Posts

Showing posts from February, 2012

Jalan -jalan : Ho Chi Minh

Image
Salam sejahtera semua, Entri kali ini agak lambat untuk dikemaskini. Al maklumlah..kekangan internet. Jadi, langkah terbaik ialah mencari masa dan ruang untuk menulis. Baiklah, penulisan kali ini berkisar dengan perjalanan aku ke sebuah negara yang sedang meningkat naik iaitu Vietnam. Untuk makluman, vietnam ini adalah sebuah negara yang baru sahaja membuka pintunya kepada umum. Jadi, tak hairanlah negara ini masih agak ketinggalan dari negara-negara asia tenggara yang lain. Aku ke Vietnam dua kali sepanjang tempoh 3 bulan. Hebat kan?? Apa lagi kalau bukan tuntutan kerja :-). Vietnam terkenal dengan dua bandar iaitu Hanoi dan Ho Chi Minh. Harus diingatkan jarak Hanoi dan Ho Chi Minh lebih kurang 1000 KM. Satu di utara dan satu lagi di selatan. Jadi, kalau anda berpeluang melawat kedua-duanya sekali, memang bertuahlah. Aku hanya berkesempatan ke Ho Chi Minh, pusat ekonomi bagi Vietnam. Ia terletak di selatan Vietnam dan perjalanan menaiki pesawat dari Kuala Lumpur hanyalah 1 jam 5

Nenda yang ku kenali....

Image
Salam sejahtera, 9 Feb 2012 - nenda yang amat ku sayangi telah pergi buat selama-lamanya. Nenda menghembuskan nafas terakhir di kampung Temau, Raub, Pahang pada jam 6.30am sesudah subuh. Nenda yang bernama Ramah Binti Din ini dipanggil wan oleh cucu-cucunya.Beliau juga terkenal dengan sikap garang tetapi pada masa sama juga amat sayang kepada cucu-cucunya. Pengalaman aku bersama Wan mungkin berbeza dengan cucu-cucu yang lain. Aku sempat tinggal di kampung dan dijaga oleh wan. Masih segar lagi pengalaman pahit manis dengan wan. Tidak juga aku nafikan diantara adik-beradik, aku antara yang rapat dengan Wan. Semasa aku berusia 4 tahun, aku sudah tinggal di kampung. Aku sama seperti kanak-kanak lelaki yang lain, nakal dan fikiranku hanya ingin bermain sahaja. Satu peristiwa yang wan pernah cerita kepada ku ialah bagaiman aku dan adikku - raja azriq bermain di dalam tempat simpan koko wan. Oh ya, wan seorang petani. Dahulu kawasan sekeliling rumah wan ditanam pokok koko. Wan akan mengupas k