Jalan-Jalan : Hong Kong



Hello semua,

Sedar tak sedar dah masuk bulan Julai...fuh, siapa sangka yer...sekejap sahaja rasanya dalam tahun 2011 ini. Baiklah, kali ini aku dah berkongsi dengan semua pembaca tentang pengalaman aku ke Hong Kong - pada bulan Jun lepas.

Sebenarnya aku tak lah target nak pergi Hong Kong tahun ini, mungkin sudah rezeki agaknya, company aku telah memilih aku mengendalikan group MAA ke Hong Kong. Bunyi macam mencabar tapi ia tidaklah mencabar seperti mana group ke London pada bulan lepas.

Oklah, inilah serba sedikit coretan aku sepanjang 3 hari aku berada di sana

30 Jun 2011 - Hari pertama:

Seperti biasa, aku sudah berada di KLIA seawal jam 6 pagi. Selesai sahaja check in, semuanya berjalan dengan lancar. Namun atas beberapa masalah teknikal ( kesibukan lalulintas udara), flight kami delay selama 1 jam. Rasa bengang gak tapi nak buat macam mana sebab semuanya adalah di luar kuasa aku.

Sampai di Hong Kong dalam jam 2 petang. Imigresen? Biasalah tetap ramai. Airport Hong Kong memang besar dan moden. Aku rasa airportnya agak efisyen dari KLIA. Dan menariknya ia dibina diatas satu pulau iaitu Lantau Island. Selesai semuanya, kami semua berjumpa dengan guide dan terus ke pusat bandar yang memakan masa selama 45 minit. Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan panaroma indah iaitu pelabuhan Hong Kong. Memang canggih dan moden. Suasana ini pernah aku lihat di Singapura tapi aku rasa Hong Kong mempunyai pelabuhan yang sibuk dan besar. Disini jugalah merupakan pintu masuk barangan dari Tanah Besar China.

Sampai sahaja di pusat bandar, kami terus menikmati makan tengahari walaupun sudah jam 4 petang. Oh yer, masa Hong Kong dan Malaysia sama sahaja. Jadi, tak perlu lah nak tukar jam. Hehe...selesai sahaja makan, terus ke hotel iaitu Regal Kowloon yang terletak tak jauh dari restoran kami.

Dalam jam 6.30pm, kami semua berkumpul semula di lobby untuk menikmati makan malam. Tempat makan malam kami ialah India restaurant. Walaupun masakan India, tapi ia tidaklah sepedas kari mamak di Malaysia. Entahlah..mungkin ia bersesuaian dengan selera tempatan agaknya.

Selesai menikmati makan malam, kami ke Avenue Of Stars. Sebenarnya ia seperti water front Kuching ataupun Marina Bay di Singapura. Tak jauh beza..cuma nya ia digelar Avenue of stars kerana di sini ada pelbagai model tapak tangan bintang2 ternama Hong Kong. Disini juga ada patung Bruce Lee. Suasana pada waktu malam memang meriah. Pada jam 8 pm, bermulanya Sympohny of light iaitu pancaran lampu terbesar di dunia. Memang menarik ...

Pada jam 9 pm, kami ke Ladies Street untuk shopping. Suasananya tak ubah seperti Petaling street. Disini terdapat pelbagai barangan termasuk lah cenderamata. Kat sini, anda kena pandai menawar. Aku sebenarnya tak suka sangat menawar ni. Aku lebih suka fixed price. Tapi terpaksa lah juga menawar di sini. Tak banyak sangat aku beli di sini kerana kebanyakan barangan aku dah beli semasa melawat Shenzhen pada tahun lepas.

Jam 11 pm, semua pulang...apa lagi...tidur....zzzzZzz....

1 Julai 2011 - Hari Kedua

Bermulanya bulan baru. 1 Julai merupakan cuti umum bagi Hong Kong. Ini kerana ia adalah Hari penyerahan Hong Kong kepada China. Mengikut sejarah, Hong Kong dahulu adalah di bawah jajahan British. Jadi, pada 1 Julai 2007, secara rasminya Hong Kong telah diserahkan di bawah kerajaan China.

Sama seperti Hari Kebangsaan, pada hari tersebut berlakunya perarakan besar-besaran di Bauhinia Square. Jalan agak sesak di kawasan tersebut. Pada hari kedua, kami meneruskan perjalanan ke Pulau Hong Kong. Ia terletak lebih kurang 15 minit perjalanan. Sampai di sana, kami pergi ke Islamic Centre Hong Kong untuk bersarapan. Disini adalah tempat makanan halal dan aku boleh jamin dim sum di sini memang sedap!!

Setelah bersarapan, kami ke Aberdeen Fishing village. Nama je fishing village, tapi sekarang dah jadi tempat pelancongan. Banyak pelancong datang ke sini untuk mengambil gambar. Selain itu, mereka turut berpeluang menaiki sampan - macam tongkang tu. Harganya aku tak pasti...tapi rasanya dalam RM15 untuk 20 minit cruise. Disini juga terdapat restoran Jumbo. Restoran terkenal di Hong Kong. Bagi yang tak tahu, restoran ini merupakan lokasi filem God Cooking ( tak brapa ingat nama betulnya) yang dilakonkan oleh Stephen Chow.

