangkat pulang

Flight kami dalam jam 7.10 pm. Jadi ada masa dalam 6 jam di kotaraya Bangkok sebelum flight balik. Jadi, saya mengambil kesempatan untuk menemani Azwan membeli belah di saat-saati akhir. Nasib baik jarak hotel ke mall tak jauh. Dalam sekitar 15 minit berjalan kaki. Tak lah penat sangat.

Dalam jam 3.00pm , kami pun berangkat pulang ke airport. Jarak ke airport hampir satu jam perjalanan. Sampai di airport, kami sempat makan di sebuah gerai halal di situ. Oh yer, kat Suvarnabhumi ada kedai halal tahu. Kat aras bawah. Food court dia.

Flight kami bertolak dalam sekitar jam 7.10 pm dan tiba di KLIA pada jam 10.00 pm. Alhamdulillah semua sudah selamat. Apa yang aku katakan, Bangkok memang best, dan aku yakin aku akan ke sini lagi pada masa akan datang.

Oklah...sekali lagi, saya nak kongsi tips kalau anda merancang percutian ke Bangkok, Thailand.

1. Pilih hotel yang dekat dengan LRT/ MRT/ BTS. Saya cadangkan kawasan Sukhumvit, Silon atau Pratunam. Kawasan hotel murah sekitar Khao San, tapi agak jauh dari MRT. Tapi jangan risau kerana teksi kat Bangkok jauh lagi murah berbanding di KL.

2. Cuaca kat Bangkok agak panas. Jauh panas berbanding Malaysia. Bawa air mineral sekali. Kalau anda tak tahan panas, cuba elakkan berjalan di kawasan terbuka.

3. Bangkok dan trafic jam tak dapat dipisahkan. Saya cadangkan anda keluar pada awal pagi untuk membeli belah atau melawat kawasan menarik di sana. Ini kerana pada sebelah petang, trafiknya agak kritikal dan ia boleh melarat sampai ke tengah malam. Gunakan Tuk-tuk atau teksi, dan kalau jarak tak jauh, jalan kaki sahaja. Ia lebih baik.

4. Jaga barangan berharga anda. Saya sarankan passport dan IC tinggalkan sahaja di bilik - letak dalam Safety box. Tak perlu bawa. Ini kerana Bangkok selalu ada kes pick poket. Nak selamat, letakkan dompet anda dalam poket depan.

5. Belajar Bahasa Thai. Ingat, orang Thai ramai tak tahu berbahasa Inggeris. Kalau yang OK pun di hotel-hotel ataupun restoran mewah. Ada juga pemandu teksi yang tak tahu membaca tulisan roman. Saya sarankan anda dapat kad hotel - alamat ditulis dalam Bahasa Thai, dan ia akan membantu anda ketika anda menaiki teksi nanti. Semasa membeli belah, cuba tawarkan harga sehingga 50% dan kalau anda bijak, anda akan dapat harga tersebut.

6. Thai Massage - ramai yang suka Thai Massage, tapi diingatkan ada juga Thai Massage yang ada extra servis ( paham2 jer lah yer...). Nak selamat, pergi sekitar kawasan Khao San atau Pat Pong. Kat situ ada banyak thai massage yang dibuat khas untuk massage sahaja. Buat perbandingan harga sebelum anda menerima servis.

7. Makanan halal- Kat Bangkok, tak susah anda nak dapatkan makanan halal. Ada banyak pilihan. Sekitar Pratunam ada restoran Mak Yah dan Haryati yang turut menyediakan makanan halal Thai. Lihat sahaja simbol halal, insyallah anda tidak akan kebuluran.

8. Teksi di Bangkok menggunakan meter, tapi ada juga pemandu yang tidak menggunakan meter. Berhati-hati dan saya cadangkan anda naik teksi yang hanya mahu gunakan meter sahaja.

9. Tempat shopping murah di Bangkok ialah MBK, Platinum Plaza dan Chatchuchak market. Kalau MBK dan Platinum ia lebih mirip kepada mall. Chatchucak pula lebih kepada open market dan ia hanya dibuka pada hujung minggu. Kalau nak beli cenderamata, saya cadangkan anda beli di MBK aras 5. Ada banyak pilihan dan harganya murah.

