Jalan - Jalan : Australia (part 1)

Salam semua,

Kembali saya menulis blog pusaka ini. Oh ya..sedar tak sedar, dah masuk 5 tahun blog ini usianya. Tapi saya masih lagi menulis, mungkin sebab keturunan kot. Hehe. Oklah, dalam penulisan kali ini, saya ingin bercerita pula tentang perjalan saya ke Australia selama 6 malam pada bulan Mei lepas.

Kali ini, lawatannya sedikit berbeza kerana ini pertama kali, saya membawa rombongan sekolah ke luar negara. Jika semasa saya menjadi guru dahulu, saya pernah membawa pelajar ke Melaka, kali ini cabarannya cukup lain, kerana saya membawa 15 orang pelajar sekolah rendah ke bumi Kangaroo ini.

Australia dikenali sebagai sebuah negara benua. Kenapa? Ia merupakan benua yang terkecil di dunia, dan pulau Australia ini antara pulau terbesar di dunia. Sama seperti Malaysia, Australia juga terdiri daripada beberapa buah negeri. Antaranya Queensland, Victoria, West Australia, dan beberapa lagi. Untuk lawatan kali ini, saya telah mengembara ke dua buah bandar iaitu Melbourne dan Sydney. Untuk penulisan bahagian pertama ini, saya akan menulis mengenai Melbourne - ibu negeri kepada Victoria, yang juga dikenali sebagai Kota Kangaroo.

Hari pertama & Kedua ( 20 Mei 2012 & 21 Mei 2012)

Saya ingin menulis sedikit ringkas kali ini. Jadi, kalau rasa-rasa nak maklumat lanjut, bolehlah tinggalkan komen anda semua di sini. Insyaallah saya cuba jawab dan kalau tak sempat, boleh terus email kepada saya. Hari pertama seperti biasa, bertolak ke Melbourne dengan menaiki Singapore Airlines. Pertama kali saya menaiki pesawat ini, secara keseluruhan OKlaa... ( rasanya Emirates tetap best!).

Transit di Singapura ( Changi) tak lama..tak sampai 2 jam pun, selepas itu kami menaiki pesawat seterusnya untuk ke Melbourne dalam jam 11.55pm. Sepanjang perjalanan, saya hanya tidur dan makan sahaja..maklumlah penerbangan malam. Tiba di Melbourne dalam sekitar 9 pagi. Oh ya waktu di Melbourne 2 jam awal dari kita (kena tambah 2 jam dari waktu Malaysia). Suasana di Melbourne sejuk, suhu dalam sekitar 15 C. Aktiviti dijalankan di Melbourne ialah:

- Melawat VSSEC atau nama panjangnya Victoria Space & Science Education Centre. Ia seperti pusat sains tapi kursus ditawarkan disini adalah "tailor made" sesuai dengan pelajar sekolah rendah.
- Check in hotel iaitu Hotel Mercure Melbourne. Hotel ini terletak di pusat bandar, dekat dengan tram dan juga tempat-tempat membeli belah di Melbourne.
- Melbourne Central : malam itu kami makan malam di Secret Recipe Melbourne. Dan ini antara restoran Halal yang terdapat di Melbourne. Jaraknya lebih kurang 15 minit berjalan kaki dari hotel.

Aktiviti hari kedua, ringkasnya tak banyak sebab masa banyak dihabiskan di dalam VSSEC. Bandaraya Melbourne tidaklah besar mana, dan paling best ia sangat tenang..takda jem pun ( tak macam KL).

Hari Ketiga (22 Mei 2012)
Program Sains di VSSEC

Hari ketiga, sama program seperti hari kedua. Ringkasnya seharian kami menghabiskan masa di VSSEC. Sebenarnya VSSEC ini sangat sesuai tuk pelajar belajar mengenai sains -terutama sains angkasa. Disini pelajar akan mempelajari Sains secara "live", melakukan aktiviti kumpulan dan paling menarik membuat eksperimen secara khusus. Pelajar juga akan didedahkan dengan sains angkasa lepas dan bagi saya, programnya sangatlah berbaloi dengan apa yang anda bayar.

Untuk menyertai program disini, anda kena memohon secara email kepada pihak penganjur, dan kosnya dalam sekitar AU$150 seorang termasuk makan-minum.Tapi lazimnya program disini hanya dibuat khas tuk lawatan sekolah sahaja.

Selesai sahaja aktiviti di VSSEC, kami bertolak pulang ke Melbourne. Aktiviti makan malam bermula sekitar jam 5.30pm. Oh ya, disebabkan pada tersebut Australia mengalami musim luruh, jadi waktu malamnya agak cepat dan siangnya cumalah sekitar 5-6 jam sehari. Jadi, 5.30pm itu sudah pun masuk waktu solat Maghrib.

Makan malam kami di Thai restoran. Dan ini antara restoran Halal (cuma dia ada hidangkan arak), tapi jangan risau kerana dagingnya memang 100% Halal - yakin sebab ada sijil..hehe. Jadi, kalau anda datang ke sini, mungkin boleh menikmati makanan Thai di sini. Di sekitar restoran Thai ini, terdapat juga beberapa buah kedai yang menjual cenderemata Melbourne.

