Makan - makan : Burger Bakar Cafe 22 & Ogy DGreenwood

Salam sejahtera buat semua pembaca!

Dah lama tak menulis post berkaitan dengan makan - makan. Huhu...makluma ar sibuk dengan beberapa urusan peribadi. Rasanya lebih baik kalau ada masa terluang saya kongsikan beberapa restoran makanan yang cukup popular di KL pada masa kini.

Burger Bakar - Cafe 22

Sudah menjadi trend sekarang, burger bakar antara juadah popular masa kini. Kalau datang ke KL, kiranya ini antara makanan menjadi "trademark" baru bagi Kuala Lumpur. Sebenarnya burger bakar ini dijual di beberapa buah kawasan sekitar KL. Pengusaha yang berbeza - beza, maka rasanya juga turut berbeza. Macam ayam penyet...ada banyak jenis restoran kat Malaysia ini yang jual ayam penyet kan? Huhu.

Untuk restoran Burger Bakar, buat pertama kali saya mencuba ialah di Platinum Walk, Danau Kota, Kuala Lumpur. Nama restoran tersebut ialah Cafe 22, ia terletak di sebelah KL Festival City, sederet dengan Flamming Steamboat. Secara keseluruhannya, harga burgernya lebih kurang Mcdonald, bezanya ialah kepingan daging yang cukup sedap.

 Restoran ini sama konsep macam Mcd. Kena ambil pesanan di kaunter, dan paling menarik, tak ramai orang! Huhu. Jadi nak makan pun boleh lah dengan tenang dan seleasa. Ada pelbagai pilihan burger di sini, tak sempat saya nak ingat kesemuanya. Saya order Hawaiaan Burger (double Layer). Harga dalam RM15++ dan dicampur air dalam RM20. Saiz lebih kurang burger Carls Junior, tapi ini betul-betul buatan Malaysia.   Burger Hawaii ini memang sedap dan dimasak cukup sempurna. Ramuan istimewanya ialah nenas dan sos khas untuk burger ini. Memang terbaik! Dagingnya juga cukup juicy dan percaya laah...mulut anda mungkin tak muat jika anda pesan burger double layer ini !!

Ini adalah beberapa gambar sempat saya snap ketika menjamu selera...

Cheese Burger Double Layer

Burger Bakar Daging Hawaiian

Aksi Azwan ketika menjamu selera

Tempat Order!


Kalau inginkan kelainan, anda boleh datang ke restoran ini, dan sokong produk tempatan. Insyaallah..duit anda salurkan itu bukan ke Israel..hehe. 


Ogy D'Greenwood:

Nama Ogy Ahmad Daud memang cukup terkenal di Malaysia ini. Dan buat anda yang tak tahu, Ogy kini telah membuka satu restoran yang terletak di Greenwood, Gombak. Kalau cerita artis buka restoran memang banyak, antara yang pernah saya pergi ialah Linda Onn Nasi Ayam, Yusof Haslam restaurant dan Bawal Power - Arwah Bob Kuman. Tapi yang menarik tentang restoran Ogy ini disebabkan ia terletak tak jauh dari rumah saya (dalam 10 minit sahaja).

Lokasi restoran ini terletak di tepi jalan antara Greenwood dan Jalan Gombak. Kalau anda dari DUKE, jalan terus sehingga simpang Greenwood dan Sri Gombak. Masuk kanan dan jalan terus. Restoran ini terletak tak jauh dari simpang tiga Jalan Gombak dan Masjid. Memang senang nak kenalpasti, kerana restoran ini terpapar wajah Ogy Ahmad Daud.

Restoran ini keseluruhan agak luas dan sesuai untuk majlis rasmi. Cuma tak menarik disebabkan parking agak terhad di sini. Disebabkan ia betul-betul di laluan Greenwood - Gombak. Jadi memang agak sesak andai kata ada sebarang majlis dibuat disini.

Suasana restoran..siap ada bola-bola lampu lagi!

Menu disini ada pelbagai - western, arab food dan masakan panas. Tapi kebanyakan pelanggan memilih untuk memesan makanan arab. Mungkin ada kelainan kot... Masakan arab di sini tak banyak, tapi secara kasarnya sedap jugaklah. Harga untuk nasi mandy ayam ialah RM12.50 sahaja dan Nasi Mandy Kambing ialah RM16. Masih murah jika dibandingkan dengan restoran arab yang lain.
Nasi Mandy Ayam
Terbaik - Nasi Mandy!!

Menarik juga disini ialah tidak ada sebarang servis caj. Apa yang anda pesan, itu yang anda bayar. Mudah kan?? Nasi Mandy nya agak menarik juga...sedap, dan sambalnya lebih kepada citarasa Malaysia - pedas dan masam. Ayamnya dimasak sekata, dan saya boleh katakan ia masih menetapi citarasa Nasi Mandy sebelum ini. Tahniah!

Cuma ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan oleh pihak restoran. Antaranya ialah kecekapan pelayan ( agak kurang PR pelayan kak Ogy ni), variasi menu, dan tambahan kipas -kipas... almaklumlah, restoran ini bekas bengkel kereta...agak panas di waktu tengahari.

Apapun saya ucapkan tahniah kepada Kak Ogy, dan semoga restoran anda terus berjaya pada masa akan datang!! Jadi, kalau rajin boleh lah datang yer, mana tahu kak Ogy interframe...hehe.

rajaazrul

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...