Mengira detik

Tuesday, December 20, 2011

Jalan-jalan : Korea Selatan (part 1)

Salam sejahtera buat para pembaca,

Masa tuk melancong!!! Yeargh....kali ini ke mana?? Kali ini saya nak share salah satu tempat yang popular dengan artis-artis K pop seperti Super Junior dan Wonder Girls, apa lagi kalau bukan Korea Selatan. Oh ya, kali ini, tugas saya sama seperti dahulu, berkhidmat membawa group ke sana. Korea secara amnya terbahagi kepada 2 negara, iaitu Korea Utara dan Korea Selatan. Untuk korea utara, memang ia adalah negara tertutup - dan negara ini mengamalkan fahaman dan ideologi komunis. Tetapi berbeza pula dengan Korea Selatan, yang mana ia adalah negara republik dan mengamalkan dasar pintu terbuka.

Tidak dinafikan korea merupakan negara yang maju terutama dari segi teknologi dan masih lagi mengekalkan tradisinya. Jadi, ia juga merupakan salah sebuah negara yang menjadi tumpuan pelancong terutama dari Asia Tenggara. Kos untuk ke Korea mahal sedikit dari ke China tetapi jauh lagi murah dari ke Jepun. Jadi, tidak hairanlah kini makin ramai orang Malaysia sudah mula ke korea, dan menjadikan ia salah sebuah tempat pelancongan pilihan mereka.

Korea selatan mempunyai beberapa bandar utama. Ibu negaranya Seoul terletak di utara negara tersebut, manakala Busan pula adalah bandar pelabuhan, terletak di selatan Korea. Pulau Jeju, juga dikenali pulau jelmaan gunung berapi terletak di selatan dan menjadi salah satu tarikan utama jika anda ke korea. Untuk percutian ini, kami hanya pergi ke Seoul - Mount Seorak. Semuanya dalam masa 6 hari. Itupun jika dihitung, hanyalah 4 malam berada di sana. Kiranya puas jugalah, dapat melihat negara orang dan merasai sendiri pengalaman berbeza di sana.


Hari pertama ( KLIA)


Memilih Korean Air rasanya memang berbaloi. Jauh lebih baik dari menaiki Air Asia ( sorry yer!) . Hehe...kerana pesawatnya besar, 2 tingkat dan servisnya juga bagus. Malah, dapat melihat awek-awek korea yang cun...hehe jangan marah! Flight bertolak jam 12.oo am waktu Malaysia. Jadi, bila dah malam..sudah pasti mata pun rasa mengantuk. Jadi, apa lagi...masa untuk tidur!!

Hari Kedua ( tiba di Korea - Nami Island)

Tiba di Incheon jam 5.30pagi waktu tempatan. Kiranya agak awal dari yang dijangkakan. Suhu sekitar 10C. Kiranya masih sejuk berbanding Malaysia ( memang ler...). Masa saya pergi adalah musim luruh (peralihan ke musim sejuk). Jadi suhunya tak lah terlalu sejuk dan panas. Kiranya selesa jugalah kalau nak berjalan-jalan.

Lapangan terbang Incheon merupakan antara lapangan terbang terbaik di dunia. Ia terletak di sebuah pulau, yang sememangnya ditambak. Oh yer..Incheon bukan Seoul ya! Sebab Incheon ini terletak lebih kurang 50-60 km dari Seoul. Macam KLIA ke KL. Dan lapangan terbang ini hanya untuk penerbangan antarabangsa sahaja. Jadi, kebanyakan yang ada di sini adalah orang-orang bukan Korea. Hehe.

Selepas sahaja imigresen dan mengambil bagasi, kami pun terus ke balai ketibaan. Tour guide kami, Gina sudah pun menunggu di balai ketibaan. Destinasi seterusnya....Nami Island!! Yeargh!! Perjalanan ke nami island memakan masa 2jam setengah dari airport. Fuh...jauhlah jugak! Tapi penatnya tak terasa kerana kami dihidangkan dengan pemandangan musim luruh yang cukup mengasyikkan. Sebijik macam dalam drama -drama korea ditayangkan di TV.

Sampai sahaja di jeti, oh ya...pulau nami ini terletak di sebuah tasik dan ia terbentuk dari empangan. Jadi kalau nak ke sana, kena naik bot yang memakan masa 10 minit sahaja. Sebaik tiba di Nami Island, memang terasa suasana romantiknya. Bayangkan setiap kawasan akan ada monumen berbentuk hati (love). Memang sesuai sangat untuk pasangan bercinta atau mereka yang nak berbulan madu. Mengikut guide kami, Nami Island dahulunya adalah sebuah pulau kecil dan menjadi tapak perkhemahan bagi pelajar -pelajar sekolah tinggi. Selepas itu, seorang usahawan terkenal telah membangunkan pulau tersebut dan membuat landskap yang begitu cantik termasuklah susunan pokok dan juga dekorasi taman. Pulau ini terus menjadi tumpuan pelancong setelah kejayaan drama Winter Sonata. Di sini, anda akan dapat melihat pelbagai monumen, poster dan gambar pelakon-pelakon Winter Sonata. Memang sesuai tuk sesiapa yang suka bergambar. Oh ya, kalau ada masa, cubalah pancake di sini, memang sedap. Nak pula kalau makan masa musim sejuk. Pancake ini dibuat dari kacang merah dan digoreng dengan minyak sayuran. Insyaallah halal. Dan harganya pun dalam 1000 won lebih kurang Rm3 sebiji.

Setelah penat lelah berjalan sekitar pulau ini, saya boleh katakan ia memang kawasan yang cukup cantik. Kebetulan masa saya pergi adalah musim luruh, jadi dapatlah melihat beberapa buah pokok berdaun kekuningan. Memang menarik..!

Selepas itu, kami pun bergeraklah ke sebuah restoran terletak di berhampiran dengan jeti untuk makan tengahari. Restoran ini menghidangkan makanan korea ( makanan laut sahaja) dan nasi dihidang di dalam lesung. Menarik bukan?? Memang lah makanan korea ini pelik sikit, tapi ia adalah antara makanan yang berkhasiat di dunia. kenapa? Kerana makanan mereka tak banyak minyak, kurang kanji, dan garam. Sebab itulah orang korea banyak yang slim..(macam Wonder Girls)...haha.

Selepas makan tengahari, kami bergerak ke Gunung Seorak. Gunung ini terletak 2 jam perjalanan dari Pulau Nami. Fuhh....jauhnya!! Tapi tak mengapalah...boleh tidur sementara menunggu masa sampai. Tiba sahaja di Gunung Seorak, jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. Tuk makluman matahari terbenam pada jam 5.30pm. Jadi, kami semua bergegas untuk menaiki kereta kabel untuk menikmati suasana indah di puncak Gunung Seorak. Gunungnya tak tinggi mana, rasanya tinggi lagi gunung ulu kali, genting tu. Tetapi ia adalah kawasan pergunungan yang paling cantik di Korea. Di puncak gunung tersebut, adalah kawasan berbatu. Jadi, kalau nak berjalan, kenalah berhati-hati. Dikhuatiri pula ada yang terjatuh. Di puncak gunung ini terdapat gerai cenderamata dan cafe yang dibina khas untuk pelancong. Jadi, kalau nak panaskan badan, rasanya lebih baik menikmati secawan kopi di puncak sana. Memang nyaman...

Setelah menikmati suasana petang di gunung Seorak, kami mula bergerak ke Daepo Wharf. Ia merupakan perkampungan nelayan yang terletak pantai timur Korea Selatan. Perjalanannya tak jauh, dalam 15 minit dari stesen kereta kabel. Daepo Wharf ini merupakan pekan kecil yang terletak dalam daerah Gangneung. Disini terdapat pelbagai jenis makanan laut dan yang menariknya, ikan-ikan di sini diletak di dalam akuarium. Paling menakjubkan ialah ketam laut dalam yang memang besar, dan dikatakan antara yang paling sedap di dunia. Di sini juga terdapat pasar malam yang turut menjual makanan bergoreng seperti udang dan sotong. Menurut Gina, makanan di sini halal kerana ia dimasak dengan menggunakan minyak sayuran.

Setelah berjalan-jalan sekitar pasar malam, masa untuk makan!! Makan malam pula kali ini berlainan, kerana kami menikmati sup panas, dan kimchi. Masih lagi mengekalkan makanan korea. Kebanyakan makanan korea adalah pedas, kerana banyak menggunakan rempah, dan ada juga makanan dihidangkan pada musim tertentu sahaja. Selesai makan, masa untuk tidur!!

Hotel kami terletak di bawah gunung seorak. Betul-betul mengadap puncak Seorak. Hotel kami ialah Daemyung resort, dan bilik pula berkonsepkan Korean Style bed. Apa dia? Dimana, katilnya mempunyai tilam (macam tilam toto) dan lantainya pula dilengkapi dengan pemanas. Kebanyakan hotel memang tidak ada penghawa dingin. maklum lah..musim sejuk!

Hari Ketiga:

Welcome back to Seoul!! Hari ini setelah bersarapan, kami semua bertolak pulang ke Seoul. Fuh...perjalanan kali ini memakan masa, hampir 5 jam. Memang terasa lamanya, tapi sepanjang perjalanan tidaklah begitu bosan kerana Gina memasang video filem Korea untuk ditonton oleh penumpang. Jadi, sedar tak sedar, tibalah kami ke bandar Seoul, antara bandar metropolitan terkenal di dunia!

Tempat pertama di lawati ialah Korean Culture Village. Mesti ramai tak percaya, apakah yang menarik bagi Korean Culture Village ini? Untuk makluman, disini adalah perkampungan korea yang berusia lebih dari 600 tahun dahulu. Seni bina perkampungan dibuat sebijik seperti yang asal, termasuklah jalan yang masih bertanah (bukan bertar). Suasananya memang cukup unik, dan pengungjung juga berpeluang untuk melihat persembahan kebudayaan masyarakat korea.

Selepas melawat perkampungan tersebut, kami semua ke Downtown Seoul untuk ke Masjid Seoul, satu-satunya masjid yang terdapat di Korea. Masjid ini terletak di Itaewon, kawasan muslim bagi masyarakat korea. Di sini, anda juga berpeluang berjumpa dengan rakyat Malaysia yang lain, dan juga berkesempatan untuk membeli belah makanan halal, kerana sepanjang jalan terdapat pelbagai gerai menjual kebab dan roti halal. Setelah solat jamak di sana, kami mula bergerak ke jeti Sungai Seoul yang terletak di Yeoung Deoung Po, untuk aktiviti river cruise. Aktiviti ini sama sahaja seperti river cruise di Dubai ataupun di Bangkok, cuma yang menariknya anda akan dapat melihat suasana sungai Seoul dan pemandangan matahari terbenam yang cukup romantik. River cruise ini mengambil masa selama 2 jam, dan anda juga boleh menikmati secawan kopi kerana di dalam bot juga disediakan cafe untuk sesiapa yang ingin menikmati snek ringan.

Tamat sahaja aktiviti river cruise, kami mula bergerak ke restoran Foreign yang terletak di Itaewon. Ini adalah restoran India Muslim - Pakistan, dan makanan disediakan ialah buffet. Memang sedap, kerana makanan dihidangkan menetapi selera orang Malaysia, pedas dan berempah. Selepas makan, masa tuk tidur...kami pulang ke hotel dengan perut kekenyanagan.


Hari keempat, kelima dan keenam, sila klik di sini




Ketika di Pulau Nami - ini tempat Mawi buat video klip.

Nami Island...pokok-pokok dibelakang itu menjadi ikonnya.




Gunung Seorak - antara gunung yang cantik di Korea.


Pemandangan Sungai Seoul semasa river cruise.

Di Puncak Gunung Seorak...sejukk....



Perkampungan Budaya Korea...menarik!

Sejenis makanan korea, menarik dan pedas.
Hotel tempat kami menginap


Makanan India di Restoran Halal Foreign

Masjid Utama Seoul

29 comments:

beeboo said...

sy nk tanya.. jln2 kot korea ni awak ade kwn kat sane ke ape ek...
sbb sy n husband nk ke sana tp xikut ejen.. nk tau cara2 jln2 kat sane...

Raja Azrul said...

Salam beboo..

Sorry, saya takda kawan di sana. Tapi rasanya takda masalah, kalau nak booking apa2, boleh rujuk dengan pihak hotel. Kalau nak jalan sekitar Seoul, boleh naik public transport je..lagi senang.

