Posts

Showing posts from January, 2012

Tahun Naga Air

Salam sejahtera buat pembaca budiman, Esok merupakan tahun baru cina, dan esok akan bermula lah tahun naga, tamat sudah tahun arnab. Sebenarnya aku bukan nak menulis artikel berkaitan dengan tahun baru cina. Tapi kebetulan artikel ini ditulis ketika aku dalam kebosanan cuti tahun baru cina. Cuti ini aku tidak ada masa untuk pulang ke kampung. Bukan tidak mahu, cuma aku amat yakin jika aku pulang, jalan akan sesak. Ternyata ramalan aku tetap. Semalam sahaja, ada kesesakan berlaku lebih 3 km di lebuhraya utara selatan. Jadi, langkah terbaik ialah duduk sahaja di Kuala Lumpur! Mungkin ada mengatakan, KL tak sesak..tapi aku rasa masih lagi ramai yang tak pulang ke kampung. Terutama kaum melayu yang rata-rata mengambil peluang cuti panjang untuk membeli belah dan berjalan-jalan bersama keluarga. Aku?? apa yang aku lakukan ye? Hujung minggu ini sahaja, duit aku telah habis dengan boling dan steamboat. Semalam aku telah menikmati steamboat di tupai-tupai jalan dewan bahasa dengan harga rm30 s

saya membaca tampalan ini (SMTI)

Salam semua, Banyak isu berlaku dalam negara kita. Aku tak mahu ulas panjang lebar, biarlah akal fikiran kita menentukan. Bagi aku, kita semua sudah matang dan jelas apa yang berlaku sekitar kita. Oklah, entri kali ini agak ringkas, sekadar berkongsi satu ayat mudah iaitu " Saya membaca tampalan ini" atau dalam bahasa inggerisnya " I read this entry". Kenapa? Sejak dua menjak ini, ramai antara kita lebih gemar membaca blog, berbanding dengan menulis blog. Untuk menulis blog, perlukan komitmen dan juga masa. Ia tak ubah seperti kita menulis karangan ringkas semasa ujian bahasa melayu ketika sekolah dahulu. Kadang-kadang ada antara blogger menganggap blog mereka sudah "mati" kerana tidak ada orang membaca. Padahal, ada sahaja yang membacanya, cuma malas nak meninggalkan komen. Mungkin disebabkan komen ditulis tidak berkait rapat dengan pembacaan mereka. Jadi, mazidul akmal ( wartawan TV3), mencadangkan untuk anda menulis perkataan " saya membaca tampal

Berpindah ke Ipoh...

Salam sejahtera semua... Update entry terbaru 2012....untuk tahun 2012, secara rasmi keluarga aku telah berpindah ke Ipoh, Perak. Jika dahulu, aku dibesarkan di Karak, Pahang...kini, aku terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pekan Karak yang telah banyak menggamit memori silam. Kenangan 20 tahun: Siapa sangka, 20 tahun aku telah berada di Karak, Pahang. Sudah semestinya banyak perkara aku ketahui mengenai pekan kecil ini. Pekan yang cukup terkenal dengan sinonim " Karak Highway" dan disinilah juga aku dibesarkan. Terlalu banyak kenangan manis ketika aku berada di sini. Daripada pengalaman belajar di sekolah rendah, ke sekolah menengah. Pengalaman bekerja sebagai guru dan tak kurang juga kerja sambilan di 7-eleven. Memang tidak dapat dilupakan. Ramai juga kenalan yang aku dapat, daripada kawan-kawan sekolah hinggalah kawan-kawan yang sama bekerja di sektor perguruan. Jika diimbas kembali, Karak memang agak lambat dari segi pembangunannya. Untuk membeli belah barang keper

Tahun Baru & Azam baru 2012

Salam sejahtera buat pembaca semua, Sedar tak sedar, 2012 sudah pun menjengah tiba. Ya, blog ini berusia lebih dari 4 tahun. Hebat?! Tahniah pada diri aku kerana berjaya mengekalkan blog ini supaya tidak terkubur begitu sahaja. Aku nak ucapkan terima kasih tak terhingga pada para pembaca, walaupun blog aku ini tidaklah sepopular blog orang lain. Tetapi sedikit sebanyak, aku dapat berkongsi pengalaman suka dan duka disini. 2012, bermakna umur aku pada tahun ini ialah 28 tahun. Ya, sudah pun matang, dan kalau orang tua kata, sudah boleh berkahwin. Tetapi, hakikatnya ikatan perkahwinan bukanlah semudah seperti orang lain kata. Ia perlukan duit, kerjasama, dan pengurusan masa yang berkualiti. Huhu...lupakan dahulu soal kahwin, kerana bagi aku, kalau sudah tiba masanya, akan aku umumkan disini. Berkaitan dengan 2011, terlalu banyak pengalaman manis, suka duka yang tidak dapat dilupakan. Siapa sangka, pada 2011, hampir 8 buah negara sudah aku lewati, dan tahun 2011, aku sudah mempunyai 5 ora