Posts

Showing posts from February, 2011

Makan-makan : Asam Pedas Muar

Image
Hai Semua, Kembali dalam sesi makan-makan. Hehehe...patutlah aku ni dah makin berisi, asyik makan je. Takpelah, ini kan rezeki dari tuhan. Alhamdulillah....baiklah, kali ini saya nak kongsi pengalaman makan-makan saya di sebuah restoran asam pedas terletak di Mutiara Damansara. Jujur, saya bukan peminat asam pedas. Kebetulan pula, saya memang tak makan ikan - sebetulnya saya hanya memilih ikan-ikan tertentu sahaja kalau nak makan pun. Hehe..pelik kan? Tapi setelah bertemu dan menikmati hidangan tengahari di restoran ini, ternyata saya sudah mula jatuh hati akan rasa asam pedas restoran ini. Restoran ini terletak di Mutiara Damansara, berhampiran dengan Balai Polis, Masjid dan Desa Mutiara. Kalau dari The Curve, anda kena pergi ke kawasan perumahan Mutiara, dan disitu barulah anda dapat jumpa kawasan ini. Kedainya agak tersorok, tapi ada banner besar tulis "Asam Pedas Muor". Saya pun tak tahu apa beza asam pedas muar dengan Melaka. Macam sama je, ntahlah. Kalau nak kata asam p

Ulasan Filem : Sini ada hantu

Image
Hello semua! Apa khabar? Bagaimana hujung minggu? Semoga semua seronok belaka. Sedar tak sedar, sudah beberapa kali saya menonton naskah filem seram tempatan. Tapi alhamdulillah, kebanyakannya saya boleh terima dan enjoy menonton. Hehe..maknanya filem Malaysia ok gak apa?! Baiklah, semalam ( rabu - 16 Feb) saya menonton wayang sekali lagi bersama dua orang kawan ofis saya. Cerita apa? Tajuknya juga menarik iaitu "Sini ada Hantu" arahan James Lee. Buat mereka tak tahu atau tak kenal James Lee, dia ini merupakan pengarah filem Histeria, yang ditayangkan sekitar tahun 2007..kalau tak silap ler. Dan saya suka sentuhan pengarah ini kerana filem dihasilkan beliau mempunyai kekuatan senduiri Komentar:- Filem ini mempunyai ramai pelakon, tetapi kebanyakannya tidaklah begitu dikenali ( kecuali Fasha Sandha). Yang lain kebanyakannya pelakon biasa - tetapi lakonan mereka tidak mengecewakan. Filem ini bergenre seram komedi, sama seperti filem Ngangkung dan Hantu Kak Limah Balik Rumah. Ja

Makan-Makan : Nasi Beriyani Ritz Alladin TTDI

Image
Hai Semua!! Apa khabar para pembaca budiman? Yes, kali ini nak komen pasal makan pulak! Wah, kuat pula aku ni makan, patutlah berat badan makin naik. Hehe...nak buat macam mana, kalau hati dah senang. Oklah..aku nak bawak anda semua makan nasi beriyani istimewa di sebuah restoran baru di Taman Tun Dr.Ismail, Kuala Lumpur. Nama restoran ini ialah Ritz Aladin. Alah..nama je macam international, tapi sebenarnya pemiliknya melayu. Restoran ini baru saja buka. Rasanya dalam bulan Januari lepas. Restoran ini terletak di barisan kedai dobi presto, berhampiran Plaza Vads, belakang Popeye. Alah..senang je nak recognize restoran ini. Hiasan restoran ini masih biasa, mungkin disebabkan ia masih baru. Kedai dia sempit sikit, mungkin sebab banyak sangat meja, tapi jangan risau, fully aircond. Cuma adalah juga meja diletak kat luar, khas untuk sesiapa yang suka makan sambil menghisap rokok. Cewah... Jarak restoran ini dari rumah aku tak jauh. Adalah dalam 10 minit berjalan kaki. Tak jauh kan? Kalau

whats going on in Jan 2011

Image
Hello my fellow readers! Where we are ...it is already Feb 2011. Synonym with Love month, this month actually is the shorter month in a year. Yeargh..time is so fast, really make it possible to move and me? still looking and try to achieve several things in this year. Oh yeah..what I want to write this time is to inform you what I have done and enjoyed during Jan 2011. Starting 2011 with something "gila-gila" .. Bumbu Restaurant:- Have u heard this restaurant? Actually it is Indonesian restaurant, located at The Curve , Damansara. I tried the meals and it is nice. The price is quite high maybe because the food is simply like combination of Javanese + Sunda + Minang food. Try Singkong or Ayam Bumbu, together with Nasi ..hmm..very nice! I tried with my friends, because we went for karaoke...But overall price ( for 3 of us) about RM80...including water. Hmm... Chinese New Year:- This is rabbit year...wah..so fluffy! Love this animal!! It is seem really challenging for me to sur