Jalan - Jalan : Phuket (part 1)



Sawadeekap....
Salam semua,

Apa khabar? Sedar tak sedar, kita sudah menjengah bulan Jun 2012. Begitu cepat masa berlalu. Baiklah, kali ini saya nak berkongsi satu pengalaman unik, pengembaraan saya ke Pulau Phuket Thailand. Rasanya semua tahu, Phuket itu apa. Oh ya, dalam tahun ini sahaja dah dua kali saya ke Thailand. Terus terang, saya memang suka bumi Thailand. Kenapa? Sebab keunikannya yang tersendiri kot.

Phuket terletak di Selatan Thailand, dan  tak jauh dari sempadan Malaysia. Kiranya, kalau anda agak bajet, bolehlah melalui jalan darat, tapi saya tak sarankan.Ini kerana jalan darat agak berbahaya dan mencabar ( terutama dari jalan Padang besar ke Pha Nga ). Plan percutian ke Phuket ini sebenarnya dah dirancang dari bulan 7 tahun lepas lagi. Bayangkanlah, masa itu Air Asia tengah buat sales, harga tiket penerbangan ke Phuket hanyalah RM125 sahaja (pergi dan balik). Kalau dicampur bagasi pun, tak sampai RM300. Kira murahlah tu kalau nak dibandingkan flight lain.

Oklah..dipendekkan cerita, perjalanan saya bermula pada tarikh 11 Mei - 14 Mei 2012. Kali ini saya pergi bersama rakan-rakan rapat saya iaitu Azwan, Fendy dan Shidi.

Hari pertama : LCCT - Phuket (11 Mei 2012)

Pagi-pagi lagi, saya dah bangun. Kebetulan Fendy datang ke rumah dan bermalam. Azwan pula pergi sehari lewat kerana dia ada exam pada hari Sabtu pagi. Kami berdua ( saya dan Fendy) menunggu teksi di hapadan apartment, dan bertolak ke LCCT dengan menaiki ERL. Tiba di LCCT, jam 10.30am saya bertemu dengan Shidi dan kami pun bertolak lah ke Phuket pada jam 12.30pm.

Tiba di Phuket dalam jam 1.00pm (waktu tempatan) dan Phuket memang panas. Maklumlah, tengah musim panas. Ketibaan kami disambut dengan pemandu bernama Mr. Supol. Dia tak begitu pandai berbahasa Inggeris, kami pun bertolak ke hotel. Hotel kami terletak di Patong. Jarak Patong dari airport dalam satu jam. Kiranya jauh jugaklah. Nama hotel kami ialah Ibis Patong, yang terletak dalam 5 minit berjalan kaki ke Pantai Patong.

Kenapa Patong? Patong merupakan kawasan paling "happening " di Phuket. Sesuailah dengan jiwa muda kami semua. Kalau nak tahu, suasana Patong tak ubah seperti Pantai Chenang dan Batu Feringgi di Malaysia. Bezanya, Patong lagi besar dan ada banyak hotel bertaraf 5 bintang disini. Selepas check in hotel, kami keluar berjalan sekitar Patong untuk menikmati makan tengahari.

Terus terang restoran halal tak banyak di Patong, dan harganya agak mahal dari Kuala Lumpur. Mungkin disebabkan ia mengikut harga USD kot, jadi kebanyakan restoran menawarkan harga sekitar RM25- RM30 sekali makan seorang. Fuuhhh...

Selepas makan, kami pulang ke bilik, mandi dan berehat seketika. Selepas mandi, barulah kami ke Pantai patong. Pantai Patong ini merupakan pantai yang pernah dilanda Tsunami pada Disember 2004. Masih lagi terdapat tanda-tanda kerosakan teruk seperti pokok kelapa dan bangunan retak akibat bencana tersebut. Suasana pantai pada waktu petang memang mengasyikkan. Kat sini juga terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti banana boat, jet ski dan macam-macam lagi. Tapi harganya..fuhhh memang mahal. Banana boat harganya ialah RM50 seorang. Memang tak berbaloi...lebih baik pergi Port Dickson. Lagi murah dan selamat!

Selepas berjalan ke Patong, kami semua pulang ke hotel dan berehat seketika. Maklumlah agak kepenatan pada hari pertama. Jam 7.00pm, kami pun bergerak tuk mencari makan malam. Makan malam kali ini di sebuah restoran yang terletak di masjid. Confirm halal, dan harganya jauh lebih murah kalau dibandingkan di kawasan patong dan Bangla road. Makanannya juga jauh lebih sedap, dan kami bayar dalam sekitar RM15 seorang tuk makan tomyam, sayur, ayam gajus, nasi dan air. Kira oklah tu. :-)

Selepas makan, masa tuk menikmati suasana malam di Patong. Dan masa ini jugalah kami mencuba Foot Massage...harga dalam RM25 untuk satu jam. Kira murah ar gak tu.


Hari Kedua : Pha Nga (12 Mei 2012)

Selepas sarapan, kami bergerak untuk ke Pha Nga bay. Pha Nga ini juga merupakan tempat pengambaran filem James Bond ( tapi tak pasti apa tajuk filemnya). Pha Nga ini terletak agak jauh dari Patong, dan ia sebenarnya terletak di semenanjung Thai. Maknanya perjalanan untuk ke sini sahaja memakan hampir 2 jam. Memang naik kematu lah buntut..hehe. Pha Nga ini adalah sebuah kawasan teluk, dan ia tak ubah seperti kawasan Langkawi GeoPark. Disini juga terdapat batu-batuan yang berusia ratusan juta tahun.

Sebelum ke James Bond Island, kami melawat dahulu sebuah kuil buddha yang terletak di dalam gua. Takda apa yang menarik, cuma ada beberapa aksi monyet yang mencuit hati. Selepas itu, barulah kami menaiki bot untuk ke James Bond Island ( Panyee). Di sini, agak ramai pelancong yang hadir, dan terdiri dari pelbagai negara di seluruh dunia. Jadi, agak padat bila berjalan di sekitar pulau yang sebesar padang bola ini.

Di sini, landmarknya ialah tugu atau statue yang berbentuk V. Memang cantik! Saya pernah lihat batuan begini semasa melawat Taman Negara Bako, Sarawak tahun lepas. Selepas itu, barulah kami menikmati makan tengahari di perkampungan nelayan. Makanan di sini halal kerana perkampungan tersebut terdiri daripada muslim Thai. Walaupun muslim, mereka tak begitu pandai berbahasa Melayu.

Selepas makan, perut dah kenyang..jadi masa tuk pulang ke hotel. Serius penat, jadi apa lagi..masa mencuba Thai Massage pada malam tersebut!


Hari ketiga dan keempat : bersambung..sila klik di sini.

Oklah..saya lampirkan beberapa gambar ketika berada di sana. Khas tuk anda semua...

Ketika di LCCT, Sepang
Shidi menikmati makan tengahari di patong.

Di James Bond Island, Pha Nga


Di Dalam bot, ketika ke Pha Nga Bay




Tak ubah seperti Langkawi Geo Park




Tips dan panduan melancong ke Phuket akan saya maklumkan dalam penulisan akan datang.

rajaazrul



Comments

Melody M. said…
Nice. Kan best kalau dapat cuti sama-sama dengan geng lama.
Raja Azrul said…
mel - memang best, tapi kena plan berbulan-bulan. Insyaallah..lepas ni destinasi lain lak.

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...