Travel

Travel

Mengira detik

Tuesday, January 01, 2013

1 Jan 2013

Salam sejahtera semua!

Alhamdulillah ... kita sudah menjengah masuk ke tahun baru 2013. Secara kasarnya, 2012 telah banyak kenangan pahit manis buat aku, dan aku juga yakin..rakan pembaca turut mempunyai beberapa kisah pahit manis yang tidak dapat dilupakan.

Apa-apapun, 2012 telah pun berlalu dan pada hari ini 1 Jan 2013, aku dengan agak gigih menghantar adik bongsu ku ke Muadzam Shah. Purata tempoh perjalanan adalah selama 3 jam. Fuhhh memang ar jauh, nak pula laluan ke sana agak sunyi bertemankan ladang kelapa sawit. Untuk makluman, jika anda ingin ke Muadzam dari KL, anda harus menggunakan laluan Kuala Pilah - Bahau - Muadzam. Laluan ini paling mudah, dan dekat kalau nak dibandingkan laluan KL- Karak - Gambang. Lagi satu ia jimat tol. Paling baik, jika anda ikut highway LEKAS, jadi tol dan masa anda lagi ar jimat.

Di tahun baru ini, sekali lagi aku menjejak kaki ke restoran warisan, Terachi, Kuala Pilah. Oh ya dulu aku ada cerita serba ringkas pengalaman aku ketika disana. Boleh klik disini. Hajat tercapai apabila aku dapat menjamah daging salai dan ayam kampung masak lemak cili api. Masih lagi kekal keasliaannya.

Jadi 2013 sudahpun bermula. Ada banyak perancangan aku pada tahun ini. Dari segi peribadi hinggalah urusan kerjaya. Semua harus dibuat dengan teliti. Perancangan kewangan juga harus pintar dan 2013 juga mengajar aku untuk berfikir 1000 kali sebelum bertindak.  Tahun ini jugalah diharap akan mengajar aku lebih bersabar, tekun dan disiplin. Aku amat harapkan sesuatu yang lebih baik berlaku pada tahun ini.

Pengakhiran 2012 berlaku begitu cepat sekali. Kadangkala aku rasakan tindakan aku terlalu drastik, tanpa berfikir panjang dan tak ubah seperti orang yang tidak matang. Tidak sangka, keputusan aku ambil juga sedikit kelat, dan bukan seperti aku harapkan. Tapi aku yakin, ia boleh diatasi satu per satu, dan aku harus sabar sebelum menanti bunga menjadi buah.

Selamat datang 2013 .. semoga sesuatu manis akan tertulis dalam diriku pada tahun ini. Aminn....

rajaazrul

No comments: