Jalan-jalan : Bako, Sarawak
Hi Semua! Fuh..agak lama tak berjalan dalam negara ( eh..bukan riak yer, tapi memang kenyataan). Maklumlah, dah hampir dua tahun kerja, tak pulak company trip yang request jalan-jalan dalam negara. Tapi alhamdulillah, kami semua ada buat plan ad hoc...pergi ke Kuching, Sarawak. Kalau ikutkan Kuching ni dah masuk kali ketiga aku pergi. Takda apa yang menarik sangat pun ( jangan marah yer)...tapi aku suka satu jer, dia pun kebudayaan dan nature. Memang terbaik!! Kali ini aku ke Kuching, aku nak pergi tempat-tempat yang belum aku pergi masa 3 tahun lepas...iaitu... Taman Negara Bako Terletak dalam 1 jam perjalanan dari pusat bandaraya, taman negara ini antara paling mudah sekali nak pergi. Jujur, ini pertama kali aku pergi ke Taman Negara. Kiranya back to nature lah. Sampai sahaja je ke sana, kena naik bot ke pintu masuk utama. Nampaklah pulau Santubong. Memang menarik lah...!! Sapa kata Malaysia tak cantik, betul tak? Kebanyakan orang yang melawat Taman Negara ini ialah Mat Salleh. Kalau