Hari Keempat (24 Mei 2012)

Di Eureka Skydeck, Melbourne

Selesai sudah aktiviti di VSSEC, dan hari keempat merupakan hari terakhir kami di Melbourne. Oleh kerana penerbangan ke Sydney pada jam 6.30pm, jadi kami memilih untuk melawat sekitar bandaraya Melbourne terlebih dahulu. Tempat yang kami lawat secara ringkas ialah:

- Eureka Skydeck : ini merupakan bangunan tertinggi di Melbourne. Anda berpeluang melihat seluruh bandaraya Melbourne dan juga menikmati pemandangan indah pelabuhan Victoria. Ia juga adalah bangunan tertinggi di hemisfera selatan.
- Victoria Art Museum : Tak masuk pun, cuma lalu sahaja.
-Melbourne Station : Stesyen keretapi lama Melbourne, masih digunakan. Dan bentuk bangunannya sangat unik.
-Jambatan Yarra : Tak jauh dari Melbourne Station. Dari sini, anda boleh mengambil gambar sekitar bandaraya Melbourne. Jambatan ini merentasi sungai Yarra, nadi kepada bandaraya Melbourne.
-Federation Square : Macam dataran merdeka, cuma takda padang. Disini adalah tapak festival tuk NGO mengadakan kempen-kempen mereka. Masa kami datang, NGO mengadakan kempen cintai bumi "love earth". Paling menarik, boleh dapat minuman dan pop corn percuma!

Tengahari, kami menikmati makanan India di Restoran Gaylord. Namanya agak kelakar, tapi restoran ini antara restoran terkenal di Melbourne. Makanannya sedap terutama Manggo Lassi, dan ayam tandori. Cuma keadaan tandasnya agak kurang bersih.

Selepas makan, kami mengambil peluang membeli belah sebelum ke airport. Oh ya, Melbourne juga terkenal sebagai salah satu destinasi membeli belah. Harga barangannya juga murah, dan banyak pilihan. Kalau anda datang ke sini, saya cadangkan tuk anda ke South Wharf, Melbourne. Ia adalah antara shopping mall terbesar di Melbourne, dan terletak dalam kawasan Docklands. Kalau anda ingin ke sini, bolehlah menaiki trams, turun ke stesen "village docklands" . Jalan kaki sedikit, dan shopping mall ini berhampiran dengan Melbourne Convention Centre.

Di sini, anda boleh membeli belah barangan pada harga berpatutan, kerana Direct Factory Outlet terdapat disini. Lokasinya berada di aras LG, dalam shopping mall ini. Bayangkan saya membeli beg tangan pada harga 70 AU$, dan diskaun 50% untuk beg tangan kedua. Memang sangat-sangat berbaloi!

Selain beg tangan, ada pelbagai lagi barangan lain seperti baju, dompet, kasut. Dan kalau anda suka hiasan rumah, disini juga terdapat pelbagai pilihan pada harga yang cukup berpatutan.

Tepat jam 2.30pm, kami pun bertolak ke lapangan terbang. Sebelum sampai ke airport, kami singgah ke sebuah kedai cenderamata yang menawarkan harga cenderamata yang cukup murah. Selepas itu, barulah kami semua bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Sydney.

Untuk kisah kami di Sydney, saya akan ceritakan dalam penulisan akan datang. Berikut adalah tips dan panduan andai anda semua ingin ke Melbourne:

1. Seperti sedia maklum, Australia melarang segala bentuk produk makanan dari luar terutama tenusu, buah-buahan dan daging. Jadi, untuk elakkan sebarang soal siasat, eloknya jangan bawa sebarang produk makanan.

2. Sebelum tiba di Australia, anda dikehendaki mengisi borang pengisytiharan (declare form). Nasihat saya, istiharlah kalau anda membawa ubat-ubatan, makanan dan minuman. Kalau anda tak istihar dan didapati bersalah, fuh..akan dikenakan tindakan undang-undang.

3. Melbourne bandar yang ringkas, dan rata-rata penduduk di sini ialah belia (pelajar). Amat susah nak jumpa orang tua, takpun famili disini.

4. Anda boleh mencuba untuk menaiki trams di Melbourne. Harganya murah dan mudah untuk menerokai Melbourne dalam masa satu hari.

5. Tinggal lah di hotel sekitar Bourke Street. Disitu amat mudah untuk anda mendapatkan makanan Halal terutama Kebab & makanan Indonesia.

6. Anda juga boleh cuba burger Vege di Hungry Jack. Ada banyak di Melbourne dan kebanyakannya dibuka 24 jam.

7. Kalau nak beli sim kad, anda boleh beli di conviniece store yang terdapat banyak disini. Harganya dalam AU$2. Tapi itu sim kad sahaja. Kena activate pakai internet.

8. Kalau nak wifi, kebanyakan kena bayar..termasuklah di Starbucks. Tapi nak jimat, anda boleh menggunakan internet di lobi hotel, dalam 1$ untuk 10 minit. Kira oklah tuk check FB dan email.



Bergambar di KLIA sebelum bertolak





Bergambar sebelum ke VSSEC

Di hadapan VSSEC

Anas mencuba eksperimens sains,



Syed Amirul dengan Mr. Ian

Haziq membuat dancing robot

Bergambar dengan pakaian Overall



Aku bersama Muaz dan Hafiz

Haziq dan Umar

Amirul dan Hafiz

Sekitar bandaraya Melbourne

Di Yara river

dengan Arif

Di Melbourne Airport sebelum ke Sydney
Keseluruhannya...saya memang suka ke Australia. Terutama Melbourne. Sebab bandaraya sangat tenang, ringkas dan mudah. Rakyatnya pula sangat ramah. Dengan kata lain, Australia juga adalah destinasi terbaik untuk bekerja dan belajar.

Nantikan pula penulisan saya mengenai Sydney pula.

rajaazrul

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...