Jalan-jalan : Bako, Sarawak



Hi Semua!

Fuh..agak lama tak berjalan dalam negara ( eh..bukan riak yer, tapi memang kenyataan). Maklumlah, dah hampir dua tahun kerja, tak pulak company trip yang request jalan-jalan dalam negara. Tapi alhamdulillah, kami semua ada buat plan ad hoc...pergi ke Kuching, Sarawak.

Kalau ikutkan Kuching ni dah masuk kali ketiga aku pergi. Takda apa yang menarik sangat pun ( jangan marah yer)...tapi aku suka satu jer, dia pun kebudayaan dan nature. Memang terbaik!! Kali ini aku ke Kuching, aku nak pergi tempat-tempat yang belum aku pergi masa 3 tahun lepas...iaitu...

Taman Negara Bako

Terletak dalam 1 jam perjalanan dari pusat bandaraya, taman negara ini antara paling mudah sekali nak pergi. Jujur, ini pertama kali aku pergi ke Taman Negara. Kiranya back to nature lah. Sampai sahaja je ke sana, kena naik bot ke pintu masuk utama. Nampaklah pulau Santubong. Memang menarik lah...!! Sapa kata Malaysia tak cantik, betul tak?

Kebanyakan orang yang melawat Taman Negara ini ialah Mat Salleh. Kalau orang macam kita ni, memang susah nak nampak batang hidung. Kalau ada pun budak-budak sekolah...ntah hapa2 lah...at least, bagilah sokongan terhadap produk pelancongan Malaysia, betul tak? Percayalah cakap aku, kalau pergi ke Taman Negara ni, memang best wei!! Nak pulak budak bandar macam aku ni.

Kat dalam tu, kami pilih untuk buat jungle tracking selama 800m. Nampak je dekat, tapi...fuh...memang mencabar gak lah...kalau dapat mandi air terjun, memang lagi best! Tapi air terjun jauh...dalam 3km, kena makan masa setengah hari. End of the track ialah pantai....tapi aku tak mandi. Sebab panas sangat kot. Lagipun, kami semua nak tengok Sea Stack iaitu monumen penting jika ke Taman Negara ini...apalagi...berjaya lah...nak tengok stack ini kena naik bot...tambah bayar dalam RM50 per boat...lebih kurang RM10 ar sorang..oklah tu kan...kira sedekah jugaklah kat pembawa bot tu...

Lepas tu, kami pun pulang ke Kuching. Kira oklah...setengah hari pun lepas kami ke sana. Tapi kena bertolak pagi-pagi, sebab kat taman negara ini panas. Yerlah, taman negara ini terletak di tepi laut..memang terasa bahang kehangatannya. Kalau yang jenis jaga kulit, kenalah letak sunblock banyak-banyak.

Serikin :

Ini antara tempat yang baru aku pergi semasa di Kuching. Ia terletak di sempadan Indonesia. Serikin adalah pasar tamu, tak ubah seperti pekan sari. Tapi aku tak berapa suka sangat, mungkin disebabkan shopping kot. Barang-barang kat sini kebanyakannya datang dari Indonesia. Peniaga pun bercakap indonesia. Paling murah aku lihat ialah tikar kayu iaitu harga dalam RM100. Ada juga kain batik, baju kelawar, keychain dan telur penyu..huhu. Bagi aku biasa sahaja, jadi aku tak beli apa sangat kat sini. Cuma beli makanan ringan sahaja.

Oklah..malas nak cerita panjang. Lebih baik aku paparkan gambar untuk tatapan semua. Cuma rasa agak frust sebab tak dapat jumpa Melody masa kat Kuching. Yelah, tiap kali aku datang je, mesti dia tetiba ada plan lain..huhu. Takpelah...mungkin tiada rezeki. Mel, kalau kau datang KL, bagitahu yer!! Haha....

Ok...layanz!!!


Ni dah lain macam jer...haha


Di hadapan pintu masuk taman negara!



Aksi jurugambar pro...cewah!




Sea Stack...trademark Bako


Aksi Kak Yan ...fuh...menarik!

Hadapan tandas...ces..!


Bergambar di hadapan batu..macam artis lah pulak

Our team - yeargh..next trip? Taman Negara Pahang?

rajaazrul

Comments

Nyda Zamani said…
bestnye jalan-jalan!!!
i dapat jumpa kak mel hari tu...jgn jeles..hehehe
Raja Azrul said…
Amboi Nida..jumpa kak mel je ke? Bila nak jumpa abang? Haha....
Melody M. said…
Azrul! Tula kan, kenapa kau harus datang Kuching di kala aku pergi JB!! Huhuhuhu...

Nyda: Jum pegi jumpa tuan director.. :p

Korang: Dengar citer konon nak gi KK bersama, habuk pun tarak ni camne ni? ahhhaha...Korang meh datang kch hujung tahun ni. i join dance theatre hahhaha
ayunik said…
salam...kamu ambik laluan mana untuk tracking dan brp jam tracking unk sampai seastack...tq
Raja Azrul said…
Wslm Ayuni

Alamak .. tak ingat laa...tapi rasanya dalam 2 jam gak...start jungle tracking sampai jumpa sea stack!

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...