Tapi nasihat ikhlas saya, better amek agen sebab kat sana susah nak communicate.

Hehe

Pen Biru said...

salam..sy mmang nak g sana bulan nov ni..tiket pun dah booked..cuma pakej belum ada..boleh rekomen mana2 pakej yg best x??? boleh email sy penbirumenulis@gmail.com.. tq

Raja Azrul said...

pen biru:-

Ohh..lazimnya orang akan pergi ke Seoul - Nami - Seorak. Kalau nak murah, datanglah Matta Fair bulan 9 nanti. Insyaallah masa tu ada banyak pakej murah.

dee said...

weeee.. bestkan nami. :)

PelikBinAjaib.com said...

Best dapat gi Korea Selatan, dapat melawat tempat menarik di korea selatan

Aman Takeshi said...

Salam.

Saya nak tanya, kalau pakai agen dan bayar rm1500.00 seorang utk 6d5n (tmasuk pginapan, mknn, pgangkutan spanjang dsana, fees dan sevis), adakah ia murah / mahal? Please email me at keranjai@gmail.com. Tqvm

Aman Takeshi said...

Salam.

Saya nak tanya, kalau pakai agen dan bayar rm1500.00 seorang utk 6d5n (tmasuk pginapan, mknn, pgangkutan spanjang dsana, fees dan sevis), adakah ia murah / mahal? Please email me at keranjai@gmail.com. Tqvm

Raja Azrul said...

Aman:

Saya rasa murah, cuma pastikan ia betul2 berbaloi dengan apa yang anda bayar. Semak dulu dengan agen tersebut, jenis hotel, restoran dan tempat-tempat dilawati. Ia boleh mempengaruhi harga pakej tersebut.

Tapi saya rasa harganya masih berpatutan dan sesuai untuk anda. Selamat melancong!

Jen8 said...

Pernahkah encik lawat Pulau Jeju?Kalau ada,sila beritahu caranya tolak dari Seorak ke Jeju bulan Nov? Kekurangan maklumat dari internet menyukarkan kajian saya. Terima kasih.

Jen8 said...

Pernahkah encik lawat Pulau Jeju?Kalau ada,sila beritahu caranya tolak dari Seorak ke Jeju bulan Nov? Kekurangan maklumat dari internet menyukarkan kajian saya. Terima kasih.

Raja Azrul said...

Jen8,

Saya tidak pernah ke Jeju. Biasanya orang akan naik flight dari Seoul untuk ke sana. Kalau nak pengangkutan darat, agak lama...

Untuk ke Jeju, anda harus naik dari Gimpo ( lapangan terbang yang dekat dengan Seoul). Kalau anda dari Mount Seorak, saya rasa ada flight (connecting) dari Seorak ke Jeju.

Harap dapat membantu
Azrul

Ina Darwisy said...

skrg mmg musim org melancong ke korea.Hope dapat jejak ke sana ,dapat tgk snow.tq for the info :)

Raja Azrul said...

Ina

Yup musim ke Korea. Tapi saya tak suka pergi masa snow..sejuk giler..nak jalan pun tak best! hehe

Anonymous said...

arrghh..jelesnya..nak pi korea jugak

Sharulbariah Shamsuddin said...

Askm Azrul, info yg diterima kalau nak shopping di Seoul katanya mahal ya?
Harga biasa utk sehelai tshirt berapa won (rm ?)

Sharulbariah Shamsuddin said...

Askm Azrul, info yg diterima kalau nak shopping di Seoul katanya mahal ya?
Harga biasa utk sehelai tshirt berapa won (rm ?)

Raja Azrul said...

Sharulbariah Shamsuddin,

Standard seperti Malaysia..itupun jika ke market macam Dongdaemun. Murah sikit. Jika ke Myeodong mahal gak. Bergantung jenis t-shirt. Harga dalam USD10 ke atas.

Normah Chik said...

