Ramadan & Syawal

August 2012

Sedar tak sedar, ramadan kini sudah sampai ke kemuncaknya. Bagi aku, ramadan kali ini penuh dengan warnyanya - hitam, putih, biru, hijau dan pelbagai lagi. Tidak dinafikan, dalam perjalanan menuju ke Syawal, dugaan diuji ke atas ku, mungkin ini adalah salah satu bentuk betapa Allah menyanyangiku.

Aku bersyukur atas segala nikmat yang berlaku. Nikmat yang kadang-kadang muncul masa ramadan sahaja. Di bulan ramadan ini juga, aku telah menghadiri beberapa jemputan berbuka puasa dan turut membuat jamuan berbuka puasa kepada warga orator UMP. Walaupun tak ramai yang hadir, namun alhamdulillah tidak ada pembaziran yang berlaku.

Kini, syawal akan muncul dalam tempoh kurang 48 jam. 1 Syawal kali ini aku rasakan berbeza. Apa-apapun buat para pembaca, selamat menyambut hari raya Aidilfitiri, Maaf Zahir Batin!!

rajaazrul

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...