Jiwa Teater Kembali


Salam sejahtera buat semua,

Ringkas..kali ini sedang berlangsung Festival Teater MAKUM 2012 bertempat di Universiti Malaya. Rasanya ramai sudah mengetahui konsep Festival ini, dan buat UMP, ini merupakan penyertaan rasmi buat kali ke -4.

Aku sempat bersama adik-adik pelapis Senandika semasa mereka membuat latihan. Seronok! Kerana mengimbau kembali saat-saat manis bersama geng-geng Senandika dahulu. Dan pada masa penulisan ini ditulis, mereka mungkin sedang sibuk menyiapkan props kerana persembahan mereka akan bermula pada jam 2.00pm.

Teater mereka akan persembahan bertajuk Dusta pada skala 1-10. Teater ini ringkas, tapi sangat kuat dari aspek lakonan dan penceritaannya. Aku tak mahu komen lebih, kerana aku tak menonton teater ini secara lengkap. Cuma menonton semasa sesi latihan sahaja. Tapi dasarnya, cerita ini dibuat dengan garapan cukup kemas. Apa yang aku nampak, kali ini team senandika benar-benar bersedia terutama dari segi mental dan fizikal.

Harapan aku - semoga ikatan ukhwah Senandika & Alumni kembali terjalin dan kita semua sama-sama kembalikan semula saat-saat manis Senandika. Insyaallah....

Azrul

Comments

Melody M. said…
Sayangnya aku tak dapat join tengok. I believe they had done their best for this year's MAKUM. =)
Raja Azrul said…
Mel

Jujur aku rasa, mereka sangat bersedia untuk persembahan ini. Ini disebabkan mereka sudah mementaskan naskah ini semasa festival teater pahang lagi. Jadi, bila diadaptasi, rasanya takda masalah besar.

Sayang aku pun tak dapat tengok. Hope ada rezeki, mereka pentaskan lagi...:)

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...