Salam saudara Raja...saya, suami n anak OKU kami (bergerak on wheelchair) akan ke korea fr 1/9-8/9/2013, agak2 panas lagi tak masa tu. Kami xmelalui ajen tapi cube bergerak sendiri wpun pertama kali pegi. Boleh bagi pandangan tak ttg hotel n bgmana nak bergerak kat sane. Yg penting dlm itineri ialah ke everland/lotte world sempena bday anak OKU kami tu. Lepas tu baru kami nak bergerak ke tempat2 lain. Tk kerana sudi membantu.

Raja Azrul said...

Salam Puan Normah,

Terima kasih kerana membaca blog saya. Nasihat saya begini:

1. Tinggal di kawasan Itaewon Seoul. Sana banyak makanan halal.
2. Everland jauh dari Seoul. Kalau ke sana, biasa akan stay 1 malam kat Yongin.
3. Jika ingin berjalan sekitar seoul, boleh naik public transport. Tapi train di sana sangat complicated dan kebanyakan ditulis dalam bahasa korea.
4. Untuk ke Everland atau Lotte, boleh naik teksi. Tapi minta pihak hotel translate dalam Bahasa Korea dulu kerana kebanyakan pemandu tak pandai berbahasa korea.


Mengikut pengalaman saya, lebih baik jika puan ambil dengan ejen. Alasannya ialah:
1. Lebih selamat dan akan ada pemandu pelancong yang membantu segala urusan.
2. Puan dapat pergi ke semua tempat yang popular di Seoul.
3. Akan ada "private transfer".
4. Dari segi makanan Halal, tidak ada masalah.

Tapi terpulang ar...mungkin Puan boleh stay di Seoul dan pergi ke Everland sehari atau Lotte World.

Harap membantu.
Azrul.



normahchik said...

Terima kasih bebanyak saudara raja...maklumat ini banyak membantu..

+SUPIANAH said...

Salam, abg memandangkan abg dah ade pglmn dan thu selok belok mengenai korea ne, sy nk mnta khdmt nsht abg, perlukh kami ambil ejen, dan siapakanh ejen yg terbaik utk kami yg blh bgi best price, memndgkn kami msh bljr :')

Raja Azrul said...

Wslm Supinah,

Ada pro & con kalau ambil ejen. Harga ejen sedikit mahal disebabkan semua kos + servis caj akan dimasukkan sekali. Tapi kelebihannya, semua sudah diatur, dan anda hanya perlu bawa duit poket sahaja.

Kalau tak pakai ejen pula, kos mungkin berkurang ( tapi rasanya x banyak mana), dan anda boleh atur sendiri perjalanan anda.

Semua bergantung kepada bajet. Jika bajet anda sikit, cuba kurangkan kos penginapan atau makan. Untuk sebutharga atau khidmat nasihat, sila email ke rentaka.travel@gmail.com

Azrul

Anonymous said...

salam....
sy student ipta. sy nak bercadang untuk buat lawatan antarabangsa ke korea untuk adakan beberapa khidmat komuniti disana disamping melawat tempat2 menarik disana. boleh sy tnya pendapat utk travelagent yg ok, tmpt2 menarik disana, dan ssuai x sy nak adakan khidmat masyarakat disana...
harap abg dpt membantu.
terima kasih..
salam

azrien said...

Anonymous said...
salam....
sy student ipta. sy nak bercadang untuk buat lawatan antarabangsa ke korea untuk adakan beberapa khidmat komuniti disana disamping melawat tempat2 menarik disana. boleh sy tnya pendapat utk travelagent yg ok, tmpt2 menarik disana, dan ssuai x sy nak adakan khidmat masyarakat disana...
harap abg dpt membantu.
ni email sy neir_za92@yahoo.com
terima kasih..
salam

Raja Azrul said...

Salam Azrein

Nanti saya akan emailkan, insyaallah..boleh bantu apa yang patut.

Anonymous said...

salam.. saya dan kwn2 saya berminat utk buat community service di Korea.. bole tak saudara cadangkn tmpat2 yg sesuai di email saye ijausim93@gmail.com

Anonymous said...

salam.. saya dan rakan2 saya berminat utk buat khidmat komuniti di Korea.. bole tak saudara suggest tmpat2 yg ssuai di email saya ijausim93@gmail.com. terima ksih.

Raja Azrul said...

Anon 9/4/14
- Boleh email detail di rentaka.travel@gmail.com.