Tahun Naga Air

Salam sejahtera buat pembaca budiman,

Esok merupakan tahun baru cina, dan esok akan bermula lah tahun naga, tamat sudah tahun arnab. Sebenarnya aku bukan nak menulis artikel berkaitan dengan tahun baru cina. Tapi kebetulan artikel ini ditulis ketika aku dalam kebosanan cuti tahun baru cina.

Cuti ini aku tidak ada masa untuk pulang ke kampung. Bukan tidak mahu, cuma aku amat yakin jika aku pulang, jalan akan sesak. Ternyata ramalan aku tetap. Semalam sahaja, ada kesesakan berlaku lebih 3 km di lebuhraya utara selatan. Jadi, langkah terbaik ialah duduk sahaja di Kuala Lumpur!

Mungkin ada mengatakan, KL tak sesak..tapi aku rasa masih lagi ramai yang tak pulang ke kampung. Terutama kaum melayu yang rata-rata mengambil peluang cuti panjang untuk membeli belah dan berjalan-jalan bersama keluarga. Aku?? apa yang aku lakukan ye? Hujung minggu ini sahaja, duit aku telah habis dengan boling dan steamboat. Semalam aku telah menikmati steamboat di tupai-tupai jalan dewan bahasa dengan harga rm30 seorang. Selepas itu, bermain boling untuk 2 games di Berjaya Times Square. Yang menariknya, bermain boling pun tak ramai orang. Paling menarik, aku berjaya menjatuhkan pin terbanyak..hehe. Jangan cemburu!

Hari ini...22 Jan..sedar tak sedar, 22 hari telah berlalu dalam 2012. Masih banyak aku perlu capai pada tahun ini. Tahun Naga yang bermula esok juga diramal antara tahun mencabar - sesuai dengan watak naga air yang garang dan menakutkan. Tapi jika difikir secara simboliknya, kita juga harus bersifat naga yang berani dan sanggup untuk menghadapi segala cabaran yang datang. Aku tak pasti apakah cabaran yang wujud pada masa akan datang, tapi apa yang aku harapkan, apa yang aku lakukan pada masa sekarang dipermudah olehNya.

Satu pengajaran besar aku dapat pada minggu ini ialah..jangan letakkan harapan tinggi. Cukup sekadar menerima seadanya..dan paling penting, beranilah menerima segala bentuk penolakan. Huhu..tersirat kan? Jadi dikesempatan ini, aku nak ucapkan selamat menyambut tahun baru cina - Gong Xi Fatt Chai, dan selamat bercuti buat semua!

rajaazrul - "hujan" pasti akan kembali.

Comments

Melody M. said…
bertahun sudah aku dengar perkataan hujan tu, sampai sekarang aku tak faham.
Wanpetunjuk said…
Mesti dah makin gemuk ko kan?. Sebab kerja makan je...hehehe
Raja Azrul said…
mel - takda apa2...

dayat - gemok?? haha...nak buat macam mana. skrang dalam plan nak kuruskan badan.

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...