Jalan-Jalan : Terengganu

Salam semua,

Baiklah..untuk segmen Jalan-jalan, kali ini saya tertarik nak bercerita pengalaman melancong dalam negara pula. Siapa kata berjalan dalam negeri tak menarik? Selain kos murah, malah kita juga dapat membantu industri pelancongan tempatan. Untuk pertama kali, saya melancong secara bajet, perancangan dibuat memang simple...dan adhoc jugalah...dan destinasi pilihan adalah Kuala Terengganu.

Aik..nape KT ( singkatan bagi Kuala Terengganu)? Jawapan saya mudah...KT juga lengkap dengan pakej pelancongan menarik. Selain budaya, ia juga kaya dengan keindahan alam sekitar dan pantai menarik. Makanan pun sedap jugak. Kebetulan pula, kawan saya berada di KT iaitu Suhazrie. Jadi, secara rasmi dialah dilantik menjadi guide saya sepanjang berada di sana.

Saya pergi bersama dengan rakan saya, Fendy. Namapun plan adhoc, jadi tak sempat nak rancang dengan kawan-kawan yang lain. Insyaallah..mungkin tahun-tahun depan.

Berikut catatan ringkas saya sepanjang perjalanan ke bumi kelahiran Zizan Raja Lawak nie...

Bertolak ke KT:
Nak jimat? Naik lah pengangkutan awam. Tak payah pening, dan juga tak penat. Saya menaiki bas transnasional. Lagipun naik bas ni pun menarik juga. Ramai je Mat Salleh turut naik bas. Maknanya..ia lebih murah dan berbaloi. Perjalanan memakan masa selama 8 jam, dari jam 1100 malam sampailah lebih kurang jam 06.00 pagi. Bas dia agak selesa, dua tingkat.

Sampai di stesen bas KT, berjumpalah dengan Sue ( nama timangan Suhazrie). Nasib baik ada kereta. Jadi, dah jimat kos pengangkutan :-)

Jalan sekitar bandaraya KT:
Selepas solat subuh, Su membawa kami bersarapan di sebuah gerai nasi kerabu. Saya tak pasti kat mana..tapi nasinya memang sedap. Ada pula daging bakar yang masih panas. Kalau nak tahu, dagingnya dibakar panas-panas...memang berasap jugalah kedai tu. Haha..

Selepas bersarapan, kami menuju ke Muzium Terengganu. Muzium Negeri ini merupakan muzium terbesar di Asia Tenggara. Memang tidak dinafikan lagi...memang besar...rekabentuknya juga tak ubah seperti Istana Zaman Silam...dan diilhamkan dari senireka bangunan tradisional terengganu. Bayaran masuk : RM 5. Agak murah lah juga...cuma bahan pameran muzium ini bagi saya masih belum cukup interaktif berbanding dengan Muzium Negara. Jadi, mungkin pihak muzium kena mainkan peranan untuk jadikan ia sebagai tarikan utama apabila bertandang ke KT.

Tapi saya suka masuk ke Muzium ini mungkin disebabkan senibina dan keunikan bangunan yang tersergam indah ini. Jadi, kalau anda ke KT, ingat..ia adalah tempat wajib kalau ke sini. Selain itu, Batu bersurat turut dipamerkan di sini...hihi.

Selepas melawat Muzium, kami bertolak ke Masjid seberang Takir, untuk solat Jumaat. Selesai solat, masa makan!! Kami makan di sebuah gerai berhampiran dengan lapangan terbang. Disitu dijual pelbagai jenis makanan bergoreng termasuklah keropok dan ketam goreng. Memang sedap...!!! Banyak juga lah yang kami makan....termasuk lah sotong,udang, ketam, ikan...
Harganya dalam RM15 per head.

