Jalan-Jalan : Kota London

Salam sejahtera,

Teringat masa kecil-kecil dahulu, tatkala saya menonton drama Cinta Koperat, sebuah drama yang menjadikan London sebagai salah satu set pengambarannya, teruja melihat para pelakon beraksi di Kotaraya yang penuh sejarah itu. Pada tahun 2005, kawan baik saya iaitu Azwan turut berpeluang ke sana. Begitu juga dengan cerita manis dari Madam Mala yang pernah menuntut ilmu di sana. Siapa sangka, mungkin ini dikatakan rezeki, mungkin ia juga dikatakan peluang, saya telah diberi tanggunjawab untuk membawa group ke London, United Kingdom.

Maka dengan itu, saya ingin berkongsi pengalaman pahit manis saya di kotaraya London ini dengan anda semua. Diharap, perkongsian saya ini dapat memberikan anda inspirasi, tips dan panduan mereka yang ingin ke sana.

Perjalanan bermula:

Seperti biasa, KLIA menjadi destinasi pertama saya jejak sebelum bertolak ke London. Saya menaiki Emirates iaitu syarikat penerbangan UAE. Jadi, saya akan transit ke Dubai. Perjalanan ke Dubai adalah selama 6 jam 50 minit, dan dari Dubai ke London, dalam 7 jam. Kami bertolak dalam jam 7.30pm dan sampai di Dubai jam 10.00 malam ( lebih kurang jam 2.00 pagi waktu Malaysia). Kami transit di sana lebih kurang 3 jam setengah.

Tak banyak aktiviti boleh dibuat di airport Dubai. Mungkin tarikan utama adalah Duty Free, tapi saya tak berapa berminat, jadi masa saya habiskan dengan tidur di lapangan terbang. Jam 2.00 pagi, perjalanan diteruskan ke London dengan EK007. Sepanjang penerbangan, saya menghabiskan masa tidur, bagi mengumpul tenaga untuk keesokan harinya.

Sampai di Heathrow pada jam 7.00 pagi. Tapi flight kami betul-betul mendarat pada jam 8.30 am. Terkenal antara lapangan terbang tersibuk di dunia, Heathrow merupakan pintu pertama saya jejak di Kotaraya London. Suhu sekitar 15 darjah celcius, memerlukan saya memakai jaket. Selepas sahaja melepasi imgresen selama 2 jam, saya pun bertemu dengan guide dan terus ke kota London. Jarak antara airport ke London lebih kurang 1 jam lebih. Itu belum kira andai kata jalan jam ataupun sesak.

Setibanya di London, ya..disajikan dengan banyak bangunan lama. Kebanyakan sudah berusia ratusan tahun, ada yang dibina sejak zaman Standford Rafles datang ke Tanah Melayu lagi. Bayangkan, bangunan ini masih utuh dan dijaga rapi! Memang tabiklah kepada pentadbiran british yang masih mengekalkan bangunan lama sebagai ikon kepada kotaraya ini.

Keunikan London:

Saya tinggal di Kota London selama 5 hari. Sepanjang 5 hari, banyak tempat yang saya pergi. Antaranya ialah London Eye, London Bridge, Tower bridge, Maddam Tussauds, Big Ben, dan banyak lagi. Tak susah nak berjalan di dalam kotaraya ini kerana pengangkutanya cukup efisyen. Disini juga terkenal sebagai syurga membeli belah. Oxford street merupakan syurga kepada mereka yang suka membeli belah. Terdapat banyak barangan berjenama di sini, dan harganya juga tidaklah semahal Malaysia.

Pada hari keeempat, saya dan kumpulan saya telah ke Bicester Village. Ia terletak lebih kurang 1 jam perjalanan dari London. Walaupun namanya Village, sebenarnya ia adalah factory outlet village. Disini terdapat pelbagai barangan berjenama seperti Prada, LV, Dolce Gabana, Todds dan banyak lagi, harganya pula jauh lebih murah jika dibandingkan di London. Disini juga terdapat kedai-kedai makan, dan suasana di sini lebih tenang berbanding dengan Oxford street. Untuk ke sini, anda perlu naik bas..dan sepanjang perjalanan anda akan dihidangkan dengan pemandangan menarik perkampungan UK. Memang cantik dan sejuk mata memandang.