Selepas Aberdeen, kami bertolak ke Pusat Barangan permata. Apa lagi, shopping lah!! Ada banyak pilihan, dan aku rasa harganya pun boleh tahan. Tak lah mahal sangat. Contohnya rantai jade harganya dalam RM70. Kira murah lah jugak. Tapi aku tak beli apapun...mungkin takde mood nak bershopping.

Setelah puas membeli belah, kami semua bergerak untuk makan tengahari. Sebelum makan, sempat sekejap singgah di Victoria Peak ( mid level) untuk bergambar. Victoria peak ni tak ubah macam Bukit Bendera di Pulau Pinang. Dari situ, anda akan dapat melihat pemandangan Hong Kong dari atas. Kat situ juga ada kedai-kedai menjual cenderamata, tapi aku rasa harganya mahal berbanding dengan Ladies Street.

Pada jam 1.00 pm, kami pun menikmati makan tengahari di Islamic Centre. Kebetulan pula ia waktu puncak, memang penuh. Ramai pelanggan di sini terdiri daripada golongan arab, Pakistan dan Indonesia. Setelah makan, kami terus ke Disneyland.

Cerita pasal Disneyland, ia terletak di Lantau Island. Lokasinya agak jauh dari pusat Bandar tapi ia berdekatan dengan lapangan terbang. Disneyland HKG adalah disneyland paling kecil di dunia. Mungkin kerana ia dibuat diatas pulau. Pertama kali aku ke Disneyland, bagi aku ia tak ubah seorang kanak-kanak yang masuk ke alam fantasi. Dengan kata lain, Disneyland sesuai untuk kanak-kanak. Disini terdapat 3 zon iaitu Adventure land, Tomorrow Land dan Fantasy Land. Semua permainan di sini kebanyakannya sesuai untuk kanak-kanak.

Aku sempat bermain beberapa permainan sahaja..tapi paling aku suka ialah Mickey 3D dan Roller Coaster. Oh ye, ada satu sahaja Roller Coaster di Disneyland yer...hehe. Itu pun roller coaster indoor. Tapi ini antara tarikan paling menarik di sini. Mungkin sesuai dengan jiwa muda aku kot..hehe.

Selain itu, aku paling suka melawat Tarzan House, Jungle River Cruise, Mickey 3D dan small house. Memang cute patung2 itu menyanyi! Hebat!! Hehe...overall Disneyland ini memang sesuai ler untuk budak-budak. Untuk berjiwa remaja, rasanya baik lah pergi ke Universal Studio Singapore berbanding dengan Disneyland.

Selesai sahaja pertunjukkan bunga api, kami semua pulang ke hotel.

2 Julai - Hari Ketiga:

Hari pulang...tidak banyak aku lakukan. Mungkin kerana masanya terlalu singkat..jadi aku tidak berkesempatan pergi ke tempat lain. Alhamdulillah, tiba di Kuala Lumpur pada jam 6.00 pm dengan Malaysia Airlines.


Hmm..baiklah ini beberapa tips ketika anda merancang untuk melawat Hong Kong:

1. Hong Kong tak perlukan Visa. Kalau anda ke China, yup..perlukan visa.

2. Di HKG, pasal pengangkutan bukan masalah utama. Disini terdapat kemudahan train yang ada daripada airport ke pusat bandar.

3. Sama seperti China, tandas nya tidak ada kepala paip..paham2 je lah....

4. Makanan di HKG agak mahal berbanding dengan tempat lain. Aku cadangkan kalau percutian pendek, mungkin boleh bawa makanan ringan atau makanan dalam tin.

5. Selain disneyland, kalau anda boleh melawat Ocean Park...theme park yang setaraf dengan DreamWorld di Gold Coast.

6. Bahasa di Hong Kong ialah Kantonis. Majoriti penduduk HKG bertutur dalam kantonis. Tapi, mereka boleh memahami English lebih baik daripada penduduk China.

7. Kawasan yang sesuai untuk anda tinggal ialah Tsim Sha Shui..kawasan ini tak ubah seperti Bukit Bintang, dan disini terdapat banyak pilihan hotel bertaraf 3 - 5 Bintang.

8. Makanan halal ada di Hong Kong tapi tak banyak. Kalau nak rasa makanan Cina Muslim, lebih baik anda ke Islamic Centre. Dijamin 100% halal.

Jadi, apa lagi? Kalau ada sesiapa yang berminat ke Hong Kong, saya cadangkan anda pergi dalam bulan 9 atau 10, kerana pada waktu tersebut adalah Low season untuk Hong Kong. Huhu..oklah, selamat menyambut bulan Ramadhan al mubarak!






rajaazrul.

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...