Posts

Showing posts from January, 2011

Ulasan Filem : Khurafat Perjanjian Syaitan

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Wah,hebatnya saya! Dua entri berturut-turut memberi komen terhadap filem. Filem melayu pula tu..hehe. Untuk kali ini, saya akan membuat ulasan mengenai filem Khurafat - Perjanjian Syaitan , filem arahan anak kepada Datuk Yusof Haslam iaitu Shamsul Yusof. Saya menontonnya di One Utama, bersama dengan rakan saya dan dua orang adik saya. Pawagam masa itu separuh penuh, mungkin disebabkan saya menonton semasa hari bekerja. Ulasan saya:- Filem berdurasi tidak sampai 1 jam suku ini adalah filem seram pertama arahan Syamsul Yusof. Ini juga merupakan filem seram pertama lakonan beliau dan terbitan Skop Production. Ternyata percubaan pertama pengarah muda ini membuahkan hasil. Maka, tidak sia-sia gelaran "pengarah terbaik" Festival Filem tahun lepas. Apabila memperkatakan filem seram, saya antara peminat filem seram. Tidak kisahlah dari Thailand ke, Hong Kong ke, China ataupun Singapura. Bagi saya, filem-filem seram Asia mempunyai mesej tersendiri

Ulasan Filem : Aku masih dara & Damping Malam

Image
Hello geng!! Minggu ni saya nak buat ulasan dua buah filem melayu yang menjengah di pawagam disember lepas. Oh ye, saya tonton filem ini dalam bentuk video, kawan saya yang download. Huhu.. Aku masih dara:- Filem lakonan Raja Farah, Ashraf Muslim, Yana dan ramai lagi merupakan filem berbentuk islamik dan cinta. Filem ini sebenarnya adalah iras-iras filem Syurga Cinta. Cuma watak orang bermasalah dalam filem ini ialah wanita. Tapi setelah menonton filem berdurasi 1 jam 25 minit ini, ternyata jalan ceritanya sedikit berlainan. Sebenarnya plot ceritanya menarik. Memaparkan masalah sosial remaja masa kini. Ditambah pula dialog diucapkan sememangnya lazim berlaku dalam masyarakat kita kini. Tapi garapannya agak lemah. Kalau nak kata filem berunsur sosial yang baik, saya suka pada garapan "Anak Halal" yang dikeluarkan pada tahun 2007. Jalan ceritanya sedikit mendatar, dan impaknya kurang memberi kesan kepada penonton.Mungkin Ahmad Idham nak memaparkan masalah sosial pada masa kini

Selamat datang 2011

Salam sejahtera buat semua pembaca! Apa khabar kalian? Diharap semua baik-baik belaka. Malah aku berbangga kerana ada beberapa pembaca yang setia membelek blog aku yang tak seberapa ini. Baiklah, coretan aku untuk kali ini lebih nak menceritakan apa berlaku 2010 secara konklusinya. Aku rasa tentu kalian semua mempunyai saat pahit manis semasa tahun 2010. Pastinya aku amat rasa 2010 terlalu pantas, sedar tak sedar genap setahun sudah berlalu. Oh yer, sebelum aku memulakan cerita, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang ucapkan "happy birthday" semasa hari jadi aku yang ke 26. Arigato!! Imbasan 2010:- Januari:- Bulan terakhir aku berkhidmat sebagai GSTT. Bulan ini juga aku pergi ke Genting bersama beberapa orang geng GSTT yang lain. Tak kurang juga, bulan penting bagi aku, menguruskan kelas dan pelajar. Sweet!! Febuari:- Bulan cinta?? No lah..bulan ini aku bertukar angin ke Triways Travel. Memang seronok, tapi mencabar! Kerana aku belajar perkara-perkara baru, dan aku se