Berpindah ke Ipoh...

Salam sejahtera semua...

Update entry terbaru 2012....untuk tahun 2012, secara rasmi keluarga aku telah berpindah ke Ipoh, Perak. Jika dahulu, aku dibesarkan di Karak, Pahang...kini, aku terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pekan Karak yang telah banyak menggamit memori silam.

Kenangan 20 tahun:

Siapa sangka, 20 tahun aku telah berada di Karak, Pahang. Sudah semestinya banyak perkara aku ketahui mengenai pekan kecil ini. Pekan yang cukup terkenal dengan sinonim " Karak Highway" dan disinilah juga aku dibesarkan. Terlalu banyak kenangan manis ketika aku berada di sini. Daripada pengalaman belajar di sekolah rendah, ke sekolah menengah. Pengalaman bekerja sebagai guru dan tak kurang juga kerja sambilan di 7-eleven. Memang tidak dapat dilupakan. Ramai juga kenalan yang aku dapat, daripada kawan-kawan sekolah hinggalah kawan-kawan yang sama bekerja di sektor perguruan.

Jika diimbas kembali, Karak memang agak lambat dari segi pembangunannya. Untuk membeli belah barang keperluan, kebanyakan penduduk akan ke Bentong, jika mau urusan bank, dan servis kereta dan sebagainya, harus pula ke Temerluh. Dan jika mahu berhibur, terpaksalah pula ke Kuala Lumpur atau Genting. Namun, apa yang menarik tentang Karak ialah keunikan pekannya sendiri. Malah ada juga menggelar pekan 1 Malaysia! Kenapa? Majoriti cina, Melayu dan India boleh hidup satu bumbung. Malah..amat jarang ada pergaduhan kaum berlaku di sini. Inilah uniknya Karak, dan paling meriah setiap kali tiba musim perayaan. Pasti setiap kaum akan meraikannya besar-besaran.

Adaptasi tempat baru:

Oh ya, pindah ke Ipoh bukan bermakna aku dah berhenti kerja atau bertukar angin. Aku masih lagi bekerja di Kuala Lumpur, tempat kelahiran aku. Malah aku boleh katakan, aku amat sayang Kuala Lumpur walaupun ia banyak masalah - haha...semua tahu kan?!

Kenapa Ipoh? Sebenarnya, sudah lama mama merancang untuk membeli rumah yang besar dan sesuai untuk kami 6 beradik. Jika mahu membeli di Kuala Lumpur, sudah pasti harganya mahal. Ditambah pula kos hidup di Kuala Lumpur agak tinggi. Jika tinggal di Karak, agak jauh sedikit dari kampung ibuku. Jika di kampung, fuh..mama tak suka kawasan dataran rendah dan berkepadatan tinggi seperti di Penang. Jadi, setelah dihitung, maka Ipoh adalah destinasi sesuai.

Kebetulan, Ipoh merupakan bandaraya keempat terbesar di Malaysia, dan masih mengekalkan bandar 1 Malaysia! Jalan rayanya taklah sesesak Kuala Lumpur atau Penang. Dan harga rumah di sini tidaklah mahal, dan masih mampu untuk di miliki. Ipoh juga antara bandar yang akan berkembang pesat di Malaysia. Jaraknya tak jauh dari kampung mak aku, dalam 2 jam perjalanan, dan kalau nak ke KL, dalam 2.5 jam perjalanan.

Ditambah pula perkhidmatan pengangkutan awam yang banyak, Ipoh antara pilihan kami sekeluarga untuk menetap. Keputusan ini telah dibuat sebulat suara pada tahun 2008 lagi, dan alhamdulillah...kini, masanya untuk berpindah!!

Masa berpindah:

Sebagaimana diketahui umum, Ipoh terbahagi kepada beberapa bahagian. Mama tidak suka kawasan yang sesak, tetapi suka kawasan yang tenang, dan lengkap. Jadi, mama membeli rumah di Bandar Baru Sri Klebang. Ia terletak dalam 15 km dari pusat bandar Ipoh, dan merupakan kawasan bandar baru ( atau satellite city) di Ipoh. Kawasan ini berhampiran dengan Chemor, Tasek, Jelapang dan Meru. Malah, jaraknya juga tak jauh dari lebuhraya dan pusat membeli belah terkenal di Ipoh.

Proses berpindah memakan masa hampir sebulan. Ditambah pula mama nak menguruskan proses pertukaran sekolah, proses angkut barang dan tak kurang juga dan ubahsuai dapur rumah. Alhamdulillah..segalanya telah berjalan dengan lancar dan teliti.

Ipoh selamanya...

Kini, kami sekeluarga sudah menjadi warga Ipoh. Mungkin masih baru nak sesuaikan dengan keadaan sekeliling, tapi aku tak risau sangat kerana aku mempunyai saudara mara di Jelapang dan Sungai Siput. Dan selepas ini, aku akan pulang beraya kemana?..Ipoh..........hehe....

Tetapi untuk rakan-rakan di Karak & Bentong, jangan risau. Kalian semua tetap dalam kenangan. Aku tetap akan datang ke Karak, kerana kampung belah ayah aku berada di Raub. Malah, saudara mara aku masih ada di Pahang seperti Jerantut dan Lipis. Dan, aku tetap juga akan ke Pahang kerana Universiti aku dahulu pun berada di Pahang.

Maknanya, walaupun aku tidak berada di pahang, namun aku rasa masih tak susah untuk aku kembali ke sana. Insyaallah..........

Oh ya untuk rakan-rakan sekalian, insyaallah...aku akan maklumkan bila mak aku nak buat "house warming". Perancangannya dalam bulan 3 atau 5 nanti. Jemputlah hadir ya...

rajaazrul

Comments

Wanpetunjuk said…
Lorrrr...family ko dah pindah Ipoh ke?.

Ooo...apa2pun selamat berbahagia untuk family ko yang kini barada di ipoh....
Raja Azrul said…
dayat - yes dah pindah. Dan insyaallah..aku akan pindah rumah di KL gak. Jemputlah datang nanti!

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...