
Salam sejahtera
Wow...kita sudah sampai ke bulan Disember. Ini adalah bulan kegemaran aku. Kenapa? Sudah pasti kerana adanya hari jadi aku pada 28 hb nanti. Tapi itu bukanlah segalanya. Bulan Disember adalah bulan terakhir setiap tahun. Maka, ada banyaklah aktiviti yang perlu aku lakukan sebelum tahun baru menjengah.
Bulan ini juga dikaitkan dengan musim hujan. Tidak dinafikan, banyak kawasan banjir pada tahun ini. Termasuklah kajang, bandar terkenal dengan sataynya. Tapi, memang kita tak dapat lari dari hakikat bahawa cuaca sekarang memang tak menentu. Di Kuala Lumpur sahaja, boleh dikatakan setiap petang adalah hujan. Dan, hujan pula memang gila lebat....Jadi, kenalah ikut peribahasa melayu, sediakan payung sebelum hujan.
Paling menarik, Disember adalah cuti sekolah. Sudah tentu banyak kenduri kendara yang ada pada bulan ini. Aku turut menerima beberapa undangan, tapi tak tahulah berkesempatan ke tidak. Ini kerana kebanyakan undangan agak jauh, ada yang di Kelantan dan Johor. Cuti ini pula, aku terpaksa pulang ke kampung. Ada beberapa perkara yang perlu diuruskan, disamping nak abiskan saki baki cuti aku yang masih ada.
Ini antara perkara menarik pada bulan Disember...dan dikesempatan ini, aku ucapkan selamat bercuti buat semua! Dan mengenai pengalaman aku berjalan-jalan, aku akan kemaskini nanti. Insyaallah.....
Azrul
This entry was posted
on Tuesday, December 06, 2011
at Tuesday, December 06, 2011
and is filed under
hampeh,
hujan,
Kehidupan aku
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.
Sang Putera
- Raja Azrul
- Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia
- Saya lahir di Kuala Lumpur, dibesarkan di Karak,Pahang. Bekas guru sandaran tidak terlatih pada tahun 2009, kini bekerja sebagai Executive Pelancongan di sebuah syarikat swasta...Aku masih sama, belum lagi menjadi jutawan, pengurus dan juga menteri besar. Sambil bekerja, aku juga buat part time tuition... Bekas pelajar MRSM Kuantan, Matrikulasi IKIP dan Universiti Malaysia Pahang.
Entri Popular
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera! Topik aku untuk kali ini adalah berkaitan dengan PTPTN. Kenapa? Mungkin ramai yang tahu bahawa PTPTN m...
-
Betul kata orang, jauh berjalan luas pemandangan..Maka, aku pun telah diberi tugas dan amanah oleh Triways untuk mengendalikan group bagi tr...
-
Salam sejahtera buat semua pembaca, Lama dah tak kemas kini mengenai program jalan-jalan kan? Terima kasih pada mereka yang membaca blog in...