Selepas makan, kami mula check in hotel. Hotel kami pilih ialah Tanjung Vista. Terletak berhampiran dengan pantai batu burok. Bilik dia, kira nya OKlah...tapi saya rasa hotel ini agak mahal, walaupun sudah menggunakan gov rate. Breakfast dia pun rasanya sederhana...tapi kira OKlah kalau sesiapa yang teringin nak tidur hotel..hehe.

Petang itu, kami tidur sekejap..mungkin akibat keletihan selama 7 jam perjalanan dengan bas. Selepas mandi ( dalam jam 7pm), kami pun ke Marang - pantai kelulut untuk menikmati makanan laut di sana. Jarak KT ke Marang, tak jauh. Dalam 20 minit perjalanan. Kalau bernasib baik, dapatlah tengok bulan mengambang. Memang cantik. Dari kejauhan, anda juga akan nampak lampu-lampu nelayan yang sedang mencandat sotong. Menurut Su, kalau ada rezeki, bolehlah datang mencandat sotong. Sotong nya fresh dan dimasak terus!! Hurmm...nampak best je!!

Malam itu kami menikmati juadah laut seperti biasa.....sotong, udang, hurmm..kerang pun ada. Dan semua sekali tak sampai RM15 sekepala. Kira Oklah tu...order pulak air gelas besar kan...hehe.

Hari Kedua : Tasik Kenyir.

Hari kedua...hari pengambaraan buat kami semua! Kenapa?? Kali ini kami nak buat kelainan...kalau sesetengah orang, suka datang ke Terengganu untuk shopping, tapi saya nak buat sedikit pembahuruan...iaitu ke Tasik Kenyir. Sebenarnya, tak terfikir pun nak ke tasik kenyir ni...tapi alang-alang dah sampai...rasanya tak lengkap kalau ke sini. Lagipun, saya tak pernah lagi ke Tasik ini.

Tasik kenyir terletak dalam 80 km dari KT. Lebih kurang 2 jam perjalanan. Anda boleh mengikut jalan Kuala Berang...dan pastikan minyak anda diisi penuh, kerana stesen minyak terakhir ialah di Kuala Berang. Jarak Kuala Berang ke Tasik Kenyir dalam 40km...dalam 30 minit perjalanan. Sepanjang perjalanan, anda akan melalui kampung-kampung melayu...Menurut Su, kawasan tersebut selalu banjir.

Sampai sahaja di Tasik Kenyir, suasananya memang berbeza. Landskap nya teratur...dipenuhi dengan pokok kelapa sawit. Dan tasiknya memang luas...macam laut. Airnya kebiruan...serius...saya rasa ini antara tempat yang paling cantik di Malaysia. Tahniah pada siapa yang mengilhamkan untuk membina tasik kenyir ni. Empangan Kenyir merupakan antara empangan terbesar di Malaysia. Tetapi, saya tidak dapat melihat empangan ini, kerana kawasan empangan adalah kawasan larangan.

Kami meletakkan kereta di pengkalan Gawi, dan terus ke Pusat Penerangan Pelancongan Tasik Kenyir. Saya sempat bertanya, apakah tempat-tempat menarik yang harus pergi ketika berada di Tasik kenyir. Menurut pegawai bertugas, Tasik Kenyir mempunyai banyak tarikan pelancongan. Antaranya air terjun, pulau Herba, Kayak, Kelah Santuari dan Gua Bewah. Kami membuat keputusan untuk mandi Air terjun dan melawat Pulau Herba.

Untuk pergi ke tempat-tempat tersebut, anda perlu menyewa bot. Kadar sewa bergantung kepada bilangan orang, dan juga tempat yang dilawati. Untuk pakej Pulau Herba - Air Terjun - Kayu Mati, saya dapat harga RM150 satu bot. Lebih kurang, RM 50 sekepala. Kira Oklah tu....takyahlah nak berkira sangat...hihi.....

