Posts

Showing posts from March, 2012

Hadir seketika

Image
Walau dia hadir seketika, Aku bersyukur, kerana hati sudah terpaut walaupun ia cuma seketika.. Aku mengerti, ku tak mampu menawan hatinya Penuh persoalan yang belum dijawab, tapi harus dia ketahui, diri ini sedia menerimanya walau apa pun terjadi. Dia hadir seketika, Cukup mengubat kesunyian yang sudah lama terpendam. Kini, aku harus terima satu perkara.. dia bukan milikku... Harus ku lepaskan walaupun pahit. Biarlah apa pun orang kata, aku ingin ucapkan terima kasih kerana kamu hadir dalam diriku. Jauh disudut hati, aku amat merindui kamu :-) rajaazrul

A thousand years - seribu tahun

"A Thousand Years" Heart beats fast Colors and promises How to be brave How can I love when I'm afraid to fall But watching you stand alone All of my doubt suddenly goes away somehow One step closer [Chorus:] I have died everyday waiting for you Darling don't be afraid I have loved you For a thousand years I'll love you for a thousand more Time stands still Beauty in all she is I will be brave I will not let anything take away What's standing in front of me Every breath Every hour has come to this One step closer [Chorus:] I have died everyday waiting for you Darling don't be afraid I have loved you For a thousand years I'll love you for a thousand more And all along I believed I would find you Time has brought your heart to me I have loved you for a thousand years I'll love you for a thousand more One step closer One step closer [Chorus:] I have died everyday waiting for you Darling don't be afraid I

Makan-makan : Sri Hainan Kopitiam Shah Alam

Image
Entri kali ini ringkas, berkaitan dengan makan-makan... Kali ini dimana?? Iya..di Sri Hainan Kopitiam Shah Alam. Terima kasih kepada Zaimi Nor kerana mencadangkan tuk kami makan di sini. Mungkin ramai berkata, bukan ke kopitiam sama sahaja...akan ada roti bakar, telur separuh masak, kopi dan sebagainya... Jawapan aku TIDAK. Ini kerana Hainan Kopitiam ini merupakan kopitiam berkonsepkan melayu dan Malaysia. Makanan di sini tak ubah seperti menu masyarakat melayu ketika minum petang seperti cucur ikan bilis, cucur keledek, sup dan sebagainya. Aku rasa ini antara kopitiam yang sedap dan menarik di Shah Alam. Lokasi restoran ini terletak bertentangan dengan restoran Zam-Zam, tak jauh dari Concorde Hotel Shah Alam. Ia terletak di Seksyen 9 Shah Alam. Pendek kata tak susah nak pergi ke sini. Restoran ini terletak di corner lot bersebelahan kedai gunting rambut. Waktu operasinya dari jam 9.00am sampai 12.00am. Dah nama pun kopitiam, jadi tempat ini sangatlah sesuai kalau nak lepak-lepak denga

sibuk atau tiada keinginan??

Image
Salam semua! Ramai antara kita suka memberikan alasan "sibuk", "tiada masa" dan seantero dengannya apabila dikehendaki untuk melakukan sesuatu perkara. Ada juga mengambil sikap mendiamkan diri seolah-olah tidak mengambil tahu, pura-pura tidak membaca sms atau mesej, tidak mengangkat telefon dan sebagainya. Sikap inilah sering kali terjadi kepada kita. Malah aku akui aku juga turut melakukan perkara yang sama. Persoalan yang timbul, kalau benar kita ini sibuk, mengapa kualiti kerja kita masih di tahap yang sama? Mengapa dalam kesibukan kita juga, sempat juga kita menjamah makanan, membuka FB, membaca twitter dan juga berkaraoke. Sebenarnya, permulaan untuk melakukan sesuatu perkara ialah "intention" atau keinginan dalam bahasa mudahnya. Contohnya, kita akan sanggup berhujan dan berpanas andai kata mendapat tahu kerajaan malaysia memberikan wang tunai RM1000 seorang kepada pekerja swasta. Lucu bukan? Ada yang sanggup beratur tak kira masa, sanggup meninggalk

Memulakan langkah pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Dah masuk bulan Mac rupanya..maknanya sudah 2 bulan kita berada di tahun 2012. Inilah putaran dunia, yang tidak kita mampu kawal secara keseluruhannya. Alhamdulillah, masuk bulan Mac, aku melangkah satu fasa lagi. Banyak perkara baru yang aku terokai dan rancang dalam hidup ini. Orang kata kita perlu merancang, tapi tak semestinya apa yang kita rancang akan menjadi kenyataan. Ada juga yang mengatakan, biarkan hidup ini berjalan seperti biasa, tidak perlu dirancang atau dikawal, kelak kita juga akan kecewa atau gigit jari. Semua perumpaan ini memang lazim bermain dalam fikiran kita. Dan kadang-kadang, inilah juga sebahagian daripada ujian diberikan terhadap kita. Membuat banyak perkara, kadang-kadang kita memerlukan bantuan dan komitmen orang lain. Tapi malangnya, tak semua orang akan memberikan sokongan terhadap kita. Ada juga yang cuba menjatuhkan usaha kita, tak kurang juga hanya mendiamkan diri tanpa sebarang langkah. Apa yang pasti, dalam