10. Selain Bangkok, anda boleh ke Pattaya, Kanchanaburi atau Ratchaburi. Kalau anda nak ke floating market, anda bolehlah ke Ratchaburi, manakala Kanchanaburi pula terkenal dengan kawasan sejarah River kwai bridge. Kanchanaburi juga terkenal dengan barangan permata dan harganya memang murah. Di Pattaya, anda boleh menikmati keindahan pantai dan orang kata, night life di sini jauh lebih meriah berbanding Bangkok..:-)

Oklah...penat menaip panjang lebar. Jadi khas untuk anda semua, saya lampirkan beberapa gambar di Bangkok. Oh yer, turut dilampirkan ialah Siam Niramit video diatas. Layaaaaan......

Tomyam kat Siam Niramit..sedap siut!!



Parit kecil berhampiran dengan hotel. Pergh..baunya...menusuk kalbu

Bergambar di atas jambatan

Tukang ambil gambar aku di Bangkok...


Semasa di Airport, di hadapan duty free.


Di hadapan Siam Niramit, Cultural Village.



Dihadapan pentas Siam Niramit.

Restoran Khrua Muslim, Bangkok.

Balai Menunggu TG 419


Aksi Azwan ketika diurut kaki.

TG420 - 29 April 2011
rajaazrul

30 comments:

PutEra Boi said...

KEBETULAN KAMI MEMANG dah plan nak bercuti di Bangkok dalam amsa yang terdekat. terima kasih dgn post ini. kalau ada apa2 lagi yg penting, hope sudi bagitau. apa2 perkataan thailand yg wajib untuk kita belajar bg memudahkan?

PutEra Boi said...

KEBETULAN KAMI MEMANG dah plan nak bercuti di Bangkok dalam amsa yang terdekat. terima kasih dgn post ini. kalau ada apa2 lagi yg penting, hope sudi bagitau. apa2 perkataan thailand yg wajib untuk kita belajar bg memudahkan?

Raja Azrul said...

Putera- cuba blaja perkataan mudah seoerti terima kasih dan hello...anda boleh merujuk internet utk perkataan tersbut....jgn lupa mencuba massage...mmg best wei! Huhu..hav nice trip....

PutEra Boi said...

terima kasih bebanyak..dah install kat hp dah bahasa thai nie... overall kat sana selamat kan?

Raja Azrul said...

putera boi:
Yup selamat...selamat melancong...saya memang suka Thailand coz budaya dia yang peramah dan mesra alam. Cuma satu je, hati2 dengan pick pocket esp masa pegi pasar malam.

Anonymous said...

awak guna tour guide ke ? kalau tour guide berapa eh ?

Raja Azrul said...

any:
-Masa saya di Bangkok, saya memang ada kawan dan dia memang guide. Tapi kalau di Bangkok, tanpa guide pun masih selamat dan mudah untuk berjalan-jalan. Anda boleh rujuk dengan hotel untuk jalan2 sekitar Bangkok. Dan kebanyakan pemandu taxi boleh memahami bahasa inggeris yang ringkas.

Nusa Travel said...

Salam...
Boleh saya tahu apa nama kampung melayu di Bangkok...rencananya 17 julai nanti kami ingin ke sana untuk program jejas bangsa anjuran UKM

terima kasih
nazeran@nusatra.com
0193829202

Nusa Travel said...

Salam...
Boleh saya tahu apa nama kampung melayu di Bangkok...rencananya 17 julai nanti kami ingin ke sana untuk program jejas bangsa anjuran UKM

terima kasih
nazeran@nusatra.com
0193829202

Anonymous said...

Insyaalah kami 3 beranak (anak bongsu perempuan lepas UPSR) akan ke Bangkok selama 4 malam september nanti. Kami akan pergi secara private dan takder guide. Kalua sdr dapat senaraikan guide untuk semasa di sana, alangkah baiknya! Tak perlu tertanya-tanya dan bersusah payah mencari tempat penginapan dan makan.

Raja Azrul said...