Selain Bicester, saya turut ke Maddame Tussauds, merupakan muzium lilin terbesar di dunia. Disini pelbagai ikon selebriti terkenal dibuat dalam bentuk lilin. Tidak terkecuali pemimpin dunia seperti Barrack Obama, Saddam Hussein dan ramai lagi. Selain patung lilin, anda juga boleh melawat London History dan Marvel 4D. Memang menarik, dan interaktif. Perjalanan berakhir dengan kedai cenderamata yang ada di penghujung muzium tersebut.

Untuk makan, alhamdulillah..di sini terdapat banyak restoran Malaysia. Yang pasti, tak perlu risau kalau nak makan asam pedas ataupun sambal belacan. Memang ada, dan banyak pilihan. Cuma harganya tak samalah macam di Malaysia. Sepinggan nasi lemak biasa, dalam RM15 ataupun lebih kurang 3 pounds. Hehe...

Oklah..saya malas nak taip panjang-panjang. Berikut adalah tips kalau anda ingin ke London:

1. Kalau anda minat shopping, pergi pada bulan Jun - August kerana ini adalah summer sales buat warga London.

2. Untuk makan - saya cadangkan anda ke Bayswater. Di sana ada banyak makanan halal seperti makanan Malaysia, Arab, Turkey dan banyak lagi.

3. Jangan pikirkan duit pound - ya, masa membeli barang di UK, janganlah anda convert ke duit Malaysia. Alamatnya memang tak makanlah yer...

4. Tempat shopping yang murah adalah di Primark, Oxford street. Paling senang, anda turun di Tube Station Marble Arch. Selain itu, bagi mereka sukakan perfume anda boleh dapatkan barangan perfume yang murah di Bayswater.

5. Peminat bola?? Ya, nak dapatkan jersi yang murah anda kenalah ke Arsenal. Kat situ memang anda akan dapat barangan yang murah dan original.

6. Suhu kat London memang sukar diramal. Ada ketika suhunya boleh mencecah negatif. Jadi, langkah terbaik ialah membawa jaket. Semak dulu cuaca sebelum anda sampai di sana.

7. Penerbangan ke London memakan masa lebih dari 12 jam. Jadi, memang penat! Untuk servis terbaik, pilih syarikat penerbangan yang bagus dari servisnya seperti Malaysia Airlines. Memang untung!

8. Hotel kat London ada banyak, dan murah2. Kalau mereka sukakan backpackers, memang banyak. Paling bagus, kebanyakan hotel memang dekat dengan tube station.

9. Orang London memang suka berjalan. Jadi, cara terbaik untuk menikmati London ialah dengan menaiki pengangkutan awamnya. Percayalah ia memang efisyen dan anda tidak perlu menunggu lama.

10. Selain London, anda boleh melawat tempat-tempat lain sekitar London seperti Windsor, Bath, ataupun Stonehenge. Ada juga hotel yang menawarkan pakej day tour ke Paris. Memang berbaloi...

Baiklah, ini beberapa picture saya ketika berada di sana....


( Oxford street, London)



( Tube station)


( Memorial Diana dan Dodi di Harrods)


( Tukdin - restoran Malaysia di UK)

Ada lagi sebenarnya picture, tapi semuanya saya upload dalam FB.

raja azrul


Comments

Unknown said…
Restoren Tukdin sedap2 makanannya! Perlukan bilik penginapan di London? http://penginapanlondon.blogspot.co.uk/
mickey said…
Assalamualaikum,

Saya minta izin untuk iklan ye.

Kepada yang mencari accommodation di London buleh la singgah di blog kami :

http://45londonstay.blogspot.co.uk/

Terima kasih kerana sudi membaca komen ini :)
Unknown said…
Assalam,

Minta maaf tuan blog.. Mohon kebenaran nak iklankan homestay kami di London.

http://bilikhomestaylondon.blogspot.co.uk/

Minta maaf dan terima kasih ye tuan blog.
Raja Azrul said…
@nikazhar

Tidak ada masalah..sharing is caring! Semoga dimurahkan rezeki, mana tahu kita dapat berjumpa di sana.

nice sharing.. saya baca untuk rujukan sebab nak refresh balik masa 1st time ke London...huhu
Anonymous said…
Assalam ....saya Ell
saya nak ke london solo traveller..
tak ada ke malaysian di loondon yg nak host sepanjang stay saya di london.
will touch down london on 20 Nov till 02dec.

my whatsapps no +60192402868

sangat sangat menghargai...
Unknown said…
Saya nak ke birmingham 20 jan ni...blh tlg kasi info b n b dibirmie
Unknown said…
Pls call me ±601135827473
Raja Azrul said…
@unknown

maaf tuan saya tiada contact di Brimingham. Maybe tuan boleh cuba airbnb

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...