Travel

Travel

Mengira detik

Wednesday, June 20, 2012

Makan-makan : Restoran Warisan Kuala Pilah

Hello semua!

Apa khabar? Diharap semua pembaca sihat hendaknya. Kalau tak sihat, cepat-cepat jumpa doktor. Maklumlah sekarang kan musim jerebu, dan kategori juga musim panas di Malaysia. Ok, pendek cerita, entri kali ini nak bercerita mengenai satu restoran yang terkenal di Negeri Sembila iaitu restoran warisan.

Macam mana aku boleh dapat idea nak ke Restoran Warisan? Ini kerana restoran ini merupakan salah satu restoran yang menghidangkan makanan tradisional negeri Sembilan pada harga berpatutan dan murah. Malah, ia juga antara restoran tercantik di Malaysia. Idea nak berkunjung bermula pada minggu lepas, dan aku bersama Fendy & Azwan, dengan kegigihan bertolak ke Kuala Pilah pada jam 12.00pm.


Restoran ini terletak di antara Jalan Kuala Pilah dan Seremban ( tapi tak melalui bukit Putus). Kalau nak mudah ikut sahaja Highway LEKAS, dan keluar pada penghujung LEKAS iaitu Paroi & Ampangan. Tapi kalau tak tahu, ikut sahaja PLUS, keluar EXIT Seremban, dan terus sahaja ikut papan tanda ke Kuala Pilah.

Kalau anda dah lalu Ulu Bendul, maknanya restoran ini terletak kurang 3 KM dari situ. Dan dari situ anda akan nampak restoran ( macam rumah melayu zaman dulu) betul-betul bersebelahan sawah padi, dan diantara simpang ke Sri Menanti. Dengan kata lain, tak susah ar nak cari restoran ini. Kalau dikira, jumlah masa dari KL ke sini, adalah dalam 1 jam 30 minit. Kira OK ar gak kan...

Klik disini untuk laman web restoran ini.

Makanan terbaik!

Aku merupakan peminat utama makanan Negeri Sembilan. Malangnya, ahli keluarga aku bukan dari keluarga Negeri Sembilan. Jadi, alternatifnya kenalah cari restoran yang menyediakan makanan ini, betul tak? Hihi. Sampai sahaja di restoran, memang tak ramai orang. Maklumlah, restoran di kawasan kampung. Suasana restoran ini memang terurus dan kemas. Tak ubah seperti restoran sri Melayu di Kuala Lumpur. Harga makanan di sini secara keseluruhannya masih lagi berpatutan. Kami mula memesan makananan..apa lagi...here we go!

  • Masak lemak daging salai - Wajib order, harga dalam RM15
  • Masak lemak ayam kampung - terbaik! Lemak dan sodap!!
  • Udang masak cili kering - serius! Udang dia memang pedas dan segar!
  • Sup ketam - rasanya sangat berbeza, isi ketam segar dan rasa rempah ratusnya!
  • Asparagus Seafood - sayur sangat simple, tapi sedap!
  • Nasi putih - sama je macam kat kedai lain
  • Ulam-ulaman & ikan masin - yang ni FOC, ulam dia segar!


Air lak kami order:
  • Air janda pulang (Fendy) - air kelapa rupanya...cuma rasanya lain sikit
  • Air mangga (Aku) - alahai sama je ngan mangga Peel Fresh tu
  • Teh Tarik (Azwan) - hampeh..pergi jauh2, last2 order teh tarik..haha


Sebenarnya menu dia banyak. Tapi kalau order banyak-banyak memang tak termakan ar jawabnya. Suasana restoran macam Tupai-tupai di KL, cuma takda steamboat. Dari segi harga, makanan kami bertiga berdasarkan menu diatas, dalam RM35 seorang. Kira OKlah..sebab semua bahan digunakan memang dijamin segar. Macam ketam, rasanya dua ekor kot dalam sup, dan isinya memang putih menandakan ia adalah ketam yang segar.

Restoran ini dibuka dari jam 12pm-11pm. Nasihat aku, datang pada waktu petang kerana anda dapat melihat suasana sawah padi yang mendamaikan. Kalau ada peluang, singgah jugalah ke tandasnya..memang unik!

Balik dari restoran, kami singgah sekejap ke Istana Sri Menanti. Iyalah..alang-alang dah sampai..takkanlah tak jengah istana ini kan? Istana ni tak jauh dari restoran Warisan. Cuma sayang, bahan pameran dalam istana ni macam hidup segan mati tak mahu. Mungkin pihak kementerian kena berusaha tuk pastikan Istana ini dijaga rapi. Oklah..tulis banyak pun tak guna, mari kita lihat gambar sekitar perjalanan kami ke Negeri Sembilan :


Menu Restoran Warisan...



Suasana di restoran ( jerebu masa ni)

Restoran Warisan Kuala Pilah

Sawah Padi mendamaikan
Daging Masak Lemak
Terliur bukan?? hehe
Masak lemak ayam kampung.. TERBAIK!
Sup Ketam .. MUST TRY!!





Kawasan Sekitar restoran yang sangat terurus!

Istana Lama Sri Menanti
Istana yang diubah suai menjadi muzium
Kesimpulannya disini, kalau anda inginkan kelainan..bolehlah merajinkan diri untuk datang ke sini. Bawa family, sedara mara atau rakan-rakan, percayalah..memang tak rugi dan sangatlah berbaloi kalau anda datang kesini. Harga murah, makanan sedap, servis cepat! Apa laie...jom ar!!

rajaazrul

2 comments:

Gee said...

T.q. for sharing...selama ni dok lalu jer depan restoran tu...pas ni harus singgah...

Raja Azrul said...

Gee

No problem! Wajib singgah tahu..dan nikmati pemandangan sawah padi nya..hehe