Posts

Showing posts from May, 2011

PTPTN blacklist : Part 2

Assalamualaikum, Terima kasih kepada mereka yang menghantar e-mail, yang mohon untuk saya lampirkan contoh surat rayuan. Bantuan saya adalah sedikit. Saya mohon kepada mereka yang nak dikeluarkan nama dari senarai hitam, berjumpa sendiri dengan pegawai PTPTN. Paling ideal ialah dengan berjumpa mereka di pejabat PTPTN KL Sentral ataupun Damansara Heights. Jangan berlengah. Ini kerana hutang anda akan bertambah-tambah lagi "bunga". Dan, sedikit sebanyak akan memberikan beban besar kepada anda. Ada juga bertanya, boleh ke PTPTN mempertimbangkan kalau tiada surat majikan ( arahan keluar negara)? Saya tak pasti, ini kerana PTPTN hanya mahukan anda membayar hutang secara tetap dan teratur. Pokok pangkalnya adalah berbincang dengan pegawai PTPTN langkah terbaik dalam menyelesaikan masalah anda. Saya doakan kepada mereka yang telah menghantar e-mail kepada saya ..Good Luck!!Insyallah, semua akan dipermudahkan oleh Nya...

Ulasan Filem : Nur Kasih the movie

Image
Salam semua, Lama dah tak review filem. Jadi, rasanya hari ini jadi rajin lah pula nak review filem Nur Kasih. Oh ye, saya baru sahaja menonton filem ini di pawagam semalam. Sebelum saya review filem ini, saya nak maklumkan saya bukanlah fanatik kepada Nur Kasih tapi mungkin saya dah tonton drama ini, jadi rasa teruja pula nak tengok kesudahan filem berdurasi 1 jam 30 minit ini. Sebelum anda menonton filem ini, harusnya anda menonton terlebih dahulu drama Nur Kasih. Ini kerana ada beberapa jalan cerita di dalam drama dikaitkan dengan filem ini. Dan, kalau anda tak suka tonton drama Nur Kasih, lebih baik anda jangan tonton. Nanti rugi masa dan duit. Filem ini jujur saya katakan antara filem melayu terbaik tahun ini selepas sahaja filem Merong Mahawangsa bulan Mac lalu. Jadi, kemunculan filem Nur Kasih memberikan dimensi baru dalam perfileman melayu. Apatah lagi ia diarahkan oleh Khabir Batia, antara pengarah yang cukup berbakat dan skripnya di tulis oleh Mira Mustapha. Filem ini dilakon

Jalan-jalan : Bangkok

Image
Salam semua, Maaf agak lewat menulis blog ini. Maklumlah, saya agak sibuk dengan beberapa urusan kerja 2 minggu lepas. Baiklah, saya nak kongsi kisah cerita saya semasa saya melancong ke Bangkok, Thailand. Rasanya sudah ramai yang tahu, apa itu Bangkok? Ia merupakan ibu negara Thailand dan terletak berdekatan Teluk Siam dan Sungai Chao Phrya. Bangkok adalah nadi utama kepada Thailand. Maklumlah, di sini adalah pusat pentadbiran, pelancongan, ekonomi dan sosial kepada Thailand. Saya pergi ke sana selama 4 hari. Sebenarnya saya pernah ke Bangkok pada 2001. Dulu atas urusan student exchange, dan kali ini atas urusan kerja. Uniknya, group yang saya bawa kali ini ada annual dinner di Nuovo Hotel, Bangkok. Jadi, aktiviti lebih menjurus kepada free and easy. Saya pergi sehari awal, bersama dengan committee dinner. Oh ya, untuk kali ini, kawan saya- Azwan turut serta. Kebetulan dia ingin berjalan=jalan ke Bangkok, Jadi alang-alang saya turut mengajak dia untuk turut serta dengan lawatan ini. H