Travel

Travel

Mengira detik

Wednesday, May 02, 2012

Sudah bernafas...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..



Amat tidak kusangka, rupanya sistem "Blogger" atau blogspot juga sudah diperbaharui. Maka sedikit kabur dalam aku menulis setiap entri. Fuhh...


Akhirnya setelah beberapa hari ( atau minggu) menutup sementara dan proses mengubah suai, kini blog sang putera sudah bernafas kembali. Wajah blog aku kali ini bertemakan biru, dan aku juga cuba meletakkan template yang lebih ceria, ringkas dan padat.


Apa yang penting bukanlah wajah blog ini, tapi apa yang aku ingin sampaikan disini. Mungkin blog aku tidak sepopular blog lain, tapi aku yakin, masih ada yang membaca blog ini. Hakikatnya aku menulis bukanlah untuk orang lain baca, sebaliknya ia adalah sebahagian koleksi diari ringkas yang mungkin apabila disingkap kembali, akan menjadi kenangan sepanjang hayat.


Kenapa aku menukar wajah blog ini?? Tujuan utama adalah kerana template HTML lama agak kusam dan ada beberapa widget tidak muncul apabila dipreviu. Maka, dengan itulah aku terpaksa menukar wajah blog ini bersesuaian dengan kehendak admin blogspot.


Insyaallah..penulisan aku masih sama...dan segala yang mampu akan aku kongsikan disini. Selamat membaca dan oh ya, dah masuk bulan Mei,...bulan padat bagi aku!Jumpa lagi! Adiyos!!


raja azrul

4 comments:

Melody M. said...

personally suka template lama ko, tapi suka jgk template baru ni sbb kaler biru! ^_^

Raja Azrul said...

Template lama tu banyak problem terutama dari segi widget. Jadi, kenalah ubah template baru yang lebih segar!

Papa-NtiQ said...

hmm nampak makin menarik format yg baru ni
tapi tak pulak saya kene problem widget masa guna template lama

Raja Azrul said...

papa:
Itulah..ada problem sangat dengan template lama. Template kali ini lebih ringkas, mudah untuk saya menulis.. :-)