Nusa Travel:

Maaf lewat balas. Saya tak pasti balasan saya masih sah atau tak. Hihi. Kalau kampung Melayu bangkok, saya tak pasti pula namanya kerana saya bukan ke sana atas urusan rasmi. Lokasi memang terletak berhampiran dengan Sungai Chao Phraya. Mungkin saudara/i boleh menghubungi kedutaan kita di sana untuk makluman lanjut.

Raja Azrul said...

Anonymous

Untuk perkhidmatan guide, anda perlu rujuk sama ada dengan hotel atau pun travel agent (di Malaysia). Kalau anda nak terus contact dengan guide, bayaran dikenakan mungkin mahal dan lagi satu, biasanya guide adalah dibawah agensi pelancongan.

Tak perlu guide pun tidak menjadi masalah kerana Bangkok sangat mesra pelancong. Anda tidak perlu risau untuk kemana-mana kerana pengangkutan awamnya banyak. Dan paling penting pilih hotel di kawasan Pratunam dan Sukhumvit kerana ia adalah kawasan membeli belah utama di Bangkok.

Cuma nasihat saya berhati-hati ketika melancong, terutama ketika bercakap dengan orang yang tidak dikenali.

Anonymous said...

Salam Putera. Saya akan ke Bangkok pada sept 2012 with wife. Agak2 berapa tambang teksi ke hotel di Sukhmvit dari Suvarnabhumi Airport. Minta tolong berikan nama hotel hampir dengan LRT/MRT/BTS di Jalan Sukhumvit. Untuk shopping dari hotel ke MBK dan Platinum Plaza agak jauh tak?

Raja Azrul said...

Putera:

Jawapan saya begini:

1. Tambang teksi dari Suvarnabhumi ke city dalam RM30 (anggaran). Selain teksi, saudara boleh naik airport rail link (ala-ala ERL). Anda boleh turun ke Makassan dan dari situ boleh naik teksi untuk ke Sukhumvit.

2. Hotel ada banyak kawasan BTS/ Metro. Antara yang saya cadangkan ialah Arnoma Bangkok, Centric Ratchada atau Indra regent.

3. Platinum ke MBK tak jauh. Jalan kaki pun boleh. Tapi kalau nak naik teksi, susah sikit sebab jalan selalu jam. Boleh juga naik BTS, tak jauh dari situ. Platinum lagi best kerana kat sana ada banyak baju yang murah.

Azrul

Anonymous said...

Terima kasih kerana membantu

Saya cadang nak tinggal di kawasan Sukhumvit dekat dgn LRT/MRT/BTS untuk mudah perjalanan dan untuk tiket, adakah sama untuk satu perjalanan atau untuk sehari pejalanan

Bagaimana pula Teksi supaya tidak timbul masalah syarikat mana kah yang boleh saya percayaai

Tidak lupa… Saya ucap Selamat Hari Raya Edul Fitri.. Maaf Zahir dan Batin

Raja Azrul said...

Selamat hari raya

Teksi tidak ada masalah tapi paling penting pastikan mereka gunakan meter ( takut kena tipu).

Mengenai BTS/MRT, saya cadangkan tak payah beli pass pun tak mengapa, kerana konsepnya sama seperti LRT di KL.

Anonymous said...

Anon 28.07. Insyallah saya 3 beranak akan ke Bangkok pada 21.9-24.9 depan. Mungkin tarikhnya agak dekat dengan yang sdr ke sana. Saya pun pergi secara bersendirian dan mungkin kita boleh berkawan di sana nanti. Kalau bolaeh nak hubungi sdr tapi takder cara melainkan di sini. Boleh kita berhubung? email saya pokamid@yahoo.com. Terima kasih.

Raja Azrul said...

Anon 1/9

Saya tidak tinggal di Bangkok. Huhu...kalau inginkan konsultant saya, boleh email terus kepada raja.azrul@gmail.com

Untuk makluman, Bangkok adalah bandaraya metropolitan. Saiznya 3 kali ganda daripada Kuala Lumpur, cuma ia tidaklah semoden KL.


Kalau anda pergi dengan famili, berhati-hati terutama ketika berada di kawasan sesak. Bangkok amat "nakal" pada waktu malam, oleh itu ada beberapa kawasan tidak sesuai untuk famili (anda faham maksud saya kan?? hehe).

