Puasa datang lagi...

Salam buat semua...

Hari ini 28 Julai 2011. Kalau ikut kiraan, maknanya lagi 3 hari lagi kita akan berpuasa. Wow...memang cepat masa berlalu kan? Sedar tak sedar, dah nak masuk bulan Ogos. Seperti biasa, aku masih lagi bekerja, mencari duit ...hehe.

Semalam, kerajaan telah mengumumkan 13 ribu GSTT diserap sebagai jawatan tetap. Ada jugalah beberapa rakan aku sms kepada aku mengenai berita tersebut. Tapi apa yang aku mampu buat? Cuma sekadar ucapkan tahniah kepada mereka yang diserap. Bagi aku, laluan aku sudah berubah. Aku bukan lagi seorang guru formal yang mengajar di sekolah. Buku rekod, latihan, buku rujukan dan sebagainya bukan lagi teman aku.

Aku kini sudah beralih arah. Alhamdulillah, walaupun hampir satu tahun setengah aku meninggalkan alam perguruan, namun jiwa pendidik aku masih ada. Aku masih lagi membuat kerja sambilan mengajar di rumah-rumah, dan aku rasa ini antara kerja yang menyoronokkan. Sedikit mencabar terutama apabila berhadapan dengan pelajar-pelajar yang tidak minat belajar, tapi ia boleh diatasi dengan pendekatan tertentu. Mujur, dengan pengalaman mengajar aku dahulu sedikit sebanyak membantu aku meningkatkan mutu pengajaran.

Membuat "part time tuition" memang memenatkan. Pulang sahaja bekerja, aku terus bersiap-siap untuk ke kelas. Itu belum lagi kalau tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Memang sabar je lah jawapannya. Tapi hasilnya alhamdulillah. Lepaslah kalau nak menyara diri di bumi Kuala Lumpur ini. Bulan ramadhan ini menjadikan aku tidak menang tangan. Bukan sibuk nak buat kuih raya, tetapi terpaksa memberikan fokus kepada anak-anak murid aku yang akan mengambil UPSR, seminggu selepas hari Raya. Memang sudah tak lama, jika ditolak cuti raya, kiranya kurang daripada 40 hari.

Apa yang pasti, aku dah melakukan terbaik. Biarpun aku hanya membuat tuisyen secara sambilan, tapi bagi aku, tiada istilah "sambilan". Semasa mengajar, aku harus fokus. Aku juga harus kreatif, tersusun dan sistematik. Maklumlah, ia bukan kerja part time macam di 7-eleven...

Oh yer, ramai juga pembaca yang menghantar e-mail mengenai PTPTN blacklist dan meminta contoh surat rayuan. Ada juga yang bertanya mengenai rayuan dan sebagainya..apapun aku bukan pegawai PTPTN. Langkah terbaik berjumpa dengan pegawai atasan. Contoh surat yang aku lampirkan hanya sebagai rujukan. Insyallah...mungkin ia boleh membantu kalian semua.

Oklah..masa untuk menyambung kerja...jumpa lagi

rajaazrul
Oklah,

Comments

Melody M. said…
salam ramadhan... :)
Raja Azrul said…
Mel- Salam Ramadhan...!

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...