Posts

Showing posts from June, 2012

Jalan-jalan : Korea (part 2)

Image
Istana Lama Seoul Alamak! Aku terlupa nak menulis sambungan cerita ke Korea bulan November lepas. Nampak gaya kenalah tulis jugak, khas tuk mereka yang membaca di sini. Manalah tahu ada yang berhajat nak pergi Korea ke? Jadi boleh lah sedikit berkongsi cerita. Ini adalah sambungan kisah sebelum ini . Hari Keempat: Oklah pagi ini, lawatan diteruskan ke sekitar bandaraya Seoul. Untuk makluman Seoul ini memang besar, 2-3 kali besar KL. Penduduknya hampir sama dengan penduduk Malaysia. Dan disini LRTnya ada 15 lines. Jadi boleh bayangkan betapa sesaknya Seoul. Walaupun pengangkutan awam disini efisyen, Seoul juga tak terlepas dari tersangkut dalam trafik jam. Mungkin disebabkan kepadatan penduduk yang tinggi dan sistem lebuhraya masih belum begitu baik. Oklah, lawatan pertama ialah ke Istana Diraja Seoul. Mesti ramai yang tahu bahawa Korea Selatan sekarang tidak mempunyai raja. Jadi, inilah antara peninggalan zaman silam mereka. Dulu korea mempunyai raja, konsep istananya ta

Makan-makan : Restoran Warisan Kuala Pilah

Image
Hello semua! Apa khabar? Diharap semua pembaca sihat hendaknya. Kalau tak sihat, cepat-cepat jumpa doktor. Maklumlah sekarang kan musim jerebu, dan kategori juga musim panas di Malaysia. Ok, pendek cerita, entri kali ini nak bercerita mengenai satu restoran yang terkenal di Negeri Sembila iaitu restoran warisan. Macam mana aku boleh dapat idea nak ke Restoran Warisan? Ini kerana restoran ini merupakan salah satu restoran yang menghidangkan makanan tradisional negeri Sembilan pada harga berpatutan dan murah. Malah, ia juga antara restoran tercantik di Malaysia. Idea nak berkunjung bermula pada minggu lepas, dan aku bersama Fendy & Azwan, dengan kegigihan bertolak ke Kuala Pilah pada jam 12.00pm. Restoran ini terletak di antara Jalan Kuala Pilah dan Seremban ( tapi tak melalui bukit Putus). Kalau nak mudah ikut sahaja Highway LEKAS, dan keluar pada penghujung LEKAS iaitu Paroi & Ampangan. Tapi kalau tak tahu, ikut sahaja PLUS, keluar EXIT Seremban, dan terus sahaja ikut pa

Jalan - Jalan : Phuket (part 2)

Image
Salam semua, Nampak gaya, kisah saya di Phuket terpaksa di buat kepada dua bahagian..mungkin agak malas nak menaip cerita sekali gus...huhu. Hari Ketiga : Phi Phi Island Oh ya hari ketiga ini agak istimewa kerana Azwan ada sekali tuk bersama-sama melawat Phi Phi Island. Jadi bertambah meriahlah trip kami semua. Hari ketiga ialah masa melawat Pulau Phi-phi. Pulau ini terletak di selatan Phuket, dan ia merupakan tempat yang wajib pergi kalau anda ke sana. Untuk ke Phi Phi, ia memakan hampir 2 jam setengah. Setengah menaiki van ke jeti dan 2 jam lagi menaiki bot. Fuuhh..memang masak ar gak! Dan harus diingat..ia bukanlah bot laju macam kat langkawi tu. Bot nya besar macam feri pulau pinang. Jadi kapasiti bot ini agak ramai, hampir lah 500 orang sekali masuk. Sepanjang perjalanan ke Phi Phi, memang tak dinafikan akan dihidangkan dengan pelbagai panorama menarik dan kalau ada rezeki, anda dapat melihat ikan lumba-lumba bermain air. Tiba di Phi Phi, bot besar kami  membawa mengel

Jalan - Jalan : Phuket (part 1)

Image
Sawadeekap.... Salam semua, Apa khabar? Sedar tak sedar, kita sudah menjengah bulan Jun 2012. Begitu cepat masa berlalu. Baiklah, kali ini saya nak berkongsi satu pengalaman unik, pengembaraan saya ke Pulau Phuket Thailand. Rasanya semua tahu, Phuket itu apa. Oh ya, dalam tahun ini sahaja dah dua kali saya ke Thailand. Terus terang, saya memang suka bumi Thailand. Kenapa? Sebab keunikannya yang tersendiri kot. Phuket terletak di Selatan Thailand, dan  tak jauh dari sempadan Malaysia. Kiranya, kalau anda agak bajet, bolehlah melalui jalan darat, tapi saya tak sarankan.Ini kerana jalan darat agak berbahaya dan mencabar ( terutama dari jalan Padang besar ke Pha Nga ). Plan percutian ke Phuket ini sebenarnya dah dirancang dari bulan 7 tahun lepas lagi. Bayangkanlah, masa itu Air Asia tengah buat sales, harga tiket penerbangan ke Phuket hanyalah RM125 sahaja (pergi dan balik). Kalau dicampur bagasi pun, tak sampai RM300. Kira murahlah tu kalau nak dibandingkan flight lain. Okl