Lepas itu, kami pun menikmati kesejukan air terjun Sauk, yang sememangnya cantik dan nyaman. Selepas 2 jam mandi, kami meneruskan perjalanan ke Pulau Herba ( atau Taman Herba). Di sini terdapat pelbagai jenis herba...dan antara menjadi tumpuan ialah Tongkat Ali dan Kacip Fatimah. Bagi yang nak merasa tongkat ali asli, disinilah tempatnya. Memang pahit tahap gaban...tapi khasiatnya memang berbaloi!!

Selepas ke Taman Herba, kami meneruskan perjalanan dengan bot ke kawasan Kayu Mati. Nama je kayu mati, kenapa? Sebab Tasik kenyir merupakan tasik buatan manusia. Dahulu ia adalah kawasan hutan belantara. Tidak hairanlah...banyak lagi peninggalan kayu mati di sini. Ia seperti sebuah kawasan perkuburan lama. Memang cantik!!

Pada jam 1pm, berakhir ekspidisi Kenyir kami. Memang terbaik!! Cukup berbaloi...kalau ada masa, memang saya teringin ke Kelah Santuari atau Gua Bewah...takpun mandi di Air Terjun Lasir, yang dikatakan antara yang cantik di sini. Selepas itu, kami pun mula bertolak pulang ke KT.

Sampai di KT, tak banyak aktiviti yang kami lakukan. Cuma tidur, dan makan...hihi. Kebetulan pula petang itu, hujan lebat. Jadi, masa kami banyak terbuang di bilik....

Hari Ketiga : Pulau Wan Man + Shopping

Kalau ke KT, salah satu tempat yang wajib anda pergi ialah Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam. Harganya dalam RM15...dan disini, anda akan dapat melihat monumen masjid terkenal di seluruh dunia. Bagi saya, ia cukup menarik, cuma masih belum terbaik secara keseluruhannya. Kenapa? Taman tersebut seperti tidak terurus, rumput panjang, dan ada sesetengan kawasan tidak cukup interaktif. Iyalah, saya pergi pula di tengah kepanasan...tapi tidak banyak kerusi di sediakan. Saya rasa, pihak pengurusan kena belajar dengan kaedah membuat taman mini di Shenzhen iaitu Window of The world.

Tetapi keseluruhannya, masih tetap menarik dan sesuai untuk dilawati. Selepas melawat TTI, kami menaiki river cruise. Untuk naik river cruise, bayaran dalam RM5. Ini antara river cruise yang menarik bagi saya. Kenapa? Disini anda akan dapat melihat kawasan menarik sekitar sungai Terengganu. Menariknya lagi, akan ada guide yang memberi penerangan sepanjang kawasan lawatan. Jadi, dapatlah menambah sedikit pengetahuan tentang sejarah dan asal usul Kuala Terengganu.

Selepas makan tengahari, kami semua bertolak ke Pasar Kedai Payang. Tujuannya adalah untuk membeli belah. Tapi, saya bukanlah Shopholic, jadi tak berapa sangat nak membeli barang. Disini ada banyak barangan yang anda boleh beli. Kalau nak beli songket, disini jugalah tempatnya. Selain itu, anda juga boleh membeli buah kabung...yang ini memang sedap dimakan bersama dengan Lai Chee Kang ataupun sirap. Apapun, kena bijak menawar, barulah anda akan mendapat harga murah.

Malam itu, bas kami bertolak jam 11 pm tepat. Sebelum menaiki bas, sempat juga saya makan malam di Seberang Takir. Selepas itu, kami tertidur dalam bas...sedar-sedar, sampai KL dalam jam 6am. Nasib baik cuti, jadi sempatlah tidur puas-puas masa siang tu.

Apapun, Terengganu antara negeri yang cantik di Malaysia. Ia cukup lengkap dengan pelbagai pakej. Mungkin dari segi hospitaliti, masih banyak lagi perlu dibaiki dan ditingkatkan lagi. Insyaallah...next trip, ada peluang...saya teringin nak melawat pulau-pulau di sana pula.

raja azrul.
Kubah masjid Kristal - dalam





Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...