Terpaksa

Entah kenapa, lewat dua tiga minggu ini aku agak aktif menulis blog.

Mungkin ini cara terbaik, menaip dari berkata-kata.

2013 sudah memulakan perjalanannya. Sama seperti tahun -tahun lepas, ia bermula dengan cabaran cukup getir, pahit, masam dan manis. Ia terlalu sukar digambar walaupun langkah baru sahaja 25 hari. Inilah terjadi kepada diriku. Sedikit sebanyak pengalaman yang lepas dijadikan iktibar agar aku melakukan perkara lebih baik pada masa akan datang.

Satu per satu ujian diberikan..Ini adalah cara terbaik untuk menjadikan diri aku lebih matang. Aku anggap setiap ujian ada hikmahNya. Tahun ini bermula sekali perkara yang sama dengan tahun  lepas - skrip sama, pelakon sama, cuma latar sahaja berbeza.

Apa yang pasti tangan aku masih diikat, dan jika aku lari..bermakna aku sudah mengkhianati apa yang ada. Padahal, lari aku dari sesuatu perkara bukan bermakna aku khianat. Jauh juga untuk menjatuhkan antara satu sama lain. Lari aku, cuma inginkan perbezaan...ingin cari kelainan dan sudah pasti ingin tingkatkan lagi prestasi diri.

Tapi manusia tidak pernah faham. Mereka cuba menggunakan elemen restu sebagai ugutan! MasyaAllah!! Begitu senang mengikat...tapi tidak pernah mereka fahami apa yang aku lalui selama ini adalah duri.

Aku cuba berusaha menjaga semua hati di dunia ini. Kadang-kadang ia nampak hipokrit, tapi ia lebih baik daripada masalah bertambah keruh dan menjadi batu api. Tapi manusia tidak pernah faham.

Doa aku - Feb 2013. Insyaallah...

Amin

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...