Bermula Puasa 2011

Salam buat semua..

Bulan puasa sudah pun bermula. 2011 - maknanya tahun kedua aku berpuasa di bumi Kuala Lumpur. Rutin aku ketika puasa sama sahaja seperti ketika tidak puasa. Cuma waktu makan sahaja berbeza.

Jadual pejabat aku berubah dimana kami akan bekerja seawal jam 8.30 pagi sehinggalah ke jam 4.30 pm. Selepas itu, apa lagi...pergi ke bazaar ramadhan laa....Bazar di sini banyak pilihan. Ada menu-menu yang pelik pun ada. Ada juga kuih yang aku sendiri tak pernah jumpa. Makanan western pun ada. Harga?? Jangan ditanyalah...kalau di KL, harganya pasti lah mahal berbanding dengan tempat lain. Disini, harga sebiji kuih lepat ialah RM0.50, popia pula main kira set iaitu RM5 untuk 4 ketul...huhu..macam2.

Takpelah..yang pasti kualiti makanan terjaga, dan rasanya sedap. Jangan luar sahaja nampak cantik, tapi rasa..mak ai....memang teruk! Lagi bahaya, kalau kita makan ada kesan mudarat pula. Hari ini dah masuk hari keempat berpuasa. Memang tak sedar kan...dan bermulanya puasa tahun ini, aku rasakan pelbagai ujian yang datang.

Benarlah..ujian Allah bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Juga Dia menguji kita dalam pelbagai bentuk -mental, fizikal dan emosi. Inilah dunia...penuh rencah dan pelbagai ragam manusia. Mungkin penangan puasa kali ini menjadikan aku lebih matang dalam berfikir dan bertindak. Paling penting, jangan mudah terpedaya dan belajar sesuatu itu dengan cepat dan pantas. Kesemua ujian ini menjadikan kita lebih sabar dan pastinya akan matang dalam membuat keputusan.

Aku berpegang pada satu prinsip...Tuhan sedang menguji kita, dan kita harus percaya...apa yang berlaku dan tertulis itu pasti ada hikmahNya. Teringat kata-kata ilmuwan, kita menangis kerana tuhan turunkan hujan, tapi rupanya selepas hujan, tuhan jadikan pelangi untuk kita. Maka, apa yang berlaku seawal Ramadan ini aku redha dan pasrah kerana aku yakin "pelangi" itu pasti akan muncul nanti...

Bagi mereka yang juga diuji..ingatlah...pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku...amin...

terima kasih

Comments

Adam Haiqal said…
assalam..saya adam.pasal vitamin C tu,anda blh add facebook saya,
adam rayyan. email search - freaky_boyz89@yahoo.com.my n inbox kan pada saya brg ape yg anda nak..nnti sy tagged gmbr di fb..klu xde facebook,anda blh emailkan pada sy menggunakan email di ats ni..ok?
once dah add or dah sent email tu,sila tgglkn komen di blog sy mengatakan anda dah add atau email..dats all..thnx :)

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...