Anonymous said...

hari apa yang paling best kat sana? kalo nak pegi 4hari 3 malam cukup x?

Raja Azrul said...

Anon 20/9/12

Hujung minggu paling best sebab meriah! Cuma agak sesak sedikit terutama di kawasan membeli belah. Kalau 4 hari, ada banyak tempat menarik anda boleh pergi. Mungkin anda boleh ke Pattaya ataupun ke Kanchanaburi..sana sangat terkenal dengan batu permata.

Anonymous said...

Mpmmmm tengah mengumpul maklumat bangkok...8-12 Dis ni rancang kesana.....Thanks atas info.
din jb

Anonymous said...

salam
nak tanya agak2 klau pergi 7 hari 6 malam bawa RM1500 untuk jalan2, makan n shopping sikit untuk souvenir cukup x?

kalau bleh tlg reply kat pplvpp89@yahoo.co.uk. thanks. :)-fieza

Anonymous said...

At one meeting of teachers and administrators, when asked about my child's strengths her teacher could only muster, "Well, when she wants to, she can be pleasant." I was exasperated.. [url=http://www.vanessasac.com]vanessa bruno pas cher[/url] We learn Freestyle, Backstroke, Breastroke, Sidestroke and even Butterfly! We love swimming but it makes us really tired. The company's revenues decreased 4.4% in 2011 to $88,959,000 from $93,070,000 for fiscal 2010, according to the company's annual report. Clean Development Mechanism, have issued protocols to properly account for emission reductions from forest projects..
When will these blokes get it through their heads: give benefit of doubt every time and we all be happy. [url=http://www.icanadagooseca.com]canada goose chilliwack bomber[/url] Muay Thai boxing and a ladyboy show are absolutely marvelous and enjoying elegant dinner cruise on Chao Phraya River is a blissful and fanciful experience.. [url=http://officialcanadagoosesoutlet.ca]canada goose outlet[/url]
[url=http://flyballbags.com]canada goose online[/url] At the same time Zhou xiaochuan reiterated the way the Christian Louboutin Stretch Platform Over The Knee Boots Leather 120mm Black Christian Loubutin Black Pumps Big Lips Leather 120mm United kingdom Current administration will hold the essential exactness regarding the RMB order volume, although previously referred to Matter Tennis shoes tactic truly states the way the Crucial Bill sometime agree to close up about that a lttle bit time "great. [url=http://www.onlinebeatsbydreoutlet.com]beats by dre solo 150 euro[/url]

Anonymous said...

You should take part in a contest for one of the finest websites on
the web. I most certainly will recommend this website!
Also see my web site: lanautica

Anonymous said...

I loved as much as you will receive carried out right here.
The sketch is tasteful, your authored subject matter stylish.
nonetheless, you command get bought an shakiness over
that you wish be delivering the following. unwell unquestionably come further formerly again since
exactly the same nearly a lot often inside case you shield this hike.
Here is my web-site ; free chat box

Anonymous said...

This paragraph gives clear idea for the new users of blogging, that truly how to do blogging and site-building.
Also visit my weblog : Deborah Koval

Anonymous said...

It's amazing in favor of me to have a web page, which is helpful in favor of my knowledge. thanks admin
Here is my site Trick Photography and Special Effects

Sizzling Suzai said...

thanks a lot for the info..hehhe yup im planning on goin n u hv giving lot of helps! ^^

Anonymous said...

I know this if off topic but I'm looking into starting my own blog and was wondering what all is needed to get set up? I'm assuming having a blog like yours
would cost a pretty penny? I'm not very web smart so I'm not 100% sure. Any tips or advice would be greatly appreciated. Kudos
Stop by my blog - web hosting delhi

Anonymous said...

An impressive share! I've just forwarded this onto a co-worker who was doing a little research on this. And he actually ordered me breakfast simply because I stumbled upon it for him... lol. So allow me to reword this.... Thanks for the meal!! But yeah, thanx for spending time to talk about this matter here on your internet site.

My web page; Green tea weight loss
my website - Green tea weight loss