Jalan-jalan : Korea Selatan (part 1)
Salam sejahtera buat para pembaca, Masa tuk melancong!!! Yeargh....kali ini ke mana?? Kali ini saya nak share salah satu tempat yang popular dengan artis-artis K pop seperti Super Junior dan Wonder Girls, apa lagi kalau bukan Korea Selatan. Oh ya, kali ini, tugas saya sama seperti dahulu, berkhidmat membawa group ke sana. Korea secara amnya terbahagi kepada 2 negara, iaitu Korea Utara dan Korea Selatan. Untuk korea utara, memang ia adalah negara tertutup - dan negara ini mengamalkan fahaman dan ideologi komunis. Tetapi berbeza pula dengan Korea Selatan, yang mana ia adalah negara republik dan mengamalkan dasar pintu terbuka. Tidak dinafikan korea merupakan negara yang maju terutama dari segi teknologi dan masih lagi mengekalkan tradisinya. Jadi, ia juga merupakan salah sebuah negara yang menjadi tumpuan pelancong terutama dari Asia Tenggara. Kos untuk ke Korea mahal sedikit dari ke China tetapi jauh lagi murah dari ke Jepun. Jadi, tidak hairanlah kini makin ramai orang Malaysia sud