Makan-makan : BBQ Land Kuang

Salam semua...

Masuk kepada ruangan makan-makan. Kali ini, saya nak bawa anda semua menikmati makanan grilled + steamboat versi Malaysia. Kenapa?? Kerana ini pertama kali saya makan grilled daging perap dengan kunyit dan minyak bijan. Dimana?? Iaitu di BBQ Land Kuang.

BBq Land ini terletak di Pekan Kuang, atas sedikit dari Sungai Buloh. Untuk ke sana, kena lah lalu Pekan Sungai Buloh dan Paya Jaras dulu. Kiranya dalam 20 min dari TTDI, dan dalam 40 min dari KL. Lebih kurang ar...kalau jalan tak jam. Kenapa BBQ Land?? Sebenarnya..saya pergi pun kerana ternampak restoran ini dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan Ahad lalu.

Restoran ini berkonsepkan kampung. Secara totalnya, tidaklah segah atau secantik Seoul Garden. Masih lagi belum kemas ( pada pandangan saya) secara amnya. Pinggan digunakan pun pinggan plastik, dan makanannya sederhana. Harga?? Agak murahlah kalau dibandingkan dengan steamboat yang ada di Kuala Lumpur. Harganya dalam RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.

Disini, menu disediakan tidaklah banyak pilihan. Tapi yang pasti daging dan ayam mesti ada. Kalau anda nak tahu, ayam disini diperap dengan kunyit, manakala daging pula diperap dengan minyak bijan dan kicap. Selain itu, ada juga sotong dan udang..khas untuk mereka yang nak makan steamboat. Tak seperti Buffet set yang lain, disini tiada desert, ataupun buah-buahan. Sayur pula hanya ada sawi, kobis, cendawan dan lobak.

Konsepnya ialah panggang dan steamboat. Sedap kan?? Bagi penggemar daging, memang berbaloi kerana anda boleh makan daging sepuas-puasnya. Walaupun hanya diperap dengan kicap dan kunyit, tapi ia tetap lembut dan berasa. Saya rasa pihak restoran boleh mempelbagaikan lagi perapan daging seperti daging lada hitam, rempah sate, daging dengan cuka, atau macam-macam lagi. Barulah nampak Seoul Garden versi Malaysia.

Selain dari itu, minuman disediakan adalah minuman kordial. Bolehlah untuk menghilangkan dahaga. Tapi kalau rasa nak minum kopi ataupun teh, boleh lah order..dan rasanya harga dia pun murah lah juga.

Bagi saya, BBQ Land amat sesuai untuk keluarga, terutama bagi mereka yang nak menikmati daging panggang pada harga murah. Anda boleh makan sepuas-puasnya....pada harga yang murah. Macam saya kata, bayar murah...maknannya apa yang ada pun murah lah juga....sesuailah dengan harga dan lokasinya.

Selain dari BBQ land...ada banyak lagi steamboat yang best di KL. Saya rasa steamboat paling best ialah Tupai-tupai dan Flamming. Tupai-tupai, saya suka kuahnya..memang terbaik! Manakala flamming sebab hidangannya yang pelbagai!

Apapun tahniah kepada pihak restoran yang mencetuskan idea ini. Satu lagi langkah positif untuk usahawan Bumiputra...!! Jadi, bagi sesiapa berminat...boleh lah terjah restoran ini yer...

Tips :
1. Jangan bandingkan dengan Seoul Garden atau Flamming...memang jauh ar bezanya.
2. Kalau pergi hari biasa, takyah booking pun takpe. Cuma kalau pergi weekend, mungkin lebih baik booking ( nak pula awal bulan).






Sekian.

rajaazrul.

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...