
Julai 2011
Kiranya apabila masuk bulan Julai ini, perkara yang paling orang ramai ingat ialah perhimpunan Bersih yang diadakan pada 9 Julai 2011. Sebenarnya aku ini tak kisah sangat pasal demonstrasi ke, hapa ke...cuma sebagai rakyat Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab mengetahui apa perkara yang berlaku sebenarnya.
9 Julai - aku tak ke mana-mana pun. Pusat Bandaraya KL memang lumpuh akibat jalan jalan utama ditutup oleh pihak polis. Aku tak paham, sebenarnya, BERSIH ini hanyalah sekadar perhimpunan untuk menyampaikan memorandum mengenai pilihanraya. Ia bukanlah pertubuhan ataupun parti politik. Mungkin disebabkan ia didominasi oleh parti pembangkang, maka BERSIH diistiharkan haram.
Aku rasa banyak sahaja demontrasi jalanan dibuat oleh pihak kerajaan. Salah satunya perhimpunan menuntut Anwar Ibrahim menyerahkan DNA berkaitan kes liwatnya. Itu belum lagi beberapa perhimpuan " tak masuk akal" di Selangor dan Kelantan yang menentang kerajaan negeri.
Pendek kata, perhimpunan aman sebenarnya tidak ada masalah pun. Kita bukannya seperti Thailand yang mana mereka berhimpunan sehingga lapangan terbang ditutup. Disana, perhimpunan lebih bersifat "menjatuhkan" kerajaan. Berbeza dengan BERSIH, aku nampak ia lebih kepada menyuarakan sebahagian suara rakyat terhadap pilihanraya umum ke 13.
Kesimpulan aku - BERSIH telah mengubah dimensi pemikiran rakyat Malaysia. Disini aku lihat Malaysia bergabung menjadi satu. Mereka ketepikan soal agama, kaum dan bangsa... Semoga Malaysia kekal aman bersatu padu selamanya.
raja azrul
This entry was posted
on Monday, July 11, 2011
at Monday, July 11, 2011
and is filed under
Komentar
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.
Sang Putera
- Raja Azrul
- Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia
- Saya lahir di Kuala Lumpur, dibesarkan di Karak,Pahang. Bekas guru sandaran tidak terlatih pada tahun 2009, kini bekerja sebagai Executive Pelancongan di sebuah syarikat swasta...Aku masih sama, belum lagi menjadi jutawan, pengurus dan juga menteri besar. Sambil bekerja, aku juga buat part time tuition... Bekas pelajar MRSM Kuantan, Matrikulasi IKIP dan Universiti Malaysia Pahang.
Entri Popular
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera! Topik aku untuk kali ini adalah berkaitan dengan PTPTN. Kenapa? Mungkin ramai yang tahu bahawa PTPTN m...
-
Betul kata orang, jauh berjalan luas pemandangan..Maka, aku pun telah diberi tugas dan amanah oleh Triways untuk mengendalikan group bagi tr...
-
Salam sejahtera buat semua pembaca, Lama dah tak kemas kini mengenai program jalan-jalan kan? Terima kasih pada mereka yang membaca blog in...




