Tahun Baru & Azam baru 2012

Salam sejahtera buat pembaca semua,

Sedar tak sedar, 2012 sudah pun menjengah tiba. Ya, blog ini berusia lebih dari 4 tahun. Hebat?! Tahniah pada diri aku kerana berjaya mengekalkan blog ini supaya tidak terkubur begitu sahaja. Aku nak ucapkan terima kasih tak terhingga pada para pembaca, walaupun blog aku ini tidaklah sepopular blog orang lain. Tetapi sedikit sebanyak, aku dapat berkongsi pengalaman suka dan duka disini.

2012, bermakna umur aku pada tahun ini ialah 28 tahun. Ya, sudah pun matang, dan kalau orang tua kata, sudah boleh berkahwin. Tetapi, hakikatnya ikatan perkahwinan bukanlah semudah seperti orang lain kata. Ia perlukan duit, kerjasama, dan pengurusan masa yang berkualiti. Huhu...lupakan dahulu soal kahwin, kerana bagi aku, kalau sudah tiba masanya, akan aku umumkan disini. Berkaitan dengan 2011, terlalu banyak pengalaman manis, suka duka yang tidak dapat dilupakan. Siapa sangka, pada 2011, hampir 8 buah negara sudah aku lewati, dan tahun 2011, aku sudah mempunyai 5 orang pelajar home tuition. Mungkin ini aku lihat sebagai kemajuan kendiri, dan 2012, memerlukan kekuatan yang lebih lagi, untuk aku capai kejayaan yang besar pada tahun ini.

2012 - aku tidak meminta lebih, cuma aku inginkan apa yang lakukan pada tahun ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Oh ya, tahun ini aku sudah menempah 2 tiket penerbangan ke lokasi menarik sekitar asia tenggara. Maka tahun ini aku sudah mulakan program backpacker, dan insyaallah..aku akan bercerita pengalaman tersebut dengan anda semua nanti.

2012 juga digelar tahun lompat, tahun sukan olimpik. Tahun ini, Olimpik bakal dihoskan di London, kota yang cukup terkenal di seluruh dunia. Malah aku tidak nafikan, penganjuran Olimpik kali ini akan jadi lebih hebat dan mega. Selain itu, ada juga beberapa kawan aku akan menimang cahaya mata, jadi aku ucapkan selamat menimang baby baru....! Tak kurang juga yang akan menamatkan zaman bujang pada tahun ini.

Bercakap dengan perancangan, aku ingin merancang untuk mengadakan reunion Senandika pada tahun ini. Tapi seperti biasa, mungkin ia hanya sekadar rancangan, masih belum dicapai kata putus atau tidak. Tapi sekurang-kurang aku dah amik langkah ke hadapan bagi memastikan perjumpaan kali ini tercapai.

Azam aku tahun ini...hmmmm...rasanya tidak perlulah untuk dikongsi di sini. Cukuplah sekadar aku sahaja yang tahu. Apa-apapun, masih belum terlambat untuk aku ucapkan, selamat tahun baru 2012!

rajaaazrul

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...