Mengira detik

Wednesday, June 13, 2012

Jalan - Jalan : Phuket (part 2)


Salam semua,

Nampak gaya, kisah saya di Phuket terpaksa di buat kepada dua bahagian..mungkin agak malas nak menaip cerita sekali gus...huhu.


Hari Ketiga : Phi Phi Island

Oh ya hari ketiga ini agak istimewa kerana Azwan ada sekali tuk bersama-sama melawat Phi Phi Island. Jadi bertambah meriahlah trip kami semua. Hari ketiga ialah masa melawat Pulau Phi-phi. Pulau ini terletak di selatan Phuket, dan ia merupakan tempat yang wajib pergi kalau anda ke sana. Untuk ke Phi Phi, ia memakan hampir 2 jam setengah. Setengah menaiki van ke jeti dan 2 jam lagi menaiki bot. Fuuhh..memang masak ar gak! Dan harus diingat..ia bukanlah bot laju macam kat langkawi tu. Bot nya besar macam feri pulau pinang. Jadi kapasiti bot ini agak ramai, hampir lah 500 orang sekali masuk.

Sepanjang perjalanan ke Phi Phi, memang tak dinafikan akan dihidangkan dengan pelbagai panorama menarik dan kalau ada rezeki, anda dapat melihat ikan lumba-lumba bermain air. Tiba di Phi Phi, bot besar kami  membawa mengelilingi pulau-pulau sekitar dan berhenti di satu kawasan khas untuk snorkeling. Percayalah..Phi Phi memang cantik~ Lautnya menghijau tak ubah seperti Pulau Redang di Terengganu. Tapi harus diingat, kalau anda tak biasa Snorkeling, kena belajar dari yang pakar. Nasib baik saya pernah belajar snorkeling masa pergi Tioman 14 tahun lepas..hehe. Lamanya...!

Selepas aktiviti snorkeling, kini masa tuk makan tengahari. Serius, makanan tengahari kali ini memang sedap terutama ayam gorengnya. Kebetulan pula memang perut tengah bekeroncong. Sangatlah sesuai. Pada jam 3.00pm, kami pun bergerak pulang ke hotel - sekali lagi menempuh perjalanan melebihi 2 jam.

Tiba di hotel, terus bersiap-siap kerana aktiviti seterusnya ialah menonton persembahan " Phuket Fantasea". Buat mereka yang tak tahu, Phuket Fantasea adalah persembahan kebudayaan dan ia juga merupakan taman tema khas dibuat di kawasan Kalim, Phuket. Sebenarnya ia tak ubah seperti Siam Niramit di Bangkok. Kalau nak mudah, ambil terus pakej sekali dengan dinner. Harganya pun dalam sekitar RM150. Jangan risau kerana dinnernya Halal ( ada ruangan tuk makanan Halal). Kira ok lah tu sebab dinnernya memang hebat! Ada macam-macam makanan termasuk ar sup dan kambing.

Selepas makan malam, barulah kami menonton persembahan Phuket Fantasea. Serius, ia masih lagi terbaik cuma tidak lah sebaik persembahan Siam Niramit. Persembahan Phuket Fantasea ini adalah gabungan persembahan moden dan tradisional. Persembahan silap mata, gajah, dan haiwan pun ada. Kira berbaloi ar bagi mereka yang suka menonton aktiviti malam.  Kami pun pulang dari Phuket Fantasea dalam sekitar jam 10pm.

Hari keempat: Pulang

Masa tuk pulang. Tapi flight kami dalam jam 5.00pm. Jadi selepas sarapan, kami berjalan sekitar Patong tuk membeli barang cenderamata dan baju. Oh ya, ada satu kedai sebelah subway yang menjual baju Phuket serendah RM10. Dan kualitinya juga baik. Di situ juga ada dijual cenderamata seperti keychain dan fridge magnet.

Pada jam 3.00pm, kami pun tiba di airport. Tepat jam 5.00pm..kami pun bergerak ar ke KL.

Serius, Phuket antara pulau yang cantik di Thailand. Cuma ada masa-masa tertentu, suasananya agak csesak dengan pelancong terutama daripada barat. Tapi Phuket masih lagi sesuai tuk dilawati. Secara peribadi, saya lebih sukakan Bali berbanding Phuket, tapi apa-apapun ia masih menarik tuk dikunjungi terutama bersama teman-teman lama. Baiklah ini beberapa tips ringkas, andai kata anda memilih Phuket sebagai destinasi pelancongan anda:

1. Beli tiket masa promo : - ramai tak tahu, tiket ke Phuket memang murah semasa Air Asia membuat sales besar-besaran, Kalau ada rezeki, anda boleh dapatkan harga sekitar RM120 pergi balik. Hebat kan?

2. Tinggal di sekitar Patong. Kenapa? Patong merupakan pantai utama tumpuan pelancong. Disitu terdapat banyak kedai, dan ada juga kedai makan. Hotel kat sana memang murah ( esp backpackers) dan situ jugalah terdapat Mall terbesar di Phuket.

3. Bagi sesiapa minat massage, ada banyak pilihan di Phuket. Tapi berhati-hati. Pilih massage yang berdaftar iaitu pekerjanya memakai uniform khas. Kalau nak suasana menarik, boleh cuba massage di resort..lagi best sebab massage di tepi kolam renang.

4. Phuket sebenarnya ramai penduduk Islam. Anda boleh jumpa masjid selang 10 km. Nak cari makanan halal, cubalah sekitar masjid. Cuma sedap atau tidak sahaja. Hehe...

5. Selain Phi Phi dan Pha nga, anda boleh menerokai Pusat Santuari Gajah di Phuket. Oh ya, di Phuket pun ada bungee Jumping.

6. Bagi mereka yang suka naik pengangkutan awam, berhati-hati. Harganya memang mahal tuk perjalanan kurang 15 minit. Kalau boleh cuba tawar menawar terlebih dahulu. Tuk-tuk pun mahal.

7. Bagi mereka yang nak beli local sim kad, anda boleh beli di 7 Eleven termasuk reload. Kat sana susah nak jumpa kedai Handphone.

8. Di Phuket, rasanya tak begitu sesuai tuk shopping. Kalau anda nak shopping pun, bolehlah ke sekitar pantai Patong. Seperti biasa, kena bijak dalam proses tawar menawar.

9. Jangan terkejut kalau anda ditawarkan perkara-perkara menguji iman...hehe. You will know if you come to Phuket!

Secara keseluruhan, Phuket lebih sesuai tuk muda mudi, jadi kalau nak bawa famili rasanya lebih baik anda ke Krabi atau Koh Samui. Ini pandangan saya lah..hehe. Ok jumpa lagi penulisan akan datang.

rajaazrul




Viking Cave di Phi Phi Island









Di Pantai Phi Phi Don



Azwan dan Shidi berlatar belakang Phi Phi

Tempat kami snorkelling
Masa snorkelling..hehe semput!


Menuju ke tempat lunch




Di airport Phuket..tunggu flight balik.

3 comments:

Anonymous said...

shidi- aku baru bace blog ko ni setelah kawan aku yang terbace dulu..hehe

faizah said...

ye, kwn shidi tu sy...azrul klu ade pakej best2 dan yg penting berbaloi boleh la bgtau...nak BEST price boleh tak sbb sy BEST fren shidi...ha3...shidi, jgn maki aku...

Raja Azrul said...

Insyaallah..boleh sahaja.. Keep in touch ya!